MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
TAHNIAH KEPADA KERAJAAN PUSAT
KUALA TERENGGANU:- --Masyarakat di Terengganu mengucap tahniah dan berterima
kasih kepada kerajaan pusat
kerana telah mengujudkan semula JKKK di Terengganu,selepas kerajaan
negeri mewujudkan JSR.Ini akan membuatkan
rakyat lebih selesa didalam menyelesaikan urusan mereka yang berkaitan
dengan urusan kerajaan.Bagi menyelesaikan urusan
yang berkaitan kerajaan negeri mereka ada JSR untuk berurusan ,sementara
bagi perkara yang berkaitan dengan urusan
kerajan persekutuan mereka boleh pula mendapat bantuan dari JKKK."Ini
satu kelebihan kepada rakyat negeri Terengganu"
Jelas Ybhg Ustaz Zakaria Dagang ,Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri."Ini
sekali gus mengurangkan sedikit tugas JSR"tambah beliau,didalam memberi
ulasan awal sebaik saja TPM mengumumkan kewujudan JKKK di Tasik Kenyir
semalam.Menurut
salah seorang AJK Pemuda PAS Terengganu "Walaupun mungkin ada niat
yang tersirat disebalik perlantikan tersebut namum
ianya merupakan satu rahmat dan manafaat untuk rakyat Terengganu,peluang
ini mestilah digunakan sepenuhnya oleh rakyat negeri ini".