MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
PEMUTIHAN PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN
KUALA TERENGGANU-- - - - : Kerajaan
Pas Terengganu,hari ini menafikan dakwaan sesetengah pahak kononnya
kejaan negeri telah membatalkan nama-nama
mereka yang selama ini menerima bantuan bulanan kebajikan.
Menurut exco kerajaan negeri YB Ustaz Awang
bin Yusof,apa yang berlaku ialah kerajaan telah membuat pemutihan
dan mengemaskini terhadap mereka yang sepatutnya
menerima bantuan tersebut.
Permutihan
ini berpandukan kepada syarat serta tafsiran perkataan fakir serta
miskin berpandukan kepada
syarak.Setelah dibuat pemutihan ini berpandukan
penyiasatan serta jawatankuasa penimbang daerah,maka terlalu
ramai mereka yang terpaksa digugurkan."Kerajaan
negeri tidak mahu memberi sesuatu kepada ang bukan hak,kerana
itu zalaim namanya"tambah beliau.Seterusnya
beliau menegaskan bahawa kalau kerajaan memberi juga kepada mereka
yang tidak layak ,ini bermakna kerajaan negeri
akan menanggung dosa,begitu juga mereka yamg menerima akan turut
berdosa kerana mengambil hak orang lain.Seterusnya
beliau berkata mereka yang terlibat menerima bantuan sekarang
akan sentiasa dididik bahawa penerimaan bantuan
tersebut bukanlah hak mutlak mereka.Bantuan ini akan terbatal dengan
sendiri apabila mereka ini tidak lagi menepati
istilah fakir dan miskin.Islam juga menggalakan supaya kerajaan berusaha
mebantu mereka ini mengeluarkan diri dari
suasana kemiskinan.Kita akan berusaha "memberi joran supaya mereka
berusaha
mencari ikan" kita tidak akan
sentiasa memberi ikan."
Semasa kerajaan BN dulu,bantuan kebajikan ini merupakan satu senjata besar
kepada mereka,mereka menggunakan
penerima bantuan ini sebagai salah satu alat
untuk mengungut .Ianya merupakan esset kepada BN.Inilah salah satu sebab
mengapa ramai bilangan penerima adalah mereka
yang tidak layak.