|
MEMBANGUN MENURUT ISLAM |
KUALA LUMPUR, 18 Julai -- Ketua Dewan Muslimat PAS
Jamilah Ibrahim dan Pegawai Dakwah Majlis Agama Islam Kelantan
Siti Zailah Mohd Yusof Selasa mengangkat sumpah sebagai
anggota Dewan Negara.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan
Negara Tan Sri Mohamed Ya'acob.
Jamilah mengangkat sumpah bagi penggal kedua perkhidmatannya
yang berkuatkuasa 26 Jun lepas. Penggal pertama beliau ialah dari
17 Jun 1997 sehingga 16 Jun 2000.
Pelantikan Siti Zailah, 37, sebagai anggota Dewan Negara
berkuatkuasa 15 Jun 2000 dan akan tamat pada 14 Jun 2003.
Beliau dipilih bagi menggantikan Senator Hunaizah Mohd Noor yang
perkhidmatannya tamat pada 16 Jun.
Jamilah dan Siti Zailah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
Kelantan.
Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Timbalan Yang
Dipertua Dewan Negara Datuk Michael Chen selain Senator Rosli
Mat Hassan dan Senator Datuk Dr T. Marimuthu.