KEKALUTAN PENERIMAAN WANG KEBAJIKAN

Riuh seluruh pelusuk kampung di desa,di hulu,di Kuala,di Bandar
seluruh bagaikan kecoh,Mak cik ,pak cik,ibu tunggal,orang - orang tua,
anak-anak yatim mula gelisah.Tarikh yang tercatat telah tiba,waktu yang dijanjikan
telah datang.Pegawai Kebajikan pasti akan datang membawa imbuhan bantuan
kepada mereka.Selama ini apabila tiba masa sedetik pun tidak mungkir.Mereka
datang membawa habuan,mereka datang bawa Wang.Cap jari saja apabila
nama dipanggil,dapat terus duitnya.Mereka pulang gembira.Tetapi tidak
pada kali ini.sestengah tempat pegawai kebajikan langsung tak nampak batang hidung
mereka tak kunjung tiba,kegelisahan terus terbayang.Dibenak mereka mula berkecamuk
apa sudah jadi.Kerajaan dah tarik balik ke imbuhan tetap kebajikan atau kerajaan
baru dah kehabisan duit.
    Apa tidaknya selama ini pegawai kebajikan pasti menepati janji,mereka tahu
pegawai ini tak mungkir.Mereka tahu yang pegawai kebajikan faham kemahuan
mereka.
Disatu Desa di Daerah Hulu Terengganu seorang mak cik menemui seorang
pegawai kebajikan bertanya tentang kedudukan wang imbuhan bantuan mereka bulan ini.
Tarikh dah lewat,duit sangat di perlukan.Pegawai itu dengan sinis menjawab"tu lah mak cik
pangkah bulan sangat masa ngundi dulu.Kerajaan Pas tak dok pitis doh".
mak cik tadi terus percaya.Balik kampung terus dicerita pada orang Kampung yang
kerajaan PAS tak dok pitis dohhhh.Riuh satu kampung,akhirnya berita tersebut sampai
kepengetahuan Ketua cawangan PAS yang kebetulan dia juga dicadangkan sebagai
pengerusi JSR.atas rasa tanggujawab serta simpati,beliau terus ke pejabat kebajikan
daerah.Bertanyakan hal tersebut .Pegawai di kebajikan tersebut tidak mengenali beliau
lalu jawablah pegawai tersebut seperti diatas yang lebih kurang maksudnya kerajaan PAS
memang dah habis duit."Huh mana mungkin,baru minggu lepas Pemimpin memaklumkan
duit masih banyak".
     Hendak bertanyakan wakil rakyat setempat,tak tahu number talipon,nak bertemu ahli parlimen
kebetulan MP menghadiri sidang.Tanpa banyak berfikir beliau terus menghubungi salah seorang
saudaranya yang berada di Kuala terengganu,mana tau kalau-kalau beliau ada maklumat.SAH
duit kerajaan masih banyak.........Masalah berlaku adalah di pejabat penbendaharaan negeri.Masalah
sisitem komputer yang buat hal(mungkin Y2K).maka sebenarnya ruang ini telah diambil
oleh mereka-mereka yang tidak bertanggunjawab untuk memburukkan kerajaan PAS.Umno terus
menyelinap masuk,menggunakan pegawai-pegawai kerajaan yang masih setia dengan mencari kelemahan,
malah mereka juga diarah supaya merekacipta kelemahan kerajaan PAS.
         Jadi kita mengharapkan agar kerajaan PAS lebih berhati-hati serta mengenalpasti mereka ini,
supaya mereka janganlah menjadi penghalang serta membantukkan kerja suci ,untuk memartabatkan
Islam di bumi Darul Iman ini.Semoga perkara ini mejadi iktibar serta landasan untuk kita berjalan
lebih jauh.
 
 

Wassalam
 

Wok Yek
Ulu.