Assalamualaikum, Sekarang adalah musim mesyuarat agong Pas cawangan,setelah menerima tarikh dan arahan dari kawasan maka cawangan hendaklah mengadakan mesyuarat agong tahunan seperti yang di jadualkan. Seperti tahun-tahun yang sudah setiapkali mesyuarat agong tentulah ada majlis perasmian. Oleh kerana sekarang ini PAS telah mengusai negeri Terengganu Darul Iman,maka mesyuarat kali ini mungkin adalah agak selesa dan menjadi agak rancak perbincangan didalam meneruskan agenda perjuangan parti yang lebih tersusun untuk memastikan kemenangan ini diisi sebaik mungkin. Kesesuaian juga didalam kesibukan Pehak kerajaan mengarahkan agar diadakan perlatikan JSR dan Penyelia UPI,maka sukacitalah disarankan agar majlis perasmian mesyuarat agong di peringkat cawangan ini dirasmikan oleh wakil dari kerajaan negeri.Tidak kiralah sama ada mereka itu MB,EXCO,YB ADUN,Setiausaha Politik,Pegawai Khas,setiausaha Akhbar,Pembantu Khas,Pengarah UPI,Pengarah UPKT dll.Yang penting nya mereka ini adalah mampu menjelaskan dasar atau polisi kerajaan secara terus kepada cawangan PAS.Saranan ini dikemukan memandangkan suasana menerima faham yang berbeza dikalangan ahli PAS yang menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli PAS bahawahan. Hal ini amat ketara di empat kawasan DUN tewas,ini kerana mereka tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya dari wakil kerajaansecara rasmi. Maka telah timbul apa yang disebut ahli PAS beretindak mengikut citara dan kefahaman sendiri. Kita tahu untuk menjemput wakil-wakil diatas untuk memberi taklimat di peringkat cawangan secara rasmi amatlah sukar,jadi pada kesempatan mesyuarat agong inilah saat dan ketika yang paling baik . Kita juga faham dan akur bahawa pemimpin kita sibuk dengan tugas menjaga kerajaan.Namum selama ini juga sememangnya kita sibuk.Tapi luangkanlah sedikit masa untuk menjeguk cawangan yang selama ini bertungkus lumus siang malam demi memastikan kemenangan PAS di Terengganu. Kita tidak mahu pehak atasan hanya memikirkan soal-soal besar sahaja seperti pelaburan,Primula Hotel,Royaliti etc. Kami tidak mengharapkan itu semua ,hanya yang kami harapkan turunlah kapada kami ,untuk memberi gambran serta semangat yang mampu menguatkan lagi dayajuang kami.Kami ingin tahu perkembangan kerajaan kami,Kami dikawasan yang tewas sudahlah tidak medapat penjelasan,malah UMNO sendiri telah menggunakan YB mereka untuk turun melawat kampung serta menjaja propaganda jahat.Macamana kami nak atasi ini semua,kami tiada maklumat yang tepat,wakil rakyat tidak ada,Berita rasmi tidak sampai,,,,,,maka sekali lagi disini dirayukan agar beri lah peluang kami bertemu wakil kerajaan secara rasmi. Kami tidak mampu untuk kewisma Darul IMan sepertimana rombongan dari negeri-negeri lain ,kerana kami tidak mahu m,enganggu tugas rasmi Pemimpin kami.Jadi apalah salahnya pada ketika mesyuarat agong yang diadakan pada waktu malam itu Para pemimpin luangkan sedikit masa untuk kami.Mungkin ada alasan bahawa penat kerana sehari suntuk bertugas di pejabat.Tetapi bukan kah selama ini juga kita sibuk dengan program Parti. Bukan kah juga Pemimpin mengajar kami bahawa pejuang islam di zaman Rasulullah itu berperang disiang hari dan ahli ibadat dimalam hari. Kami juga tahu bahawa Pemimpin kami dulu sepenuhnya tapi kini adalah telah dimiliki oleh rakyat,kami faham,tapi kami juga ada hak untuk bersama-sama pemimpin.Kami sayang dan Rindu pemimpin yang telah menjadi penguasa kepada kerajaan ini............ Saya mengharapkan agar pengendali laman ini menyiarkan
Kalau takut bermain Ombak,Jangan Berumah ditepi Pantai.
sekian
saya yang benar
|