Kemelut Isu Royalti Minyak Terengganu 

           Berbagai ulasan di-berikan mengenai Isu di-atas. Sudah tentunya ada yang menyebelahi BN dan ada juga
           yang meyokong PAS. 

           Tapi dari apa yang telah di-paparkan, semua ulasa di-tulis oleh mereka-mereka yang kurang arif tentang
           undang-undang. Yang meyokong BN hanya menulis berpandukan kepada ucapan pemimpin-pemimpin
           mereka. Manakala yang meyokong PAS pula ialah mereka yang bersimpati dengan Kerajaan PAS
           Terangganu. 

           Di-kesempatan ini, di-harap mereka-mereka yang arif tentang Perjanjian Peersekutuan ( semasa
           penubohan Persejutuan Tanah Melayu dulu) tanpil ke-depan untok memberi penjelasan tentang
           Perjanjain tersebt. Kita yakin bahawa ada satu perjanjian yang jelaskan di-tandatangani ketika Penubohan
           Persekutuan Tanah Melayu dulu. 

           Negeri-negeri Tidak Bersekutu pada zaman itu, ( Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu) bukan Negeri
           Jajahan Taklok Malaya. Oleh itu tentunya ada satu perjanjian di-zaman itu, bila Negeri Negeri ini
           di-jemput untok bersama dalam Persekutuan. 

           Kembali kepada Isu asal, kini BN sedang ghairah memanggilnya "Ihsan " konon nya pada masa itu (
           sekitar 70 an) Negeri Terangganu adalah Negeri yang termiskin. Ini bererti bukan hak bagi Kerajaan
           Terangganu menuntutnya. Kalau benar ianya "ihsan" maka negeri negeri yang miskin seperti Kelantan
           dan Pahang pada waktu itu juga patut mendapat wang " ihsan" itu. 

           Tapi mengapa Perdana Menteri di-waktu itu ( Tun Razak) tidak memberi sumbangan wang Ihsan itu
           kepada Pahang. Sedangkan Pahang juga merupakan sebuah Negeri yang miskin pada zaman itu. Hanya
           bergantung kepada hasil balak. 

           Maka dari retorik itu, maka amat malang bagi rakyat Pahang yang anak negerinya menjadi PM pada
           zaman itu, mengabaikan Negeri Pahang. Jika ini benar, maka nama Tun Razak akan tidak lagi akan
           menjadi kebanggan rakyat Pahang. Yang pernah menganaktirikan Negeri sendiri. 

           Begitu juga nasib Rakyat Kelantan. Sampai ke-hari ini. Kelantan di-katakan sebuah Negeri yang miskin.
           Kiranya pada Zaman itu, Tg.Razaleigh yang menjadi Pengurusi Petronas, ingat atau perihatian kepada
           Tanah Tumpahan darahnya, sudajh tentu beliau memperuntokan sejumlah wang Ihsan itu kepada
           Kelantan. Rupanya Ku Li, sperti Tun Razak adalah manusia yang tidak mengambil berat tentang Negeri
           masing-masing. 

           Tapi- mungkinkah bagi dua orang pemimpin ini, wang itu sebenarnya di-lihat sebagai royalti. Hanya
           Mahathir sahaja yang melihatnya sebagai " wang Ihsan" Memang- Mahathir sanggup melakukan apa saja
           untok meyekat kebangkita Islam di- Malaysia. 

           Mungkin kemelut ini akan selesai jika sekira ada pihak yang sanggop merujok kes ini kepada Queen
           Council di=London sebagai yang di-lakukan oleh Tun Razak semasa perjanjian ini di-buat dulu. 

           Kalijagat: