Beliau berkata kerajaan PAS Terengganu juga
akan mengkaji
semula semua projek mega di negeri ini
yang dirancang kerajaan
Barisan Nasional (BN) untuk memastikan
pelaksanaannya bukan
satu pembaziran.
Projek yang perlu akan diteruskan terutama
yang melibatkan
kepentingan rakyat dan beliau mahu mendengar
taklimat
pegawai-pegawai berkenaan sebelum membuat
keputusan,
katanya pada persidangan berita di rumahnya
di Rusila, dekat sini
malam ini.
Beliau mengesahkan tidak akan menduduki
kediaman rasmi Menteri
Besar di Batu Buruk dan kerajaan negeri
juga telah membuat
keputusan untuk tidak membeli sebarang
kereta baru bagi
kegunaan anggota-anggota exco dan beliau
sendiri.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri
Kerja Raya Datuk Seri
S. Samy Vellu bahawa projek lebuh raya
pantai timur tidak akan
diteruskan ke Terengganu sebaliknya hanya
setakat Pahang, Abdul
Hadi berkata Samy Vellu tidak seharusnya
emosional dengan
keputusan pilihan raya yang lepas.
"Itu adalah hak rakyat untuk memilih mana-mana
kerajaan yang
mereka mahu dan hasil negara bukan hasil
Samy Vellu, bukan
kepunyaan MIC dan bukan kepunyaan BN...ini
kepunyaan seluruh
rakyat.
"Kalau PAS memerintah negara dan Pulau Pinang
diperintah oleh
MIC, kami wajib memberi hak kepada rakyat
Pulau Pinang walaupun
mereka memilih yang lain," katanya.
Abdul Hadi berkata kerajaan PAS Terengganu
juga akan mengikut
contoh kerajaan Kelantan memendekkan masa
bekerja bagi
kakitangan kerajaan negeri pada bulan Ramadan.
Mengenai cuti mingguan pada hari Jumat dan
Sabtu, beliau
berkata hari Khamis adalah hari bekerja
sepenuh hari. Kakitangan
akan tetap mendapat cuti mingguan dua hari
walaupun hari Sabtu
itu adalah Sabtu pertama pada bulan berkenaan,
katanya.
-- BERNAMA