ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

PERBAHASAN  RANG  UNDANG-UNDANG-UNDANG  KANAK-KANAK  2000
                               Y.B  DATO'  KAMARUDDIN  JAAFAR
                                    AHLI  PARLIMEN  TUMPAT

Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, kita berbincang berkaitan dengan Rang Undang-undang Kanak-Kanak
2000.  Rang undang-undang ini adalah penting kerana isu ini adalah penting.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]:  [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Mengenai apa Yang Berhormat?.  Hendak penjelasan mengenai
akta ataupun yang lain-lain?.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tidak…. berkaitan dengan… sebabnya…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Kalau akta saya benarkan, kalau tidak yang tadi sudah
berlarutan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Berkaitan dengan akta…..  Beri izin.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Boleh Yang Berhormat Tumpat?.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Sila, dia sudah duduk.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dibincangkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi
mengenai dengan Akta Pelindungan Kanak-kanak, tiba-tiba dibangkitkan soal politik.  Soalnya sekarang kita bukan hendak
politik, pihak kerajaan, pihak Barisan Nasional tidak sekali-kali hendak mempolitikkan… [Disorak]  Kita tetap melindungi hak
kanak-kanak.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak minta penjelasannya apa?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Penjelasannya, sebab dia berkali-kali sebutkan di pihak kita selalu kita mempolitikkan -
kemudian disabitkan dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kemudian cuba pula dibangkitkan dengan
kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, kita tidak pernah politik.  Memang kita akui itu apa yang telah
dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan mengenai dengan kekotoran di negeri Kelantan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Tidak minta penjelasan Yang Berhormat.  Sudahlah nanti
berlarut-larut.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Cuma saya hendak minta penjelasan ialah - sikit sahaja sebelum saya penjelasan yang …..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Tidak payahlah panjang mukadimah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tidak… sebab dia boleh bincang panjang, Yang Berhormat.  Jadi, saya minta supaya
selanjutnya Yang Berhormat Tumpat, kita tumpukan kepada perbincangan Akta ini daripada Yang Berhormat berkali-kali
membuat tuduhan yang melulu dan  tidak berasas terhadap pihak kita.  Kita tidak pernah pun mempolitik, Yang Berhormatlah
yang mempolitikkan perkara ini dan menimbulkan soal-soal politik partisyen partisan di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Sudahlah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Jadi, kita di sini membincang antara apa daripada pihak wakil rakyat dan pihak kerajaan.  Kita
hendak membincang perkara itu, tiba-tiba dimasukkan mengenai dengan kita mempolitikkan keadaan.  Ini tidak berasas sama
sekali, Yang Berhormat.

Datuk Kamaruddin bin Jaafar:  Tuan Yang di-Pertua, perlukah saya jawab …… dato’ mahadzir.  Ini tidak berasas sama sekali
Yang Berhormat.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Cukup Yang Berhormat.

 Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, ya.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, perlukah saya jawab permohonan itu?

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Tak payahlah jawab, serupa tadi, yang lainlah.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.  Kita melihat bahawa rang undang-undang ini melibatkan isu
yang amat penting, daripada apa yang kita dengar dalam perbahasan ini semalam, sudah banyak yang dibangkitkan, hari ini saya
ingin tambah satu, dua perkara berkaitan dengan masalah untuk melindungi kanak-kanak kita.

 Satu daripada perkara yang mana sama ada kanak-kanak atau wanita sentiasa dieksploitasi ialah melalui cara iklan-iklan
dibenarkan, sama ada iklan menerusi papan-papan di jalan-jalan raya, sama ada iklan melalui radio dan televisyen ataupun
iklan-iklan di dalam akhbar dan media-media yang lainnya.  Iklan-iklan ini menggunakan psikologi kanak-kanak dan
menggunakan tubuh badan dan paras wanita untuk tujuan menjual jenama-jenama yang kebanyakannya tidak ada kaitan dengan
wanita ataupun kanak-kanak.

 Alhamdulillah, di negeri Kelantan semenjak sepuluh tahun dahulu telah menyedari hal ini dan mengambil tindakan yang amat
berkesan untuk cuba jangan menjadikan masalah eksploitasi kanak-kanak dan wanita ini berjalan seperti yang berlaku di
negeri-negeri lain kecuali setahun ini juga di negeri Terengganu sudah ambil tindakan yang sama.

 Kerajaan negeri Kelantan telah mengharamkan iklan-iklan yang mempamerkan tubuh badan wanita secara
sewenang-wenangnya dan yang tidak ada kaitan dengan jenama atau barangan yang hendak dijual itu.

 Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kepada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia ataupun
Penerangan supaya menyemak kembali berkaitan dengan etika pengiklanan ini supaya eksploitasi kanak-kanak dan wanita tidak
dilakukan melalui iklan-iklan.

 Eksploitasi kanak-kanak juga berlaku di kalangan penjual-penjual dan kedai-kedai makanan segera, kedai-kedai makanan
segera biasanya mengiklankan barangan yang biasanya berbentuk permainan kanak-kanak, gambar-gambar yang bersiri-siri
pula diiklan dan barangannya juga bersiri-siri untuk menarik anak-anak muda kita ke kedai-kedai makanan segera itu untuk
membeli makanan segera itu tetapi tujuan dan minat sebenarnya kanak-kanak tersebut ialah kepada barangan permainan
kanak-kanak, gambar-gambar dan sebagainya yang dijual bersama dengan barangan makanan segera itu.

 Ini satu bentuk eksploitasi kanak-kanak yang terpaksa kadangkala memakan makanan yang mungkin tidak sihat untuk mereka,
tetapi oleh kerana tarikan iklan dan bentuk jualan yang mempamerkan perkara-perkara yang menarik minat secara psikologi
kanak-kanak ini akhirnya merosakkan kanak-kanak kita.

 Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah suatu infrastruktur semata-mata untuk memastikan kanak-kanak kita
hidup dalam keadaan, suasana yang lebih baik daripada yang ada  sekarang ini.

 Dalam infrastruktur yang hendak kita bahaskan ini, perlu ada langkah-langkah seterusnya untuk memastikan pengisian kepada
undang-undang ini.  Dasar-dasar oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini mestilah diikuti supaya
negara kita menerusi anak-anak dan kanak-kanak ini membangun di masa yang akan datang.

 Kita telah dengar daripada ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat semalam, bagaimana perlunya kanak-kanak ini diasuh dan
dilindungi dengan baik.  Saya bersetuju dengan pandangan tersebut.  Beberapa tahun yang lalu, kerajaan telah untuk menjadikan
kanak-kanak itu sihat, bukan sahaja dari segi pendidikannya, dari segi akhlaknya walaupun hari ini sudah tidak dipersetujui oleh
pihak Barisan Nasional, tetapi hakikatnya Kerajaan Barisan Nasional juga beberapa tahun yang lalu sudah pun mengasuh
anak-anak kita untuk berminat dan melibatkan diri dalam politik.  Sebab itulah beberapa tahun yang lalu diwujudkan apa yang
dipanggil Parlimen kKanak-kanak.  Ini bukti yang jelas bahawa Barisan Nasional pun sebenarnya ingin supaya kanak-kanak
kita mempunyai pendedahan dan pengetahuan berkenaan dengan politik.

Jadi, tidak betul dan bercanggahlah jika hari ini kita bukan main sekali di marahi dan ditegur seolah-olah pembangkang sahaja
yang ingin mengajar kanak-kanak kita dalam bidang politik, tetapi malang ….

 Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tuan Yang di-Pertua, ..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, minta penjelasan.

 Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat masih saya rasa tidak tepat dan tidak
berasas.  Kita tidak pernah mempolitikkan pendidikan kita.  Apa yang dilakukan macam mini Parlimen itu ialah untuk mengasuh
anak-anak kita bagaimanakah sistem kita beroperasi dan kita tidak sekali-kali memasuki bahan-bahan politik partisan seperti
yang dilakukan oleh pihak parti PAS khususnya, bukan DAP.  Soal ini PAS ini yang terlalu terlanjur dalam mempolitikkan
keadaan sehingga bahan-bahan politik partisan itu dimasukkan.  Ini yang membimbangkan pihak kita.
 Apakah anak-anak yang tidak berdosa tadi juga bagi saya tetap saya katakan ini sebagai mendera mental anak-anak yang
muda dan tidak berdosa dan tidak sama sekali yang boleh kita katakan partisan sifatnya.  Tetapi kita yang mempartisankan
mereka itu.  Pihak kita Barisan Nasional kita tidak pernah mempartisankan anak-anak tadi.  Kita hanya kalau kita bercakap
mengenai dengan politik, kita bicara mengenai dengan sistem kerajaan kita, sistem pemerintahan kita.  Sama sekali kita tidak
pernah memasuki bahan-bahan politik partisan di dalam sekolah.

 Jadi, saya kira, Tuan Yang di-Pertua, di sini Yang Berhormat mintalah jangan sekali-kali bangkitkan bahawa pihak kami
Barisan Nasionallah yang mula mempolitikkan anak-anak ini di peringkat pendidikan awal.  Terima kasih.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.  Hakikat sejarah menunjukkan bahawa
UMNOlah yang mendidik anak-anak supaya menyokong UMNO, sebab itulah di dalam negara dan di luar negara tidak ada
kelab-kelab politik yang lain, kecuali Kelab UMNO.  Jadi, saya fikir itu adalah hakikatnya. [Tepuk]

 Dan satu lagi yang saya hendak sebutkan berkenaan dengan Parlimen kKanak-kanak ini akhirnya terpaksa nampaknya berhenti
bukan kerana dasar yang baru tetapi speakernya sendiri Pak Jamal Mohamad sudah masuk parti PAS.  [Ketawa][Tepuk]

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ha, sila, sila.

 Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  Penjelasan.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya.

 Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  Okay.  Saya ingin menyatakan bahawa apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan itu adalah satu pembohongan yang nyatalah, sebab baru-baru ini …

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Saya tidak hendak Yang Berhormat memberi penjelasan, kalau

 Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  Tidak ada, minta penjelasan.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ha, Yang Berhormat begitu.

 Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  Baru-baru ini pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di seluruh Wilayah Persekutuan dipilih
untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan di dalam kursus-kursus tersebut, mereka
didedahkan dengan bahan-bahan kepartian UMNO dan Barisan Nasional.  Jadi, apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Parlimen
itu adalah satu kenyataan yang tidak benar sama sekalilah, kerana UMNOlah yang melakukan ini terhadap pelajar-pelajar di
tingkatan 4 di Wilayah Persekutuan.  Sekian.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Setuju, khabar setuju sahajalah.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Ha, saya setujulah apa yang dikatakan oleh …..

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Terus kepada topik yang lain.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, …

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tuan Yang di-Pertua, …..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Nanti dahulu.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Boleh saya jelas.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Tidak boleh berjangkit-jangkit, yang dia bercakap ini ….

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Yang Berhormat Kemaman ini kata saya bohong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Sila duduk Yang Berhormat.  Yang Berhormat duduk dahululah.

 Tuan Abd. Rahman bin Yusof:  anak saya sendiri yang akan pergi, dia ada cerita apa yang berlaku dalam kem tersebut.
 Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tidak, saya tidak bohong.  Saya tidak bohong.  Yang Berhormat kata saya bohong.
 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Duduklah Yang Berhormat.  Ini bukan tempat bertengkar
macam ini.  Tidak memberi makna apa-apa.  Duduk, duduk.

 Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Minta maaf,  Tuan Yang di-Pertua, cuma …

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Saya minta balik kepada asal, yang bercakap Tumpat.  Yang
lain semua duduk dahulu.

 Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tuan Yang di-Pertua, boleh saya beritahu sedikit sahaja kepada Tuan Yang di-Pertua.
 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Duduk dahulu, bukan saya boleh membenarkan masa
sekarang.  Bukan saya boleh membenarkan.  Saya minta kepada siapa yang bercakap.  Ada siapa yang minta penjelasan, saya
mesti minta persetujuan daripada dia, kalau dia kata boleh saya berilah, kalau dia kata tidak boleh saya tidak berilah.  Begitulah
caranya, selama ini pun beginilah.

 Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir:  Tidak, saya hendak minta …

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Sekarang ini saya minta Pendang pun duduk dahulu, pihak
Yang Berhormat sana duduk dahulu.  Lepas itu saya minta ……

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, saya telah memberi peluang banyak kepada Setiausaha Parlimen, saya fikir
saya ingin menghormati Ketua Pembangkang.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Itu biasalah itu.  [Ketawa]  Hormat ketua biasalah.  Sila, sila.
 Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor:  Yang Berhormat Tumpat, adakah Yang Berhormat mengetahui bahawa dalam konvensyen
UMNO Kedah baru-baru ini, pelajar-pelajar daripada beberapa buah sekolah menengah di daerah Alor Setar telah dijemput
hadir menghadiri konvensyen UMNO, tidakkah ini juga merupakan usaha UMNO untuk mempengaruhi pelajar-pelajar di
peringkat sekolah menengah yang masih lagi belum mencapai umur matang untuk terlibat dengan politik dan dipengaruhi dengan
elemen-elemen politik UMNO yang kotor dan jijik ini.  Terima kasih.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Hmm, sama kotor, sama jijik.  Sila teruskan Yang Berhormat.
 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua
Pembangkang tadi dan mengikut maklumat yang kita perolehi bukan sahaja konvensyen UMNO di Kedah, tetapi konvensyen
UMNO di Kelantan dan di negeri-negeri lain pun perbuatana melibatkan kanak-kanak yang mana tidak sepatutnya dilibatkan
dalam politik kepartian seperti itu telah berlaku.  Ini saya fikir gejala yang wujud dalam negara kita dan adalah suatu yang
bercanggah dengan apa yang digembar-gemburkan ….

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, ada tiga orang yang berdiri Yang Berhormat, yang mana
satu hendak beri?

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Saya fikir Hulu Terengganu.

 Tuan Moktar bin Radin:  Ha, biasalah itu.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Itu hak dia, saya hanya bercakap sahaja.  Sila.

 Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid:  Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tumpat.  Adakah Yang Berhormat Tumpat
bersetuju bahawa UMNO telah menggunakan medan pelajar ini untuk mempengaruhi pelajar dan guru-guru di mana satu
pekeliling dikeluarkan di negeri Terengganu tidak membenarkan wakil-wakil rakyat daripada PAS, daripada parti yang bukan
Barisan Nasional untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG dan sebagainya program di sekolah, tetapi telah memberi peluang
seluas-luasnya kepada wakil rakyat Barisan Nasional untuk menggunakan platform ini terutama ketua bahagian walaupun tidak
menang dalam pilihan raya telah pergi ke sekolah-sekolah menggunakan platform sekolah dan PIBG untuk menghentam parti
PAS dan parti-parti yang tidak bersetuju dengan Barisan.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang dipohon penjelasan oleh Ahli Yang
Berhormat bagi Hulu Terengganu, malah di Tumpat ini juga berlaku, pemimpin-pemimpin politik UMNO yang tidak berjawatan
kerajaan dipanggil untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat PIBG di satu tempat itu bukan pun daripada Tumpat tetapi
pemimpin UMNO yang lain dan malangnya guru-guru dan ibu bapa kecewa dengan apa yang berlaku ini kerana tokoh-tokoh
UMNO yang datang itu tidak pun memberi apa-apa bantuan kepada sekolah yang beliau rasmikan itu.  Berbeza dengan zaman
saya dahulu, Tuan Yang di-Pertua, yang mana kalau saya rasmikan mesti saya beri peruntukan peribadi dan sebagainya.

 Tuan Moktar bin Radin:  Sebab dia kaya.  Minta penjelasan.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Ini saya fikir suatu keadaan yang amat membimbangkan.  Begitu juga pada minggu ini sahaja, saya
telah terpaksa membelanjakan peruntukan untuk rombongan PIBG, murid-murid dari dua sekolah daripada Tumpat yang
melancong dan lawatan sambil belajar ke negeri-negeri yang lain.  Maknanya walaupun kita dihalang daripada menghadiri
program-program di sekolah-sekolah oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional, …..

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Cukup Yang Berhormat, ini ada yang berdiri Yang Berhormat.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  …….kita terus juga melakukan tanggungjawab kita kepada pelajar-pelajar kita.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Biasalah Yang Berhormat kena belanja kepada kawasan dia.
 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Kinabatangan.

 Tuan Moktar bin Radin:  Terima kasih Yang Berhormat.  Jadi, apabila kita mendengar apa yang penjelasan Yang Berhormat
dari Tumpat, nampaknya memang pembangkang ini tidak pernah jadi relevan, selalu negative thinking ataupun berfikiran negatif.
Kerana yang mula-mula menghasut pelajar-pelajar daripada kecil, daripada bangku sekolah, pembangkanglah.  Memijak
gambar pemimpin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sebagainya - pembangkanglah.  Kemudian dituding jari pula
kepada UMNO dan Barisan Nasional.  Dan saya mahu tanya Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat, di Kelantan dan di
Terengganu adakah Kerajaan Kelantan dan Terengganu membenarkan kepada pemimpin UMNO membuat upacara perasmian
bagi kerja-kerja di peringkat negeri, memangnya sudah tidak ada.

 Justeru itu, bidang-bidang kuasa di bawah Persekutuan juga akan kita lakukan melalui Persekutuan, ini jelas dan tidak perlu
dipersoalkan.  Yang penting Yang Berhormat juga mungkin berasal mula-mulanya daripada UMNO, memang cukuplah untuk
memberi derma peribadi dan sebagainya kerana itu pun cukup kaya raya.  Terima kasih.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Cukuplah.  Ya, ya.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan bahawa Kelantan dan
Terengganu tidak memberi ruang kepada menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO.  Ini fakta yang tidak tepat.  Baru
minggu lepas, saya bertemu dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri melawat Tanah Merah untuk urusan
kerajaan.  Beberapa bulan yang lalu, dua kali Menteri Pertanian melawat Kelantan, bersama-sama diberi sambutan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO Pertanian dan sebagainya dan melancarkan dan memberikan tanah untuk
program-program pertanian di bawah Kementerian Pertanian di negeri Kelantan.

 Jadi, sikap pihak Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu amat terbuka dan mengikut apa yang ada dalam Perlembagaan
memberi kuasa dan tempat kepada Kerajaan Persekutuan dalam bidang-bidang yang mereka ada kuasa.   Jadi, tidak betul apa
yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan itu.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan rang undang-undang ini, saya ingin menyarankan supaya memandangkan bahawa kita
menitikberatkan tentang masalah kanak-kanak, kita menganggap bahawa masa depan kanak-kanak itu amat penting, maka saya
ingin mencadangkan supaya Kerajaan Barisan Nasional benar-benar menunjukkan bahawa kerajaan ini ada minat yang tinggi
terhadap masa depan kanak-kanak, maka dalam perbahasan ini, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan
untuk memperbesarkan lagi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini, ianya perlu kerana ianya
mempunyai tugas kalau mengikut rang undang-undang ini, yang amat besar untuk melindungi kanak-kanak, untuk menjadi
sebahagian daripada mahkamah kanak-kanak, untuk menjadi pegawai kebajikan kanak-kanak dan banyak lagi tugas-tugas
untuk menjaga akhlak kanak-kanak, tetapi kalau kita turun ke peringkat negeri dan daerah-daerah, bilangan pegawainya adalah
amat kecil sekali dan tarafnya dalam sistem struktur pentadbiran negara ini adalah amat rendah sekali.

Ini bercanggah dengan semangat yang ditunjukkan kononnya menerusi akta dan rang undang-undang ini hendak memberikan
pertimbangan yang penting kepada kanak-kanak.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ada dua orang yang berdiri.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Ya, Yang Berhormat Tanah Merah.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Tak apa, saya ikut sahaja siapa yang dia beri.

 Tuan Saupi bin Daud:  Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.  Saya telah diberi laluan oleh Yang Berhormat Tumpat, yang pertama
sekali saya ingin menyatakan adakah Yang Berhormat Tumpat bersetuju dengan diskriminasi yang telah dilaksanakan oleh
sesetengah pemimpin UMNO terutama sekali di dalam pemberian hak kepada murid-murid di sekolah rendah sekali pun.
Kes-kes ini saya quotekan apa yang berlaku di dalam kawasan Yang Berhormat sendiri, di dalam Parlimen Tumpat di mana
pemimpin-pemimpin UMNO yang hendak menyampaikan hadiah kepada murid-murid miskin, umpamanya penyampaian basikal
dan juga bantuan pakaian murid sekolah dan sebagainya telah mengarahkan pihak sekolah, pihak guru besar supaya meneliti dan
memastikan murid-murid yang menerima bantuan-bantuan tersebut adalah terdiri daripada kalangan anak-anak orang UMNO
sahaja.   Jadi, ini adalah menunjukkan suatu perkara yang tidak baik.

 Dan yang keduanya, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, saya ingin minta juga penjelasan,
bahawa saya pernah diarah diminta oleh pihak guru besar untuk menandatangani surat minta bantuan daripada Yang Berhormat
Ahli Parlimen Tumpat untuk rombongan pelajar yang akan mengadakan lawatan pada 26 Oktober ini ke Kuala Lumpur
semata-mata untuk Yang Berhormat memberi bantuan makan, sama ada tengah hari atau malam tetapi apabila saya minta pihak
guru besar sendiri menandatangani surat tersebut, apa yang diberikan ialah pihak guru besar tidak berani kerana ini melibatkan
parti pembangkang dan juga bantuan daripada Yang Berhormat daripada pembangkang.
 Jadi, inilah saya minta penjelasan.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.  Saya bersetuju dengan pengalaman Yang
Berhormat alami, sebab ini adalah pengalaman yang dialami oleh boleh dikatakan kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat kita
daripada parti PAS dan parti pembangkang yang lain diberikan layanan yang amat buruk oleh pihak pemimpin politik melalui
arahan yang dikenakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan.  Sepertilah apabila royalti minyak digantikan dengan ihsan
kononnya yang menandatangani surat itu bukanlah pemimpin politik, bukanlah Menteri Kewangan atau Timbalan Menteri
Kewangan tetapi hanyalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang saya fikir tidak pun meletakkan tandatangan beliau di atas
dokumen itu yang merubah …

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Yang Berhormat, balik asallah Yang Berhormat, di luar
langsung ini.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, untuk memperkuatkan lagi contoh yang kita lihat itu.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Hm, contoh banyak, sampai pagi esohk pun tidak habis.
[Ketawa] Teruskan kepada perkara yang lain.

 Dato’ Kamarudin bin Jaffar:  Tuan Yang di-Pertua, jadi inilah pentingnya saya fikiir kalau benar-benar kita menganggap bahawa
masalah dan masa depan kanak-kanak adalah penting untuk masa depan negara kita, maka tindakan ekoran yang kita ingin lihat
dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan selepas ini ialah memperbesarkan lagi kementerian yang berkenaan ini dan meningkatkan
lagi taraf pegawai-pegawai yang ada di bawahnya supaya pegawai-pegawai yang ramai, yang cukup, yang terlatih ini dapat
benar-benar memainkan tugas mereka sesuai dengan infrastruktur undang-undang yang hendak kita luluskan dalam sidang ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ingin sebutkan ialah berkaitan dengan bagaimana juga disebutkan oleh Yang
Berhormat sebelum ini ialah bagaimana kita dapati dalam majlis

 Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ingin sebutkan ialah berkaitan sebagaimana disebutkan juga oleh Yang
Berhormat sebelum ini ialah bagaimana kita dapati dalam majlis yang hendak ditubuhkan ini terdapat anggota-anggotanya yang
mana dari belasan anggota majlis ini di muka surat 20 ini tidak ditetapkan secara khusus pemimpin-pemimpin ataupun
tokoh-tokoh agama sebagai anggota tetap di dalamnya.  Daripada anggota yang ada ini sebagaimana yang kita dengar semalam
kebanyakan mereka adalah mewakili jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan.   Walaupun diletakkan seorang pemimpin atau
tokoh agama tetapi ianya bukan ditetapkan khusus kepada jawatan itu tetapi sekadar tidak lebih daripada tujuh orang yang
mempunyai pengalaman dan sebagainya.  Saya ingin memohon supaya dipinda bagi, memastikan bahawa tokoh-tokoh agama
diberikan tempat yang khusus dalam keanggotaan majlis ini.  Saya ingin menyarankan supaya tokoh agama itu
sekurang-kurangnya dua orang, iaitu, seorang mewakili Jabatan Agama Islam Negeri dan seorang lagi mewakili pemimpin
agama yang lain yang mana kes ataupun keadaan setempat itu berkaitan.  Ini saya fikir penting kerana ianya menunjukkan
bahawa negara kita benar-benar menganggap bahawa masalah keluarga, masalah kanak-kanak, masalah wanita, ini ada
kaitannya dengan keadaan kepercayaan kita, amalan keagamaan kita dan sebagainya.  Saya ingin menyarankan supaya
cadangan ini sebagaimana yang dicadangkan juga oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain diberikan pandangan yang berat oleh pihak
kerajaan.

 Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan sekali lagi betapa pentingnya masalah ini dan saya anggap bahawa kerajaan selepas
ini tidak lagi mengambil mudah perkara-perkara dan masalah-masalah yang dibangkitkan ini.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ada yang berdiri, Yang Berhormat.  Minta penjelasan, ya.

 Tuan Muhammad bin Mustafa:  Minta penjelasan.

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya.

 Tuan Muhamad bin Mustafa:  Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Tumpat
berkenaan dengan pengisian ataupun pembangunan kemanusiaan itu sendiri di mana seseorang manusia itu dari segi fizikalnya
dibesarkan melalui makanan dan minuman dan dari segi kerohaniannya dibesarkan daripada apa yang dia lihat dan apa yang dia
pandang dan apa yang dia rasa di dalam kehidupannya.  Jadi, soalan saya pertama, tentang pemakanan soal halal dan haram itu
sendiri saya ingin tahu apakah makanan yang dibekalkan kepada anak-anak kita sekarang ini sudah pasti keseluruhan makanan
yang ada di dalam negara kita ini semuanya halal?

 Kedua, bahan tontonan, bacaan dan sebagainya kita tengok apa yang dibekalkan oleh TV Malaysia ataupun tvTV-tv yang lain
menunjukkan bahawa kerajaan tidak begitu serius untuk membina kemanusiaan di mana banyak keracunan-keracunan yang
boleh membunuh kerohanian manusia yang disediakan di tv-tvTV kita yang boleh merosakkan pemikiran dan kerohanian
kanak-kanak.  Jadi, bagaimana kalau kita mengharapkan suatu masa hadapan kanak-kanak yang sihat dari segi kerohanian,
mental dan fizikal kalau sistem media kita tidak dibetulkan terlebih dahulu dan dibetulkan juga pemimpin-pemimpin yang menjadi
contoh kepada kanak-kanak itu sendiri.

 Saya pernah bertanya kepada seorang ....... [disampuk]

 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Cukup Yang Berhormat, jangan ......

 Tuan Muhamad bin Mustafa:  Terima kasih.

 Dato' Kamarudin bin Jaffar:  Terima kasih Yang Berhormat bagi Peringat yang membangkitkan santapan rohani dan santapan
jasmani yang saya fikir adalah perkara-perkara yang amat penting yang mesti diambil berat oleh semua pihak dan terutamanya
pihak yang berkuasa iaitu, pihak Kkerajaan Ppusat.  Saya menyokong cadangan dan pandangan beliau, saya hanya boleh
mengulangi di sini bahawa hasrat kita ialah untuk melihat supaya kementerian yang melibatkan diri dalam rRang uUndang-undang
ini dan kementerian-kementerian yang lainnya memandang berat akan kesihatan, mental dan jasmani anak-anak kita ini supaya
tidak dirosakkan lagi oleh keadaan-keadaan yang ada yang sebahagiannya memang di luar kuasa kita menerusi internet dan
televisyen walaupun sebahagian sepatutnya boleh dikawal tetapi dianggap sebagai di luar kawalan kita tetapi sesetengahnya
memang berada di bawah kuasa dan kawalan kita tetapi agak longgar dan kadang-kadang tidak ada langsung pengawalan dan
pengawasan yang dikenakan dalam bidang-bidang yang berkaitan itu.

 Tuan Yang di-Pertua, saya rasa inilah perkara-perkara yang saya ingin sebutkan    di dalam perbahasan ini, saya ucapkan
terima kasih di atas peluang yang diberikan.