Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah
diisytiharkan sebagai sebuah IPTA yang mempunyai autonominya sendiri pada
1
Januari 2000. Ia juga telah diumumkan
oleh Dato' Najib (Menteri Pendidikan ketika itu) dua hari sebelum pilihanraya
ke-10.
Ini membolehkan KUT mendapat peruntukkan
sendiri dari Kerajaan Persekutuan dan mengambil pelajar sendiri tanpa melalui
UPM. Fakulti-fakulti baru dengan
program-program terkini telah dirancang oleh ahli-ahli akademik untuk memajukan
satu-satunya IPTA di Negeri Terengganu.
Tetapi malangnya, ura-ura kelulusan tersebut
akan ditarik balik oleh Kementerian Pendidikan sebagai balasan kepada rakyat
Terengganu yang telah memberi mandat kepada
Kerajaan PAS untuk memerintah Negeri tersebut.
Saya sebagai pelajar KUT dan anak Negeri
Terengganu merasa amat sedih dengan permainan politik yang tidak berkesudahan
ini. Kita sepatutnya ikhlas untuk meningkatkan
ilmu dan memajukan anak bangsa bukannya dengki dan membalas dendam
sehingga rakyat yang menjadi mangsa.
|