Kenyataan KULI Dalam Media:
TANGGAPAN RAKYAT
Minyak: Penjelasan Ku Li -- 'Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan
wang ihsan'
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah
berkata, kerajaan Pas Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang
ihsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti
minyak, bukanlah hak negeri itu.
Rakyat : Apa kaitan KU LI dengan isu Royaliti dan N.Terengganu ini ??
Apakah dipercayai lagi penjelasan seorang 'Gurkha' yang tidak pernah pertahankan
prinsipnya sendiri?? Samalah juga halnya dengan Rais pembakar jambatan
itu!!
Rakyat : Kenapa tidak boleh persoalkan?? Bukankah wang itu menjadi hak
Kerajaan Negeri, meski pun aktiviti carigali di luar pantai Terengganu,
tidakkah pemperosesannya di lakukan di Negeri Terengganu?? Lagipun kenapakah
baru kini (setelah PAS menguasai Terengganu) dipersoalkan samada ianya
HAK atau BUKAN??
Beliau yang menerajui syarikat minyak nasional itu semasa perjanjian
dengan kerajaan Terengganu dimeterai pada 1975 berkata, semasa Petronas
ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung
berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar
'wilayah' mereka.
''Dulupun, wang ini diberi bukan atas dasar ia adalah hak negeri Terengganu
kerana minyak tersebut diperoleh di luar kawasan kekuasaan negeri itu.''Dari
segi undang-undang pula, ikut pandangan kita pada masa itu iaitu semasa
Petronas ditubuhkan, memang negeri-negeri di Semenajung tidak ada hak ke
atas minyak ini,'' kata bekas Menteri Kewangan itu kepada pemberita ketika
ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Rakyat: Kalau begitu, apa rasionalnya memberikan royaliti kepada Terengganu
sebelum ini?? Kerana Ehsan?? Kenapa tidak beri ihsan kepada lain-lain negeri
di Malaysia?? Apakah Negeri-negeri lain sudah cukup atau kaya, oleh kerana
itu tak perlu diberi ihsan??
Rakyat : Kalau negeri-negeri Semenanjung tiada hak atas hasil minyak
di luar wilayah mereka (seperti kata KU LI), kenapa SI RAIS Nyanyok kelmarin
(dalam media perdana mengenai laporan kawasan baru minyak dijumpai diperairan
Negeri Terengganu) mengatakan pula kesemua hasil petroleum samada di luar
atau di dalam wilayah negeri-negeri adalah milik pusat dan negeri-negeri
tidak punyai hak ?? Yang mana cakap Menteri Pusat yang kena terima?? Jelas
kedua-duanya pemutar belit dan lidah bercabang!!
Rakyat : Dari konteks penggubalan Akta dan undang-undang, siapakah yang
lebih arif di antara Pengerusi Petronas dengan orang yang mendrafkan Akta,
Tun Salleh Abbas??
Rakyat : Satu kenyataan yang terpaksa dibuat akibat tekanan PM dan Menteri
Pusat setelah lama membisu tiada sebarang ulasan.
Sehubungan itu, Tengku Razaleigh menegaskan, soal pembayaran wang kepada
Terengganu sama ada atas nama wang ihsan atau royalti sepatutnya tidak
menjadi isu.
Rakyat : Kalau KU LI sebagai MB Terengganu, apakah ianya bukan jadi
isu?? Kalau bukan isu, bagaimana harus kamu berhadapan dengan rakyat kamu??
Politik murahan!!!!!
Rakyat : KU LI sengaja keliru, bukan persoalan wang ihsan @ wang royaliti...tapi
soal 'CARA PEMBAYARAN' wang itu!! Sudahlah 'IHSAN' itu membawa maksud 'HARUS'
dengan makna harus beri dan harus tidak, cara membayarnya melalui JPP,
apa maknanya Kerajaan Negeri yang diamanahkan oleh rakyat mengurus dan
mentadbir apa-apa urusan Negeri baik hasil negeri, perbelanjaan negeri,
pentadbiran dan pengurusan negeri dan apa jua di bawah bidangkuasa negeri??
Ini kerana wang tersebut tetap disalurkan kepada rakyat negeri itu.''Saya
rasa yang pentingnya bukan soal wang itu disalurkan menerusi negeri atau
Pusat kerana yang pentingnya terjejas atau tidak rakyat Terengganu dalam
hal ini.
''Kalau wang itu disalurkan menerusi apa-apa saluran pun dan rakyat
tidak mendapat faedahnya serta menanggung kerugian, barulah perkara ini
boleh dipersoalkan,'' katanya
Rakyat: Benar, bukan persoalan salur atau tidak kepada rakyat atau jejas
tidak terjejasnya rakyat Terengganu seperti yang didakwa!! Tapi persoalan
pentingnya, wang itu adalah hak Kerajaan Negeri untuk menguruskannya dan
bukan JPP yang dilantik pusat !! Bagaimana akibat dan risikonya kepada
rakyat apabila pemberian wang itu melibatkan orang-orang Politik UMNO/BN
dan campurtangan orang-orang berkepentingan yang berseteru politik dengan
Kerajaan Negeri Terengganu???? Apakah jaminan perkara ini tidak akan berlaku
sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa akibat campurtangan mereka itu,
rakyat menjadi mangsanya??? Rujuk kembalilah kepada kes-kes yang telah
berlaku di Kelantan!! Sedangkan saluran wang tersebut meskipun melalui
Kerajaan Negeri UMNO/BN pimpinan Wan Mokhtar dahulupun, Kerajaan Negeri
telah menanggung hutang sebanyak RM 700 juta. Apakah itu maknanya rakyat
Terengganu tidak terjejas?? Siapakah yang akan membayar hutang-hutang itu,
Wan Mokhtar dan UMNO/BN kah atau rakyat???
Rakyat : Justeru itulah Rakyat dan Kerajaan PAS persoalkan sebelum rakyat
menanggung hutang berjuta-juta atau berbilion-bilion lagi, adalah lebih
baik persoalkan dan pertikai terlebih dahulu. Perhatikanlah perbezaan prinsip
pentadbiran PAS dengan pentadbiran UMNO/BN di mana PAS dalam melaksanakan
dasar, prinsip pencegahan lebih diutamakan dari mempertaruhkan kepentingan
dan hak rakyat !!
Sehubungan itu Tengku Razaleigh berkata, rakyat harus memberi peluang
kepada Kerajaan Pusat dan menilai sama ada cara penyaluran wang ihsan itu
menguntungkan atau tidak.
Rakyat: Apakah sekian lama diberi memerintah Terengganu sebelumnya bukan
peluang?? Jangan hairan, demikianlah halnya orang-orang yang sedikit kebajikan
mereka di atas dunia, setelah tiba waktunya di hisab amalan di akhirat,
mereka memohon untuk dikembalikan di atas dunia dengan janji bahawa mereka
akan melaksanakan kebajikan sebanyak-banyaknya, namun sudah terlambat dan
terimalah azabnya , begitulah mafhum firman Allah SWT.
''Tetapi saya percaya cara ini sudah tentu akan memberi faedah dan menguntungkan
rakyat. Kalau menguntungkan rakyat, kenapa hendak persoalkan cara mana
duit itu disalurkan,'' katanya.
Rakyat : Yang untung adalah mereka yang berkepentingan, samada UMNO/BN
atau individu yang menyalurkan wang itu dan bukan rakyat terbanyak. Terimalah
hakikat ini!!! Sejarah telah membuktikan!!
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga tidak menolak kemungkinan, Kerajaan
Pusat mengambil alih peranan menyalurkan wang tersebut kerana kerajaan
Pas Terengganu yang baru memerintah belum lagi mempunyai keupayaan dan
kemampuan untuk melaksanakan projek.
Rakyat: Apalah ertinya demokrasi, apalah maknanya pilihanraya dan apakah
maksudnya kerajaan pilihan rakyat?? Apakah ukuran keupayaan dan kemampuan
itu dengan banyaknya rasuah, penyelewengan wang dan harta rakyat??? Kalaulah
itu, maka logiklah bahawa UMNO/BN bukanlah menghargai pilihan rakyat dan
UMNO/BN amat bimbang tidak lagi mempu Rasuah, Menyeleweng dan Mengaut Keuntungan
hasil titik peluh rakyat!!!! Maka tidak salah kita katakan UMNO/BN adalah
penyamun, perampok, pencopet, pengaut, perabih, pengsonglap duit dan harta
rakyat!! Mahukah terima hakikat ini??? Dan itulah persepsi rakyat terhadap
UMNO/BN...lalu tak perlulah mengharap simpati rakyat, tindakan sendiri
yang menghasilkan kebencian rakyat dan BUKAN Parti lain, orang lain, pihak
lain yang menghasutnya...SALAH SENDIRI!!
Oleh itu, Tengku Razaleigh menambah biarlah rakyat menentukan sama ada
langkah Kerajaan Pusat itu menjejaskan mereka atau tidak.
Rakyat: Bukankah rakyat sudah bertekad menentukannya lalu UMNO/BN dinyah
dari memerintah Terengganu dahulu??
Bagaimanapun, beliau yakin cara baru itu tidak akan menjejaskan kehidupan
rakyat Terengganu memandangkan Kerajaan Pusat adalah pihak yang mementingkan
pembangunan rakyat.
Rakyat : Seperti yang kita katakan, apa jaminannya??? Sedang Akta dan
Undang-undang, Mahkamah diperlakukan sewenang-wenangnya, apakah kualiti
jaminan di atas kertas itu adil kepada rakyat??
'Takkan Kerajaan Pusat nak kurangkan wang itu atau melakukan sesuatu
yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat Terengganu. Tak mungkin ini berlaku.
Rakyat: Habis, tidakkah mereka sedarlagi apa jua tindakan kerajaan selama
ini bukan dimarahi rakyat?? Bermula dari kes DSAI dan berpuluh-puluh demonstrasi
dan tunjuk perasaan sehinggakan respon BA di Parlimen, bukankah itu maknanya
kemarahan rakyat?? Kalau bukan, apa dia maknanya?? Lakonan, lawak jenaka,
opera, wayang kulit, sitcom, teater?? Kalau itulah maksudnya, memang benar
bahawa UMNO/BN lah penggiat, pengarah, pelakon, penulis skrip, tok dalangnya,
lalu kerana itu mereka sanggup berlakon apa sahaja bagi mengekalkan kekuasaan
hasil tipuannya DAN sememangnya telinga-telinga mereka telah 'pekak' tidak
mampu mendengar lagi aspirasi dan kemahuan rakyat tidak seperti apa yang
mereka laungkan , 'Berkhidmat Untuk Rakyat', 'Bersama Rakyat', 'Kerana
Rakyat', 'Pejuang Rakyat', 'Pembela Rakyat' dan semuanya rakyat!!! PELAKON
MURAHAN!!
''Kerajaan Pusat adalah berorientasikan pembangunan tentu dia akan bagi
segala kemudahan dan projek yang dia boleh rancang dengan baik untuk dilaksanakan,''
katanya.
Rakyat: Skrip penipuan, kata-kata pembohongan, indah khabar dari rupa,
putar belit, putar alam dan penuh keraguan!! 'Boleh rancang dengan baik
untuk dilaksanakan' tetapi akhirnya rakyat menanggung hutang dan UMNO/BN
kaut keuntungan!!! Jangan bohong lagi!!!
Ia akan dibayar melalui kaedah dikenali sebaga Program Pembiayaan Wang
Ehsan yang akan dikendalikan oleh satu Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP)
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Rakyat: UMNO/BN, BUATLAH APA ALASAAN PUN, RAKYAT AMAT SEDAR PUTARBELIT
KAMU! BILAPUN DAN DI MANAPUN KAMU UMNO/BN TETAP BERHADAPAN DENGAN RAKYAT.
Sunan Kalijogo