TANGANI PELABUR
HANYA KAUT UNTUNG
|
KERAJAAN dinasihatkan mengambil langkah serius menangani masalah
pelabur yang datang ke negara ini semata-mata untuk mendapat
keuntungan
tanpa meninggalkan pemindahan teknologi kepada pekerja rakyat
tempatan.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata negara ini dijadikan
sebagai pangkalan industri mereka untuk mengaut untung bukan
sahaja tidak
memindah teknologi kepada penduduk tempatan bahkan mereka mengambil
pekerja asing dengan tujuan membayar upah yang murah dan mengaut
keuntungan besar.
"Sebagaimana kita tahu pekerja asing bukan sahaja cabaran kepada
rakyat
tempatan bahkan berkait dengan masalah sosial, akhlak dan jenayah,"
ujarnya.
|