ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU


AWAS !! ISU SUQUI DAN OPERASI LALANG II.
 

Nampaknya Mahathir dah desperate benar kerana kehilangan sokongan rakyat semua kaum di negara ini. Baru-baru ini beliau kalah teruk di Lunas. Fikir punya fikir apa isu nak kembalikan sokongan rakyat ni supaya berdiri kembali di belakang kerajaannya, maka dicetuskannya isu Suqui setiap hari dalam akhbar2 merapu tu. Yang sebenarnya isu tu tak seberapa pun tapi fokus sokongan kepada kerajaan Mahathir yang tersiratnya. Jadi, untuk mengembalikan sokongan rakyat ni, Mahathir terpaksa mengembar-gemburkan soal Suqui, samalah seperti tahun 1987 dulu bila dia nak buat Operasi Lallang, dicetuskannya 'perang' antara UMNO dan MCA kat Stadium TPCA Jalan Raja Muda. Hasilnya, pemimpin pembangkang merengkok kat Kamunting. Maka dalam soal Suqui ni, bayangan ke arah Operasi Lallang itu telah pun dibuat oleh Mahathir beberapa hari lepas.

Jaguh 'politik' hingusan, Suhaimi Ibrahim cuba nak tunjuk hero bagi pihak Umno selepas 'dimalukan' dengan sikap jantan Mahfuz yang menjadi hero Barisan Alternatif sehingga sanggup masuk penjara daripada tunduk kepada regim zionis Mahathir. Suhaimi kununnya memberi tempoh sebulan kepada Suqui dengan amaran seperti kambing kena kasi. Apalah nak jadi dengan budak Suhaimi sekor ni. Menguruskan GPMS pun berterabur, ni kunun nak jadi hero pulak selepas malu alah dengan Mahfuz ( nak harapkan si Hisham awww awww nampaknya tak kemana lah).

Sebenarnya Mahathir sengaja menyuruh si Suhaimi itu supaya mencetuskan suatu suasana tegang antara kaum Melayu dengan Cina di negara ini. Tujuannya semata-mata untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada dirinya dan kerajaan zionisnya. Tempoh sebulan yang diberikan oleh Suhaimi itu sebenarnya adalah selepas hariraya Aidilfitri ini. Kemudian beberapa hari kemudian, Mahathir membayangkan pula Operasi Lallang. Kedua-dua agenda ini ialah untuk menangkap beberapa pemimpin pembangkang seperti Ezam, Azmin, Mahfuz, Mat Sabu, Tian Chua dan beberapa orang lagi daripada kalangan pimpinan muda PAS.
Operasi Lalang Kedua ini akan dilakukan selepas hariraya ini dengan menjustifikasikan isu Suqui sebagai ancaman terhadap keselamatan negara dan survival Melayu.

Si bengap Dollah Badawi mungkin akan dikorbankan untuk menjayakan agenda gila Mahathir kali ini, sama seperti Musa Hitam yang menjadi kambing hitam dalam Peristiwa Memali dahulu. Nasib Dollah sebenarnya banyak bergantung sejauh mana beliau bijak dalam memahami tipudaya kelicikan Mahathir bermain politik. Tak kena gaya Dollah akan menjadi lebih pendek nyawa politiknya berbanding bekas-bekas TPM yang lain.

Dalam kes Operasi Lalang yang bakal dilakukan selepas Aidilfitri ini Mahathir mungkin bertindak lebih ganas dan kejam lagi termasuk kemungkinan mencetuskan huruhara di bandaraya Kuala Lumpur sebagai justifikasi tegang dan gawatnya keadaan negara ekoran 'keextrimisan' tuntutan Suqui itu. Sejumlah barua-barua dalam Pemuda UMNO (samseng yang digunakan dalam pilihanraya lepas) dan dalam MCA akan diupah supaya mencetuskan suasana amat tegang di beberapa lokasi tertentu di KL. Kemudian pihak polis yang kesetiaannya tidak berbelah bagi bagai anjing Bulldog itu akan dikerah supaya menangkap terutama pemipin-pemimpin Barisan Alternatif, sementara pemimpin UMNO dan MCA yang mencetuskan suasana tegang itu akan pura-pura ditangkap juga untuk menunjukkan bahawa mereka cuba mencetuskan satu lagi Tragedi 13 Mei.

Sebenarnya Mahathir sudah putus harap untuk melihat rakyat, khasnya orang-orang Melayu akan kembali menyokong UMNO. Meskipun beliau sedar punca segala bencana yang menimpa kerajaannya adalah daripada dirinya sendiri, tetapi sebagai diktator, beliau tidak akan tunduk kepada apa-apa jua yang boleh dianggap atau disifatkan sebagai sesuatu yang 'lembut' kerana ini akan diambil kesempatan oleh 'orang dalam' untuk menjatuhkannya secara memalukan (undi tidak percaya umpamanya). Jika diperhatikan cara seseorang diktator mengalihkan perhatian rakyat terhadap kezalimannya, ialah dengan mencetuskan isu-isu gempar. Sukarno dahulu sengaja mengganyang Malaysia untuk mengalih perhatian dari kemungkinan rampasan kuasa terhadap kerajaannya.

Saya tidak faham kenapa dalam sebegitu ramai ahli-ahli UMNo, tidak ada kelompok yang benar-benar jantan untuk menyuarakan tentangan terbuka kepada si Mamak Gila itu. Walhal semua mereka menyedari bahawa saat-saat kehancuran UMNo semakin dekat dan ianya berpunca dari 'berhala' tua yang tidak pernah mahu sedar diri itu. Mereka hanya berani menyuarakan rasa marah dan tidak puashati ketika bersembang di kedai-kedai kopi dan di anjung-anjung masjid sahaja. Inilah dilema yang dihadapi oleh ahli-ahli UMNo akibat permainan 'sihir' Mahathir yang memakai ilmu penunduk dan pengerun itu.
 

Saya amat berharap dan bersyukur jika ada orang yang digerakkan hatinya oleh Allah s.w.t. untuk menembak si Mamak Gila itu seperti yang dilakukan ke atas Fernandez. Jika Fernandez berdosa kerana memurtadkan ramai anak-anak Melayu, dosa Mahathir sebenarnya jauh lebih besar dari itu lagi. Beliau bukan sahaja wajar ditembak malah mayatnya patut dibakar dan abunya dicampak ke laut supaya bumi tidak perlu mengisi mayat manusia kejam lagi zalim seperti itu.

Berbalik kepada isu Suqui tadi, saya meminta agar pimpinan BA terutama sekali Sdr Ezam dan rakan-rakannya sentiasa berwaspada terutama sekali ketika mahu menganjurkan perhimpunan 100,000 rakyat kali kedua ini. Bukan bermakna kita takut, tapi saya bimbang jika Sdr Ezam dan rakan-rakannya ditahan dalam tempoh yang lama, siapa lagi yang hebat-hebat seperti beliau akan meneruskan perjuangan ini. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar Sdr Ezam dan lain-lain pimpinan BA sentiasa dipelihara Allah daripada makar dan kejahatan regim zionis Mahathir itu.

Sekali lagi saya tegaskan untuk pengetahuan umum bahawa Isu Suqui sengaja digembar-gemburkan dengan cara yang begitu panas sekali semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat, sama seperti yang dibuat ketika Dato Shafie mendedahkan di mahkamah mengenai rasuah Mahathir pada 13 Jun lepas. Sungguhpun begitu, bayangan Operasi Lallang yang akan dibuat selepas Aidilfitri ini adalah benar. Mungkin dengan pendedahan ini, niat tersebut terpaksa diundurkan buat sementara waktu. Operasi ini tidak mungkin dibuat sebelum Aidilfitri untuk mengelakkan tanggapan betapa kejam dan zalimnya regim zionis Mahathir ini. Selepas hariraya nanti anjing-anjingnya akan siap untuk mengeronyok mangsanya.

Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, saya berharap marilah sama-sama kita berdoa agar Allah s.w.t. mematikan niat jahat regim zionis Mahathir untuk melakukan satu lagi Operasi Lallang itu. Kepada Ezam, Mahfuz, Mat Sabu, Azmin, berwaspadalah sentiasa dari jerangkap samar anjing-anjing regim zionis Mahathir itu. Semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi saudara-saudara.

(Nota: Ungkapan regim zionis Mahathir adalah sebagai 'penghargaan' kepada intifadhah ala rakyat Palestine).
 
 

Salam perjuangan,
Cucu Datuk Bahaman
18 Disember 2000