LAPORAN POLIS BERHUBUNG
BANTAHAN
PERHIMPUNAN MELAYU TAK
AKAN HILANG DI DUNIA
KAMI seperti nama yang dilampirkan
ingin membuat laporan polis berhubung dengan
perhimpunan " Melayu Tak
Akan Hilang di Dunia " yang akan di adakan pada 4
Februari 2001, bertempat
di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur .
Akbar Berita Harian bertarikh
29 Januari 2001 (mukasurat 5) bertajuk "
Perhimpunan Tak Kan Melayu
Hilang Di Dunia ", menyatakan bahawa perhimpunan itu
akan diadakan setelah tertangguh
sejak 21 Januari 2001 yang lalu.
Laporan ini dibuat kerana :
1) Perhimpunan tersebut
memperlihatkan sifat perkauman yang boleh mengugat
perpaduan dan integrasi
nasional penduduk berbilang kaum di negara ini.
2) Lambang Keris yang terhunus
pada logo perhimpunan ini menunjukkan bahawa
sikap ekstrimis sesetengah
golongan yang boleh membawa kepada perasaan cemas
serta menakutkan kepada
kaum-kaum lain; seolah-olah huru-hara akan berlaku.
3) Perhimpunan ini boleh
menjurus kepada Tragedi 13 Mei 1969 apatah lagi ia di
adakan di Kampung Baru yang
juga tempat dimana tercetusnya tregedi tersebut.
Kami yakin bahawa perhimpunan
ini bukan sehaja tidak dapat mempertahankan maruah
dan martabat serta menyatukan
orang Melayu di bawah satu wadah malah ua akan
memecahbelahkan lagi perpaduan
di kalangan orang Melayu. Ia juga jelas
bermotifkan politik dan
ingin meraih popularity di kalangan sesetengah pihak
bagi menjuarai kepentingan
orang Melayu.
Kami berpendapat bahawa ini
buka isu perpaduan Melayu atau masalah rakyat tidak
bersatu, tetapi adalah masalah
beberapa kerat pemimpin politik yang mengamalkan
rasuah, salahguna kuasa
dan penyelewengan yang mahu lari dari persoalan sebenar
rakyat dan negara.
Oleh itu kami membantah sekeras-kerasnya
perhimpunan anjuran Sekretariat Badan
Bertindak Melayu ini yang
diterajui oleh kepentingan politik tertentu di mana ia
jelas tiada berwibawa dan
kredibiliti.
Sekian laporan kami.
1 FEBRUARI 2001
Laporan Polis ini dibuat di Balai Polis Ampang Oleh :
1) En. Ahmad Hassan ( KeADILan
)
2) En. Rosli Ibrahim ( KeADILan
)
3) En. Sivarasa Rasiah (
PRM )
4) En. Md Abd Nasir Mat
Isa ( SUARAM )
5) En. Mahadzir Hassan (
JIM )
" PSARAF HQ "
2HB.FEB.2001