2 MATI LEMAS DIPANTAI CENDERING

KUALA TERENGGANU----- 2 orang mangsa yang datang berkelah di pantai Perangainan Cendering telah lemas.Mangsa pertama adalah seorang pelajar yang berusia 14 tahun,berasal dari kampung Kubang Ikan Cendering.Beliau yang sedang mandi bersama 4 rakan nya yang lain , tiba-tiba dibawa oleh arus ombak yang kuat.Sementara 3 rakan nya yang naik kedarat meminta petolongan dari orang ramai yang juga sedang berkelah disitu.Seorang pemuda yang berusia dalam lingkungan 35 tahun yang kebetulan datang berkelah bersama keluarganya berada ditempat kejadian terus tewrjun kelaut untuk menolong mangsa.Oleh kerana arus yang laju serta ombak yang kuat pemuda tadi juga turut dibawa ombak.
     Ketika berita ini ditulis mangsa masih belum ditemui.Usaha mencari mangsa
sedang giat dilakukan oleh Polis,Jabatan Bomba dan penyelamat serta JPA3.Isteri dan anak pemuda tersebut juga masih berada ditempat kejadian.
 Menurut AJK JSR Cendering yang sempat ditemui,memaklumkan bahawa
kejadian diPantai Cendering selalunya berlaku ditempat yang sama.Iaitu disekitar Batu Pantai Pandak,biasanya pula mangsa akan ditemui di Pelabuhan Cendering atau di Tapak Kem yang terletak kira 1 KM dari tempat kejadian.Walaupun  MPKT telah meleta tanda amaran supaya 
pengunjung tidak mandi dikawasan tersebut,namum mereka tidak mengindahkan tanda amaran tersebut.
 
 
TERENGGANU DARULIMAN ®