KUALA TERENGGANU, : - Kerajaan
negeri akan memastikan projek Lebuh Raya Pantai
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Infrastrukur, Kemudahan Awam dan Komunikasi
negeri, Yahaya Ali berkata, pembinaan lebuh raya
berkenaan akan melalui beberapa kawasan
penempatan penduduk negeri ini, termasuk
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(Ketengah).
"Oleh itu, dalam perbincangan dengan pihak
berkenaan kerajaan negeri telah menyuarakan
cadangan supaya jalan alternatif turut disediakan
kepada penduduk berkenaan," katanya ketika
ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri memberi
persetujuan secara rasmi berhubung pelaksanaan
projek LPT yang berharga RM2.62 bilion itu sesuai
dengan pendirian asalnya yang tidak pernah
menolak pelaksanaan projek tersebut.
"Sebelum ini kita (kerajaan negeri) tidak pernah
membuat kenyataan menolak projek itu, tetapi ia
telah dieksploitasi sebegitu rupa oleh pihak
tertentu seolah-olah kita tidak bersetuju dengan
cadangan tersebut," katanya.
Projek tersebut diberikan kepada Konsortium
Malaysia Thailand Capital (MTD) Bhd dan ia
dijadualkan siap dalam tempoh tiga setengah
tahun.
Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
telah mengetui rombongan kerajaan negeri untuk
mengadakan perbincangan dengan Menteri Kerja
Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, di Kuala Lumpur,
10 April lalu, bagi membincangkan pelbagai isu
berhubung pelaksanaan projek berkenaan.
Selain itu, Yahaya berkata, kerajaan negeri juga
telah meminta Kerajaan Pusat mengambil kira
pandangan kerajaan negeri sebelum menetapkan
bayaran tol projek LPT.
"Sebagai komitmen kepada projek berkenaan,
kerajaan negeri akan membenarkan pihak MTD
memasuki tanah milik kerajaan untuk melakukan
kerja-kerja awal seperti pengukuran dan ujian
tanah," tambahnya.