Pertemuan Mahathir - Wan Mokhtar.

Baru-baru ini, bekas MB Terengganu Wan Mokhtar sempat bertemu dengan Mahathir.
 Dalam pertemuan ringkas itu, Mahathir telah menyatakan tiga (3) sebab mengapa
BN/UMNO tidak begitu berjaya (sebenarnya kalah!) dalam pilihanraya yang baru
lalu.

Mahathir menyatakan bahawa (ini adalah cerita dari apa yang saya dapat dari
orang kanan Ayah Wan yang mendengar sendiri dari mulut Wan Mokhtar semasa
beliau beraya di rumah bekas MB itu):

Pertama: Isu Anwar.  Mahathir mengatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa
rakyat tidak dapat menerima fakta-fakta (sebenarnya fitnah!) yang telah
diberikan.  Walaupun keputusan dibuat oleh mahkamah dan sebagainya, rakyat
masih menolak BN/UMNO atas isu DSAI.

Kedua, Isu Menghina (Sunnah) Nabi dan Ulamak.  Dia kata sebenarnya dia tak
tolak ulamak (ya ke?)  Dia tak tahu macammana rakyat boleh terlalu terpengaruh
dengan ulamak politik nih (???).

Ketiga, Isu iklan pilihanraya BN dalam media.  Dia menyatakan dia tidak sangka
langsung bahawa kempen itu makan tuan.  Mahathir menyatakan sebenarnya
iklan-iklan itu (iklan pening kepala, DSWA tak percaya DSAI dsbnya) dihasilkan
dan disponsor oleh anak Mahathir (Ayah Wan lupa nama yang mana satu walaupun
Mahathir sebut semasa itu - dah nyayuk kot???).  Katanya lagi iklan itu
dihasilkan dari kajian iklan-iklan yang telah dilaksanakan di Amerika Syarikat
oleh agensi-agensi yang terkemuka - iklan seperti itu mendapat sambutan yang
amat baik.  Dan dia sendiri tidak dapat faham bagaimana ianya memberikan hasil
yang amat negatif bila digunakan di Malaysia.

Rakan saya tadi menambah (tapi tidak dikatakan kepada Wan Mokhtar - hanya
sekadar berjenaka bila bercerita kepada kami sekelian) bahawa Mahathir lupa
nak tambah lagi sebab tambahan khas untuk negeri Terengganu.  Bahawa sebab
kekalahan negeri Terengganu di samping yang tiga tadi ialah sebab Wan Mokhtar
sendiri.  Orang Terengganu dah tolaknya.  Kami pun semua gelak.

Sekian

Ibrahim Baba
17 Januari 2000