MAHATHIR & UMNO MERAUNG LAGI
 

Bagi saya, tiada sesuatu yang paling memalukan melainkan apabila sesuatu yang telah kita hebohkan tetapi akhirnya tidak menjadi kenyataan. Ibarat orang yang bertunang dan mencanangkan akan kahwin tak lama lagi, tetapi tiba-tiba pertunangan itu dibatalkan atau tak menjadi, tentulah malu besar terutama bagi pihak perempuan. Ini cuma suatu perumpamaan sahaja. Saya nak mengaitkannya dengan 'kemaluan' besar yang diterima oleh Mahathir ekoran niat jahatnya untuk mengharamkan penggunaan perkataan 'Islam' pada mana-mana pertubuhan atau parti politik itu tidak kecapaian.
 

Untuk merealisasikan niat jahat kegembiraan Yahudi tuannya itu, Si Belukang Darat Pembakar Jambatan telah diminta mengkaji pelbagai sudut dan ruang yang ada dalam konteks yang mungkin diperbolehkan oleh undang-undang untuk mencari jalan bagaimana perkataan 'Islam' pada parti PAS dapat dihapuskan. Semenjak berakhirnya perhimpunan agung UMNo setahun lalu, Si Belukang Darat tersebut berhempas pulas mahu menggembirakan tuannya dengan mencari pelbagai helah dan dalil bagi mencapai niat jahatnya itu.
 

Akhirnya terjumpalah ruang untuk menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk mengkaji penggunaan perkataan Islam tersebut. Malang seribu kali malang, raja-raja Melayu kini sudah nampak sedikit kecerdikan mereka daripada berterusan diperbodohkan oleh Si Mamak Tongkang tersebut, lalu para baginda yang bermesyuarat itu menolak secara 'berhemah' permintaan UMNo dan pemimpin gilanya yang mahu mengharamkan perkataan Islam itu. Barangkali inilah perbuatan gila yang paling gila yang telah wujud dalam diri Mahathir setelah beliau gila selepas memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih dua tahun lalu. Manakan tidak, penjajah Inggeris yang telah menjajah negara ini beratus tahun pun tidak pernah mengusik agama dan adat resam orang-orang Melayu, tiba-tiba 'penjajah paria' dari Benua Keling yang hanyut tongkang pecah itu berani mencabar sensitiviti penganut Islam sendiri. Walhal isu 'Islam' teramat sensitif bagi umat Islam dan orang sanggup mati demi mempertahankannya.
 

Mujurlah raja-raja Melayu bertindak bijak dan tidak terpedaya dengan politik Yahudi ala Mahathir itu. Kalau tidak, mungkin bumi Malaysia hari ini sudah dibanjiri darah dan kepala orang-orang UMNo barangkali banyak yang sudah ditebas dan dilempar ke sungai oleh orang-orang Islam yang marah dengan pengharaman tersebut. Mahathir bukan sahaja cuba bermain api, malah cuba meletupkan 'bom nuklear' ke atas kepala umat Islam negara ini. Dalam soal ini juga, saya ingin mengucapkan 'syabas' kepada Ketua Polis Negara kerana berterusan membiarkan Mahathir mengeluarkan ucapan yang menghasut dan menyentuh sentimen agama umat Islam, selain meniupkan api perkauman yang merbahaya kepada kehidupan harmonis rakyat pelbagai kaum di negara ini. 'Keberanian' Norian membiarkan Mahathir bermaharajalela sebegitu akan menambahtebalkan lagi 'kekebalan' yang dimiliki oleh Perdana Menteri yang paling berkuasa di dunia itu. Inilah susahnya bila polis sudah tidak tahu membezakan antara 'maruah dan kehormatan' dengan 'rasuah dan kebejatan' dalam menjalankan tugasnya secara profesional.
 

Saya ingin berbalik kepada isu penolakan cadangan UMNo untuk mengharamkan penggunaan perkataan Islam oleh Majlis Raja-Raja pada minggu lepas. Penolakan tersebut telah mendatangkan malu yang bukan kepalang kepada Mahathir kerana ianya telah memberikan kemenangan moral dan politik yang amat besar kepada PAS. Dengan penolakan oleh Majlis Raja-Raja itu juga telah mengesahkan kebenaran perjuangan PAS selama ini dan penerimaan majoriti rakyat terhadap PAS semakin dapat diperkukuhkan dengan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut. Jelas kini bahawa Mahathir sudah keseorangan dalam mengambil apa jua keputusan dan tindakannya. Majoriti rakyat sudah menolak kepimpinannya, kini raja-raja Melayu pula telah menzahirkan wajah mereka yang sebenar terhadap Mahathir. Masih belum sedarkah muka tebal yang tak tahu malu itu?
 
 

Merasa marah dan berang dengan penolakan raja-raja Melayu tersebut, Mahathir kini berhelah lagi bagai si gila yang terlepas pasungan. Isu Amanat Hj Hadi yang telah berkubur 20 tahun lalu digali semula dan dipukul gong oleh media penjilat dan pengampu saban hari. Di waktu malam saluran-saluran tv diarah supaya menemuramah si polan dan si polan manakala di siang hari akhbar-akhbar pembelit di suruh menyiarkan kenyataan si anu dan si anu, mengatakan Amanat Hj Hadi itu menyeleweng dari Islam. Rakyat majoriti sebenarnya dah faham benar dengan kerenah si gila di Putrajaya itu. Dalam dok merayu mendayu-dayu kepada PAS supaya berjumpa dengannya, namun dalam masa yang sama meminta media menghentam PAS tanpa belas kasihan. Bagai nak runtuh gunung dibuatnya menyerang PAS siang dan malam, seolah-olah PAS dan Hj Hadi itu sudah terlebih sesat dari Kumpulan Hassan Anak Rimau dahulu.
 

Isu Amanat Hj Hadi sengaja dihidupkan kembali dengan penonjolan yang luarbiasa semata-mata untuk mencari ruang dan peluang kalau-kalau PAS boleh diharamkan, dengan bersandarkan kebenaran 'bersyarat' yang diberikan oleh Majlis Raja-Raja minggu lepas. Macamlah rakyat Malaysia ni bengap sangat sampaikan tak faham langsung penolakan berhemah Majlis Raja-Raja tersebut. Lainlah dengan orang-orang UMNO yang sememangnya bengap dan bebal mengalahkan ikan belukang pasir itu. Sebab itu apa juga yang diucapkan oleh Mahathir dah jadi macam 'hadith' bagi mereka. Mahathir berkokok, maka berkokok lah dua tiga ekor lagi ayam pondan di belakangnya. Inilah perangai hodoh orang-orang UMNo. Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut. Bangangnya tak habis-habis. Kadang saya terfikir, bilalah orang UMNo ni nak jadi cerdik sampaikan Mahathir kentut pun dikatanya Mahathir sendawa.
 

Menghidupkan kembali isu Amanat Hj Hadi itu sebenarnya menampakkan lagi ketololan UMNO dan para pemimpinnya. Orang PAS kini sudah tiada lagi yang menyebut soal 'amanat' tersebut. Tidak timbul sama sekali orang PAS mengkafirkan UMNo. Bila orang UMNO sendiri yang bersungguh-sungguh berminat dengan 'amanat' tersebut dan mahu PAS mengesahkan 'kekafiran' mereka (UMNo), maka seolah-olah memang orang UMNo redha mahu menjadi kafir. Walhal dalam Islam, jangankan menyebut mahu jadi kafir, terlintas dalam hati pun barang dijauhkan Allah s.w.t. Orang PAS dah senyap tak menyebut pun soal 'kekafiran' UMNo itu, tetapi pemimpin UMNo sendirilah yang beriya-iya meminta PAS 'mengkafirkan' mereka dengan menghidupkan kembali soal amanat tersebut. Inilah bodohnya UMNO dan para pemimpinnya. Dahlah jahil murakab, bebal pulak satu hal. Tak tahu nak bezakan soal politik dengan soal akidah.
 

Sepatutnya persoalan yang menyentuh akidah sebegitu tak perlulah disebut-sebutkan lagi setelah ia dianggap selesai 20 tahun dahulu. Bila UMNo meminta 'pengesahan' dari PAS berhubung isu kafir mengkafir itu, seolah-olah UMNO bersetuju yang selama ini mereka sememangnya kafir (??). Kalau dah setuju nak jadi 'kafir', terima ajelah, tak usah nak mintak orang lain pulak mengesahkannya. Inilah perangai bodoh pemimpin UMNO yang susah nak difahami.
 

Apa yang saya nampak, perbuatan Mahathir menghidupkan semula isu Amanat Hj Hadi itu semata-mata nak 'menutup' rasa malu dan berangnya terhadap keputusan Majlis Raja-Raja menolak permintaannya supaya mengharamkan penggunaan perkataan Islam pada PAS. Tak dapat tanduk, telinga dipulas. Sebab itulah apa jua yang dirasakan boleh memberikan imej yang buruk dan hodoh kepada PAS, akan dijadikan isu supaya rakyat dapat digambarkan dengan gambaran yang negatif kepada PAS. Bagai si gila yang meraung-raung dalam pasungan, Mahathir meminta media penjilatnya supaya memainkan isu Amanat Hj Hadi supaya rakyat terus melupakan dosa-dosanya selama ini. Pengalihan kepada isu-isu sensasi untuk mengaburi mata rakyat adalah fenomena biasa yang gemar dilakukan oleh para diktator untuk terus mengekalkan sisa-sisa kekuasaannya. Isu Kg Medan sebelum itu juga sebahagian daripada strategi untuk melencongkan perhatian rakyat dari memberikan tumpuan terhadap kedurjanaannya dalam apa jua perkara yang dianggap menyeleweng. Bukanlah sesuatu yang pelik bagi manusia seperti Mahathir itu untuk terus melekakan rakyat daripada memberikan tumpuan kepada kejahatannya dengan ciptaan dan cetusan pelbagai isu gempar.
 
 

Saya percaya isu Amanat Hj Hadi ini akan reda dalam seminggu dua lagi setelah rakyat yang cerdik dan bijak tidak melayan telatah bodoh dan kurang akal pemimpin-pemimpin UMNo itu. Biasalah kan, orang gila kalau dia meraung dan meronta-ronta tu kalau kita tak layan akhirnya dia akan diam sendiri. Bila penat berhentilah dia mengomelnya. Lainlah kalau kita nak jadi gila sepertinya juga, patut jugalah kita melayannya. Kadang saya merasa kesian bila melihat tv-tv UMNo menemuramah beberapa orang kampung yang 'berkarat hijau' dengan UMNonya, bertanya tentang 'Amanat Hj Hadi' itu. Saya percaya majoriti rakyat kita yang dah cerdik tak akan terpengaruh dengan beberapa patah butir perkataan yang 'kurang jelas' yang diucapkan oleh pakcik dan makcik di kampung-kampung itu. Apa yang saya perhatikan, orang kampung dia orang akan merasa seronok kalau muka dapat masuk tv, satu negara akan kenal. Bila jumpa sedara mara atau kawan-kawan, mereka akan diusik atau diacah dengan puji-pujian. Jadi mereka rasa gembira kalau masuk tv. Sebab itulah bila tv UMNo masuk kampung dan mahu menemubual mereka dengan isu yang mereka sendiri tak tahu apa kebendanya, maka bukan main 'excited' lagi mereka mengadap kamera tv. Bila pemberita UMNo bertanya pasal Amanat Hj Hadi ke apa ke, maka mulalah merepek dan merapu pakcik dan makcik tersebut sebab gembira muka akan masuk tv. Inilah kerja orang UMNo memperbodohkan orang kampung.
 

Kalau beginilah cara dan sikap UMNo dan Mahathir mahu mengajak PAS duduk semeja atas nama perpaduan Melayu kununnya, baik terjun perigi buta lagi baik daripada jumpa si Mamak Gila tu. Sudahlah gila, nak suruh orang lain pun gila sama macam dirinya. Orang, kalau ikhlas nak berdamai atau berbincang benda yang baik-baik, buatlah cara baik. Tunjukkanlah sikap dan perangai yang baik. Berikan keyakinan dan harapan bahawa niat kita sememangnya ikhlas dan baik. Tapi kalau tangan kanan dihulur tapi tangan kiri memukul, ikhlas apa ke jadahnya namanya. Itulah saya kata, Mahathir tu memang dah gila. Kalau tak gila babi pun, mungkin babi gila kut. Hari tu masa Ustaz Fadzil pergi Mekah buat haji, sampai berdoa-doa si mangkuk ayun tu minta Tuhan bukakkan pintu hati Ustaz Fadzil kat depan Kaabah supaya bersetuju jumpa dengannya. Wahh, banyak cantik muka awak tu. Kulit leher dah berkedut-kedut macam leher kerbau tua, ada hati pulak nak merayu-rayu kat orang. Yang saya sakit hati tu, dalam masa duk merayu dan mengharap PAS jumpa itulah disuruhnya surat khabar dia dan tv dia mengutuk dan menghentam PAS. Ini kerja orang siuman kah ? Kepala bapak betul punya mamak sekor ni. Dia ingat orang PAS ni jenis bodoh macam orang-orang UMNo jugakkah?
 

Ni hah, apa ke jadahnya dibangkitkan semula isu Amanat Hj Hadi nih kalau bukan kerana dek termalu dengan penolakan raja-raja Melayu minggu lepas. Dia ingat dengan mengembar-gemburkan isu amanat Hj Hadi tu rakyat semakin membenci PAS ke? Opps. mintak maap ler Tuan Hj Mahathir Al Kutty ooii, sangkaan awak tu meleset sama sekali. Sebaliknya dengan pendedahan meluas di dalam media UMNo tu, akan semakin mempopularkan lagi PAS. Rakyat yang selama ini tak tahu pun apa binatangnya Amanat Hj Hadi tu, kini mungkin sudah berminat nak membaca dan mengkajinya. Bila dikajinya, mungkin akan terserlahlah kebenaran kata-kata Hj Hadi di dalam apa yang dikatakan 'amanat' oleh puak-puak Umno tu.
 
 

Budak yang 20 tahun dahulunya baru berumur 5 tahun dan tak tahu apa bendanya Amanat Hj Hadi tu, kini bila media-media penjilat memainkannya semula, budak tersebut dah pun berumur 25 tahun dan dah layak mengundi pun. Orang yang kini dah berumur 25 tahun, 20 tahun dulu tak tahu pun kewujudan Amanat Hj Hadi tu, tiba-tiba kini bila ada orang riuh rendah satu kampung bercakap pasal amanat Hj Hadi, tentulah budak yang dah dewasa dan mampu berfikir sendiri itu akan mengkaji apa ke bendanya amanat tu. Bila dia mengkaji dan masuk dalam akalnya betul apa yang ada dalam amanat tersebut, kan dah jadi satu kredit kepada PAS?. Haa, kan haru dibuatnya. Kalau UMNo tutup cerita benda yang dah berkubur 20 tahun dulu, dah tentu budak yang sewaktu amanat tersebut diucapkan baru berumur 5 tahun kini tidak akan menyedari kewujudannya lagi setelah dia berumur 25 tahun. Macam lagu dan cerita P. Ramlee lah. P.Ramlee dah meninggal dah lebih lama daripada 'kelahiran' Amanat Hj Hadi itu. Tapi bila tv dan surat khabar asyik menayangkan cerita dan berita tentang P. Ramlee, maka budak yang baru berumur 5 tahun pun dah kenal dan minat dengan P. Ramlee. Jadi, kalau PAS semakin bertambah popular dan diminati rakyat selepas ini, jangan salahkan PAS sebab yang tolong mempopularkan PAS ialah UMNO sendiri. [Hehehhehehhehe! dalam dok benci, sayang jugak UMNO kat PAS yerk ?]
 

Sebab itulah saya kata, pemimpin UMNo ni memang bodoh dan gila. Dalam dok benci kat PAS dan mahu memaksakan kebencian itu ke dalam hati rakyat, tetapi sebenarnya turut membantu mempopularkan PAS. Cuba mereka dok buat senyap dan diam sahaja kat PAS, mungkin orang buat tak kisah sahaja. Anak-anak muda ni kadang kalau sesuatu itu saban hari disogok dan disensasikan kepada mereka, keinginan nak tahu itu tetap ada. Jadi, bila media penjilat UMNo saban hari duk asyik menyiarkan isu Amanat Hj Hadi yang dah lapuk itu, mereka tentulah akan 'excited' nak tahu apa bendanya amanat itu. Jadi, bila timbul keinginan sedemikian, akan berlakukan konflik dalaman yang akhirnya akan membawa mereka mendekati PAS. Inilah bodohnya Mahathir yang dipuja sangat oleh taik-taik UMNo tu.
 
 

Begitu jugaklah dengan isu Dato' Seri Anwar. Ni satu lagi kerja bodoh Mahathir dan penjilat-penjilatnya. Yang hangpa duk menekan dan menindas sangat kat Anwar tu hangpa ingat dapat meraih sokongan kat hangpa ka? Eh, awat ler bengap sangat Cek Det sekoq ni. Orang Melayu ni dah jadi perangai depa, kalau nampak orang lain kena lanyak teruk-teruk, depa bukan nak sokong orang yang melanyak, tapi orang yang dilanyak itulah. Cara regim Mahathir melayan Anwar sama sekali tidak akan menambah sokongan kepada UMNo dan BN, tetapi akan semakin menjauhkan lagi rakyat terhadap parti reput itu. Saya percaya kalau pemimpin UMNO bijak menangani Anwar, tahap kebencian rakyat terhadap UMNo mungkin dapat dikendurkan. Semakin buruk layanan terhadap Anwar sebenarnya semakin menjauhkan lagi sokongan rakyat terhadap UMNo. Tak usah lah dicari formula apapun hatta dari hujung kaki langit pun, takkan dapat meraih kembali sokongan terhadap UMNO selagi Anwar dilayan seperti kucing kurap.
 
 

Sebenarnya kunci kepada perpaduan dan perpecahan orang-orang Melayu kini hanya terletak di bahu Anwar dan Mahathir . Kalau inginkan perpaduan, bebaskanlah Anwar, nescaya bertautlah kembali orang-orang Melayu yang kununnya dikatakan berpecah itu. Sebaliknya kalau inginkan perpecahan, sokonglah Mahathir sampai dia mampus sebab selagi dia hidup orang-orang Melayu sudah berpatah arang dengan UMNo. Sebab itu kalau UMNo nak supaya orang Melayu terus membenci UMNo, layanlah Anwar dengan lebih teruk lagi, nescaya orang-orang Melayu akan mencampakkan UMNo bersama dengan Presidennya itu ke dalam tong taik.
 
 

Inilah susahnya bagi UMNo di penghujung usia yang nazak ini berketuakan seorang gila sebagai Presiden dan PMnya. Selepas satu isu, satu isu baru diciptanya untuk memanjangkan hayat kekuasaannya. Hinggakan ?Amanat Hj Hadi? yang dah berkubur 20 tahun pun digalinya semula. Sekali fikir kesian saya dibuatnya Mahathir ni. Macam orang karam di lautan, terkapai-kapai nak capai sesuatu untuk berpaut dari kelemasan, hatta kepala taik yang hanyut pun dipegangnya semata-mata mengharapkan ianya boleh dijadikan objek menyambung hayat. Inilah perbandingannya dengan apa yang sedang dan telah dibuat oleh Mahathir kini. Selepas ini apa pula nak dibuat oleh orang tua gila ini?
 

Cucu Datuk Bahaman
29 Mac 2001