Kempen Publisiti Bersama Rakyat oleh Mahathir sedang dirancang.

IB baru pulang dari out-station.  Dua negeri yang sempat IB lawati.  Dalam
kesibukan urusan kerja di siang hari, IB gunakan kesempatan di waktu petang
dan malam untuk bertemu rakan-rakan seperjuangan.

Dalam suatu pertemuan, minggu lepas, seorang rakan IB memperkenalkan IB dengan
seorang pegawai yang amat rapat dengan PM Mahathir.  Tak perlulah disebutkan
nama beliau.  Cuma silapnya rakan IB memperkenalkan kepada pegawai tersebut
dengan menyatakan IB sebagai salah seorang regular dalam tulisan di internet.
Diharap pegawai tersebut dapat menyimpan rahsia pertemuan kami.

Dalam perbualan kami entah macam mana tercerita pasal keberkesanan PR dan
publisiti yang dilakukan oleh DSAI (semasa menjawat TPM dan sebelumnya) di
kalangan orang ramai terutama di kampung-kampung dengan suasana yang amat
“informal”.  Beliau memetik publisiti yang pernah dibuat di mana gambar DSAI
dirakam duduk mencangkong sambil makan bersama orang ramai.

Mahathir pun turut akan melakukan PR seperti itu juga bagi memulihkan imej
beliau di kalangan orang ramai.

Maka program telah disusun dan beberapa strategi telah diatur.

1. Mahathir akan melakukan lawatan tanpa protokol pada hari tertentu setiap
bulan.
2. Lawatan yang akan dibuat adalah tanpa protokol dan sangat informal, beliau
akan cuba bergaul dengan orang ramai dengan kawalan keselamatan yang minimal
(yang beruniformlah – yang tak beruniform akan tetap berkeliaran).
3. Tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa PM seorang yang berjiwa masyarakat
dan disenangi ramai.
4. Ianya akan dimulakan pada bulan Mac ini selepas Eidul Adha.
5. Besar kemungkinan akan dimulakan dengan Pahang mengambil semperna
pilihanraya kecil Sanggang.
6. Lawatan ini akan diberi publisiti meluas.  Gambar-gambar Mahathir dalam
suasana mengauli rakyat (macam DSAI duduk mencangkong) akan disiarkan oleh
media masa berulang-kali.

Dengan pendedahan ini diharap dapatlah kita sama-sama fahami bahawa Mahathir
masih dibayangi oleh bekas TPM yang beliau hina dan penjarakan.

Sekian.

Ibrahim Baba
13 Mac 2000