PETANDA KEMUSNAHAN KEPIMPINAN Dr. MAHATHIR UMNO/BN & LEDAKAN KESEDARAN MASSA
RAMAI diantara mereka yang mengaku diri pemikir politik dan 'think-tank' @ strategis politik dalam UMNO (khususnya) menganggap bahawa ledakan kesedaran rakyat massa yang kian cendorong menyingkir diri dari menyokong UMNO (sebaliknya berbondong-bondong menyebelahi Pembangkang Melayu), cuba dirumuskan oleh mereka sebagai masalah kecil dan 'mudah selesai' (easy solution) jika ditangani melalui agenda/muslihat teratur.
Beberapa Contoh Sembrono
Contohnya: Seorang cendekiawan
membawa usul agenda 'Perpaduan Melayu'. Sekaligus Dr. Mahathir melemparkan
cadangan kepada PAS & KeADILan, kununnya usul itu bertujuan memperbaiki
keterampilan dan kedaulatan orang Melayu yang sedang menghadapi kehancuran
kerana wujudnya perpecahan yang serius..
Tetapi majoriti orang Melayu
yakin bahawa unsur perpecahan orang Melayu (jika benar berlaku) adalah
bertitik-tolak dari sikap 'mabuk kuasa' dan 'dasar kepentingan diri' yang
didalangi oleh Mahathir sendiri.
Malah ramai yang mentafsirkan
bahawa usul itu adalah agenda sulit Mahathir sendiri. Tetapi untuk tidak
terlalu ketara dan diharap akan dapat mengelirukan Pembangkang, maka dicari
dan diupahlah dengan janji imbuhan naik pangkat seorang 'non-politician'
dari luar membawa cadangan tersebut.
Adalah agak anih, tanpa
lengah-lengah, Mahathir secara peribadi terus melemparkan usul itu kepada
pembangkang, dengan kemungkinan besar tanpa persetujuan pemimpin UMNO/BN.
Buktinya, kepala surat kepada Pembangkang itu hanya menggunakan 'letter
head' Jabatan Perdana Menteri dan bukan UMNO!!
Dari itu sudah nampak Dr.
Mahathir tidak serius atau UMNO tidak merestuinya. Dengan itu KeADILan
menolak mentah-mentah.
Hematnya, orang Melayu sudah
semakin faham bahawa Dr. Mahathir dan UMNO memang sudah ketandusan sokongan
Melayu. Jika usul itu berasal dari beliau sekalipun, lebih baik beliau
(Mahathir) pergi tidor di Mahligai 'kayangan'nya saja.. Mahathir tidak
dapat lagi merobah keputusan orang Melayu yang semakin berbondong keluar
UMNO dan telah menyebelahi Pembangkang Melayu.
PAS Bijak Menduga 'Kilas
Ikan Di Air'
PAS begitu bijak menilai
agenda Mahathir dan UMNO. Walaupun pemimpin mereka begitu responsive, tetapi
ternyata mereka sangat berhati-hati. Mereka semakin pintar dan bijaksana
memainkan sifat 'kurang sabar' Mahathir untuk melihat hasil cadangannya.
Hingga, tersemburlah kenyataan
celupar dari mulut beliau (Mahathir) yang menyindir PAS kununnya akan diterima
masuk BN semula jika PAS menginginkannya. Itu adalah assumpsi paling dungu
lagi bebal. Ia sekaligus memecahkan tembelang busuk yang tersembunyi dalam
celana dalam Mahathir sendiri.
Sekaligus, PAS, komponen
Pembangkang BA dan seluruh penyokong BA sudah nampak 'udang disebalik batu'
yang ditersembunyi dalam batu jemala 'kepala hotak' Mahathir. PAS wajar
main 'lengah-lengah' kerana agenda Mahathir-UMNO sudah tersemu. Lagipun,
tidak ada siapa semudah itu mempercayai seorang licik seperti Mahathir
- termasuk pemimpin UMNO sendiri (khabarnya).
Urutan peristiwa itu merapatkan
lagi hubungan PAS dengan komponen Pembangkang BA dan seluruh penyokong
BA. Hubungan itu semakin bertambah erat dan saling berpadu setelah dikaji
bahawa Mahathir sebenarnya berhasrat untuk menarik semula orang Melayu
terhadap UMNO yang ternyata semakin merudum. UMNO mahu membaiki situasi
parti sendiri dengan menggunakan Pembangkang Melayu.
Kesannya, segala agenda Mahathir-UMNO semakin terdedah kebelakangan ini kerana keceluparan mulut Mahathir juga. Ini disokong oleh serangan dari ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz yang bermulut tempayan 'pekasam rentung' itu terhadap Pembangkang Melayu yang semakin pintar. Rafidah semacam menyuarakan rungutan Mahathir. Pekung Mahathir semakin terdedah!
Salah Tafsir Fakta Memberi
Rumusan Palsu
Kedua: Tanggapan Dr. Ramlah
Adam yang membuat kesimpulan kununnya agenda 'perpaduan Melayu' saranan
Dr. Mahathir itu berjaya 'memecahbelahkan' antara golongan 'tua' dengan
yang 'muda' dalam kepimpinan PAS. Dengan itu ia dipandangan sebagai satu
kejayaan dan kebijaksaan Mahathir & UMNO.
Hematnya, Dr. Mahathir harus
melupakan nasihat mereka yang menggelarkan diri cendekiawan seperti Dr.
Ramlah; kerana orang seperti ini terang-terang memberi kesimpulan palsu.
Tambahan pula rumusan seorang yang tidak pernah meneliti fakta hasil 'turun
padang' lebih layak digelar rumusan 'profesor CANGKUNG' saja.
Orang seperti itu cuma berfikir
dan bikin rumusan politik sempang perennang semasa duduk-cangkung di liang
tandas bagi melayakkan mereka digelar 'profesor CANGKUNG'. Dan, sesekali
orang seperti ini akan menjengah untuk meninjau pergolakan politik rakyat
melalui jendela kampus. Sekaligus, orang seperti ini akan terus membuat
kesimpulan berdasar bacaan dari media 'pengampu UMNO'. Itulah hasil rumusannya!!
Kerana wujud orang seperti
ini (seperti Mahathir Khir dan yang setaraf isu rong kepala dan sewaktu
dengan beliau); dan jika Dr. Mahathir mengakui ia sebagai benar, dan seandainya
'think-tank' dan strategist UMNO/BN menerima segala salah tafsir fakta
oleh perumus bertaraf 'sembang-sembang warung teh tarik' itu; pasti UMNO
sendiri akan salah susun strategi.
Inilah punca yang membawa
UMNO/BN terhapus dari muka bumi ini! Pembangkang tidak ada masalah apa-apa,
malah makin bertepuk dan berdondang sayang 'unplugged' seperti di Jln Kebun
dulu.
Rumusan Para 'Belodok'
Dalam UMNO Sendiri
Yang dimaksudkan 'belodok'
itu ialah mereka yang sama karekter dengan spesis ikan pesisir muara yang
berbentuk sangat hodoh, hidup dalam dua dunia dengan makan kotoran di permukaan
lumpur busuk setelah pasang surut dan air laut kering.
Para pelayar internet yang
cenderung politik pasti akan menemui seorang politikus 'belodok' bernama
Ghazali Md Dom yang mendalangi lamanweb 'UMNO Reformasi dot com'.
Beliau, bersama Datuk (belodok
juga kah ini? Hehehe..) bernama Tengku Mahmud Tengku Mansur telah cuba
membesar-besarkan peristiwa LamanWeb Refomasi 'bergelap' sedikit masa dulu.
Mereka terus membuat kesimpulan
mendadak kununnya penyokong BA mengalami perpecahan. Beliau mengandaikan
kununnya sekarang wujud pertikaikan kepimpinan dengan Dr. Chandra menjadi
punca.
Sekali lagi, orang-orang
seperti ini, selain dari bersikap 'belodok' malah mereka adalah 'goblok
brengsek' yang bakal menjerumuskan partinya, asalkan dapat makan dengan
mengutip elaun mengendali lamanWeb terbabit (berapa sebulan?).
Orang seperti ini sama seperti
beberapa penulis upahan di media berkala pro UMNO sperti Yahya Ismail dan
Zein Isma dan propagandis upahan media harian pro-UMNO.
Berbanding dengan pengendali-penulis
Laman-lamanWeb Reformasi yang wujud dan semakin berpengaruh luas dan diyakini
rakyat, mereka tidak memerlukan sebarang bayaran.
Mereka menulis dan melaksanakan
fungsi perjuangan berkonsepkan reformasi dan islah demi menjana keluhuran
hati untuk berjuang 'menegakkan Keadilan dan Kebenaran dengan nawaitu menumbangkan
Kezaliman dan mendedahkan Keboborakan' yang sedang mengancam hidup rakyat.
Rakyat wajar mengetahui informasi itu sebagai memberi mereka bahan berfikir
menghadapi tahun keramat 2004.
Dan 'Belodok-belodok' yang
berotak 'goblok brengsek' inilah yang akan terus memberi tanggapan dan
tafsiran palsu kepada pucuk pimpinan parti dengan mengharap upah sebahara
emas.
Akhirnnya, rumusan mereka
yang salah dan berbentuk mengampu itu (dengan sajian cerita dongeng yang
sedap-sedap didengar saja), persisnya mereka inilah yang akan menjadi anai-anai
meruntuhkan UMNO dari dalam teras batang tubuh parti itu sendiri.
Apa faktor yang meledakan
perjuangan rakyat menentang regim Mahathir tidak kunjung padam? Kita akan
perhatikan di Bahagian ke-2.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat
Rotan)