Mahathir Mengamuk Bila Teman Lelaki Anak Saudaranya Dirampas Orang
Dalam pergaulan dengan beberapa tokoh UMNO
termasuk mereka yang terdiri dari
ahli kabinet (http://tranung.tripod.com/berita10/ib10.htm,
http://mahazalimtwo.tripod.com/131000zac.html),
IB kerap mendengar desas-desus
perihal Mahathir amat marah dan susah hati
dengan kisah seorang anak
saudaranya sendiri kini merana kerana teman
lelaki (boyfriend) dirampas
perempuan lain.
IB melakukan siasatan sendiri untuk mendapat
kepastian. Berikut adalah
maklumat yang terbaik IB perolehi – dan
yakin dengan kesahihannya.
1. Anak saudara
ini adalah salah satunya yang Mahathir amat sayang.
2. Lelaki
bekas boyfriendnya adalah seorang berketurunan India (bukan beragama
Islam).
3. Lelaki
berbangsa India ini adalah seorang DeeJay Radio RTM (siaran bahasa
Inggeris) dan selalu juga muncul di RTM
TV2 pagi Sabtu.
4. Perempuan
yang dikatakan “merampas” teman lelaki anak saudara Mahathir ini
dikatakan pelajar sebuah IPTA di Lembah
Klang.
5. Mahathir
TERamatlah marah dan pernah dipetik mengamuk serta dengan reaksi
seolah-olah ingin membalas dendam terhadap
siswi IPTA tersebut.
6. Kaum keluarga
(terutama anak-anak) Mahathir, telahpun dilaporkan pernah
mengugut siswi tersebut dengan pelbagai
kata kesat.
Komen IB:
a. Kalau DSAI
diperlakukan sedemikian rupa oleh Mahathir, maka tidak hairanlah
Mahathir dan kaum kerabatnya boleh dan akan
melakukan perkara-perkara yang
diluar peri kemanusiaan dalam menangani
hal ini.
b. Mahathir
dan sanak saudaranya akan menyalahgunakan kuasa dengan
memperalatkan segala jentera kerajaan untuk
memastikan masalah ini
diselesaikan dengan menyebelahi mereka.
c. Seperti
mana Mahathir pernah merestui anaknya Marina berpasangan bersama
kekasihnya (ketika sebelum dinikahkan) seorang
berbangsa Perancis, maka tidak
hairanlah perhubungan anak saudara dengan
seorang lelaki berbangsa India dan
bukan beragama Islam ini turut direstui
oleh Mahathir. Sebab itulah juga
Mahathir memberi layanan istimewa kepada
Shah Rukh Khan yang turut tinggal
bersama teman wanitanya yang juga bukan
beragama Islam. SRK turut juga
dilaporkan memberi komen-komen yang bertentangan
dengan ajaran Islam (serta
mengaku beliau tidak bersolat dan berpuasa)
dalam temubualnya dengan sebuah
majalah antarabangsa terkemuka beberapa
bulan lalu.
Rumusannya:
IB faham mungkin sesetengah pembaca berpendapat
bahawa isu yang dibawa ini
adalah suatu yang kecil, namun dua perkara
yang IB ingin ingatkan para pembaca
mengapa IB mengetengahkan isu ini:
i. Soal perhubungan
luar nikah seperti ini adalah menyalahi ajaran Islam (apa
lagi dengan penganut agama lain).
Dan seharusnya Mahathir (yang banyak
memberi fatwa) menunjuk contoh baik dengan
menasihati anak saudaranya dengan
berpandukan ajaran Islam. Sebab itulah
banyak kes-kes wanita Islam
ber”boyfriend”kan lelaki Hindu/Kristian
tidak dihirau kerajaan dan berakhir
dengan murtadnya wanita Islam – sudah banyak
yang kita dengar dan baca.
ii. Jentera kerajaan
telah dan akan disalahgunakan untuk kepentingan peribadi
dan keluarga dengan sewenang-wenangnya.
Dan begitulah dengan banyak lagi
penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh
Mahathir, keluarganya dan kroninya.
Sekian.
Ibrahim Baba
18 Oktober 2000