![]() Pusat bermain dengan api atau sengaja nyalakan api Ketika negara sedang menyambut kemerdekaannya yang ke 43 dan pemimpin-pemimpin mengingatkan rakyat tentangan rancangan (yang direka-reka) kuasa asing untuk menjajah semula tanah air, tiba-tiba pembayaran royalti Petronas kepada Kerajaan Terengganu yang diketuai oleh PAS menjadi masalah. Kabinet Kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir membuat keputusan menyekat pembayaran tersebut kepada Kerajaan Terengganu yang dipilih oleh rakyat, tetapi akan membuat sendiri pembayaran dari wang royalti itu yang ditukar namanya kepada "wang ehsan" bagi projek-projek yang mereka luluskan. Sebenarnya tindakan tersebut oleh kerajaan Pusat adalah satu tindakan "penjajahan" terhadap negeri Terengganu dan rakyatnya. Pertama: minyak yang daripadanya royalti dibayar terdapat di perairan Terengganu. Walau apa pun definisi yang digunakan oleh kerajaan pusat mengenai perairan antara bangsa, kawasan temuan minyak itu tetap - pada hakikatnya - berada dalam perairan negeri Terengganu. Kalaulah Terengganu bukan sebahagian daripada Malaysia, hak ke atas minyak tersebut 100% berada dalam tangan kerajaan Terengganu dan kerajaan pusat di Kuala Lumpur tidak ada sebarang hak ke atasnya, seperti mana Berunei mempunyai hak ke atas minyaknya. Kedua: pembayaran royalti adalah hasil persetujuan yang telah dicapai oleh pihak Petronas dan Kerajaan Terengganu melalui satu perjanjian yang dibuat setelah melalui proses kajian undang-undang. Oleh itu pihak Petronas atu kerajaan terengganu sahaja yang berhak merubahnya melalui proses undang-undang. Ketiga: Pembayaran royalti kepada kerajaan Terengganu telah dibuat lebih daripada 20 tahun tanpa ada sebarang kemushkilan ditimbulkan, walau pun jumlahnya tidak seberapa. Maka untuk menafikan kenyataan ini dan menafikan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Terengganu daripada mendapatkan haknya berdasarkan perjanjian yang ditandatangani dengan sah adalah satu tindakan yang tidak ada bezanya daripada tindakan penjajahan yang pernah dialami oelh negara ini. Cumanya sekali ini penjajajahan bukan dari kuasa asing dari luar, tetapi oleh satu kuasa pusat yang berniat jahat ke atas hak kerajaan senuah negeri yang rakyatnya telah membuat pilihan untuk berada di bawah pemerintahannya. Ini sekali gus bererti penjajahan ke atas rakyat negeri tersebut. Dan tindakan tersebut mesti dianggap demikain oleh semua pihak. Mereka yang menyokong tindakan kerajaan pusat itu adalah penyokong-penyokong penjajah. Dan rakyat Terengganu
yang menyokong tindakan tersebut adalah tali barut penjajah. Apakah yang
wajar dibuat dalam menghadapi tindakan penjajahan ini?
Pada akhirnya ingin diingatkan kepada semua pihak, terutama pimpinan Kerajaan Pusat di Kuala Lumpur: bahawa tindakan kerajaan pusat adalah satu tindakan yang ekstrem, dan suatu tindakan yang ekstrem akan menjemput tindak balas yang ekstrem pula, baik dalam masa jauh kalau pun tidak dalam masa dekat. Kerajaan Pusat, atau lebih tepat Mahathir, sebenarnya sedang bermain dengan apai. Dan api membakar, kadang-kadang diri sendiri. Cucu Haji Abdul Rahman Limbung. |