ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Peringatan Dari MohamadSabu

Kita rakyat Malaysia, parti-parti yang berada dalam
barisan alternanif,mempertegaskan sekali
 lagi,perjuangan kita untuk mendapatkan kuasa melalui
 pilihanraya. Oleh itu hormatilah demokrasi,
 hormatilah jalan-jalan parti politik bekerja dan
 bersuara untuk mendapatkan kuasa melalui
 pilihanraya.
        Tetapi kita ingatkan kerajaan Malaysia
 pimpinana Mahathit mohamad, jangan memaksa rakyat
 Malaysia mengubah agenda perjuangan. Ingat, Setakat
 ini kami memeilih jalan yang dipanggil muwajahah
 salmiyah. Kita nak berhimpun secara aman,bercakap
 secara aman, sebar risalah secara aman. Tetapi
 tuan-tuan sekalian, keamanan itu tidak dihargai,
 diporak-perandakan pasukan keselamatan.
        Merekalah penyebab berlaku huru-hara ataupun
 tercetusnya hura-hara. Kita memilih jalan tidak
 melawan. Apabila pihak polis membelasah orang-orang
 kita, termasuk gadis dihadapan saya kain tudungnya
 direntap, punggungnya disepak jatuh kedalam
 longkang.
        Para pemuda minta izin kepada saya. "Bang
 Mat! Apa kita nak buat?" Saya kata, "Bersabar! Kita
 bukan memilih untuk melawan." Kawan-kawan yang
 mengelilingi saya menadah belakang mereka untuk
 dipukul oleh polis, asalkan rotan itu tidak singgah
 ke badan saya. Itulah sikap ahli-ahli kita menjaga
 pemimpin.Kalau tidak entah berapa rotan yang hinggap
 di badan saya.
        Walaupun satu rotan hinggap, kurasa pedih
 hingga hari ini! Seribu para pemuda bertanya, "Bang
 Mat, apa nak buat?" Kita bersabar! Jangan kita
 melawan dengan pasukan keselamatan.
        Bayangkan pasukan polis,pasukan keselamatan,
 saudaraku, adik-adikku, sahabat-sahabatku yang duduk
 dalam pasukan polis, Bagaimana kalau pemimpin kami
 mengatakan : "Jihad dan beredialah untuk mati!"
 Kalau itu lah yang keluar dari mulut kami, apa akan
 jadi?
        Bergelimpanglah mayat, khasnya orang Islam,
 di atas jalan raya, sam ada pihak polis atau di
 pihak orang ramai. Mahukah kita keadaan itu?
 (Hadirin memberi respon yang riuh).
        Para pemimpin kita masih berkepala dingin.
 Kita masih bersikap sacrifice! Walaupun badan kita
 dipukul, wanita kita ditendang dipijak, kita memilih
 jalan damai, sebab kita tahu yang kita tentang ialah
 Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
        Tetapi para hadirin yang dihormati sekalian.
 Manusia ini ada batas kesabaran. 116 ditangkap,
 lebih 50 cedera, seorang hampir hilang penglihatan,
 sudah dua hari dalam lokap baru bawa ke hospital
 untuk diperiksa.......Ini semua tindakan berbarisan,
 jahilliah, Israel, Yahudi!
        Kami masih boleh bersabar. Tetapi jika
 dihadapan mata kami berlaku lagi tindakan yang ganas
 sedemikian rupa, apabila aku tidak boleh berkata
 lagi bersabar; tetapi waktu itu naluri jiwa ku
 mengatakan: Ayuh kita menempuh maut! Kalau waktu itu
 aku berkata demikian, apa jadi?
        Sebab itu tuan-tuan sekalian, Sebab itu
 tuan-tuan sekalian, dalam parlimen tadi wakil rakyat
 Shah Alam yang biadap, kurang ajar, mencadangkan
 suya pihak polis menangakap pemimpin-pemimpin yang
 menganjurkan demokrasi......saya kata;"Apa nak
 tangkap? Mati pun saya tak takut."
        Pigi rah!! Pemimpin barisan nasioanal
 pengecut! Saya punya jerkah dalam parlimaen tadi,
 hampir sakit dada saya. Oh sikit-sikit nak tangkap,
 sikit-sikit nak suruh tangkap, saya jerit dalam
 parlimen: "Kalau bergitu, bunuh semua pembangkang."
 Kamu duduk sorang-sorang di Malaysia ni. Ini negeri
 bapak kamu!
        Samseng sebegitu rupa! Sikit-sikit, ugut
 penangkapan. Mereka ingat ini negara mak bapak
 mereka? Kalau rakyat sebanyak ini kita kerahkan,
 kita boleh pecahkan penjara. Boleh atau tidak
 (Hadirin menjawab;"Bolehhhhhh!) Ingat kesabaran kita
 ada hadnya. Ingat! ingat!
        Ini umat Islam di abad 15 Hijrah, demi
 menegakkan keadilan, menegakkan kedaulatan Islam,
 menegakkan kedaulatan ummah, bukan setakat tenaga
 dan wang ringgit, nywa sedia kita korbankan!
        Tapi tahap kesabaran kita masih ada. Oleh itu
 Tan Sri Norian Mai, perbaiki keadaan, jangan sampai
 perkara ini berulang.... Ingat! Kami tak ada wang,
 kami tak ada kekuatan. Yang kami ada ialah semangat
 Jihad Fi Sabi-lillah!
        Para hadirin yang di hormati sekalian, kita
 dalam perjuangan perlu ada perpaduan dan kesabaran.
 Kita akan terus hadap Umno dan Bariasan Nasional
 secara beradap, secara demokrasi. Tapi kalau
 kerajaan Dr Mahathir ingin ubah agenda perjuangan,
 kami akan berkata; Pucuk dicita ulam mendatang.

 Ceramah Mohamad Sabu,
 
 
 

=====
.