ROSLAN SMS
Pada awalnya YAB Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang dijadualkan berkhutbah
Jumaat di Masjid Taman Sri Rampai, Gombak. Akan
tetapi atas tekanan pihak-pihak tertentu disaat akhir jadual beliau
itu terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah Masjid Subang Jaya merebut
kesempatan itu dan memberi laluan kepada Tuan Guru MB untuk menyampaikan
khutbahnya disana. Sungguh pun berhadapan
dengan risiko akan diambil tindakan keras oleh JAIS namun seluruh pimpinan
kanan Masjid Subang Jaya telah turun menyambut
kedatangan YAB Tuan Guru yang turut disambut dengan mesra oleh masyarakat
setempat, atas pengiktirafan ketokohan dan ilmu
yang ada pada belaiu iaitu seorang ulamak Melayu yang berwibawa dan
istiqomah yang diiktiraf oleh kawan dan lawan serta seluruh
dunia Islam.
Di dalam khutbah beliau Tuan Guru berpesan bahawa masyarakat umat manusia
ini sememangnya telah dan akan sentiasa berpecah
sejak dari 10 abad selepas turunnya Nabi Adam a.s sehinggalah ke hari
ini. Kerana itulah kita diunjurkan oleh Allah dan Rasulnya agar
berdoa sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali sehari semalam dalam solat
wajib kita agar kita sentiasa berada dan ditempatkan di atas
“Sirotol Mustaqim” iaitu jalan yang betul. Hanya setelah ditempatkan
di atas Sirotol Mustaqim ini barulah kita dapat membedakan
antara yang hak dan batil serta bernaung di atas ketentuan keridhaan
Allah dan Rasul Nya.
Tuan Guru menambah bahwa kerana itulah Rasulullah saw telah berwasiat
kepada kita agar berpegang teguh kepada dua perkara yang
telah ditinggalkan kepada kita yang selama mana kita berpegang padanya
kita insyallah tidak akan sesat iaitu Al Quran dan Sunnahnya.
Oleh itu dalam keadaan masyarakat berpecah-belah dengan pihak ini mendakwa
ia benar dan pihak yang satu lagi turut mendakwa ia
yang benar maka sewajarnyalah sebagai umat Islam yang beriman kita
menguna pendekatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt
pencipta alam, dunia dan seluruh isinya, iaitu kembali kepada Islam
yang syumul.
Selepas selesai mengimamkan solat, umat Islam berpusu-pusu meluru kedepan
bagi bersalam dengan ulamak yang mereka iktiraf dan
kagumi itu. Sesungguhnya membuktikan bahawa kemenangan Tuan Guru dan
rakan-rakan di Trengganu bukan hanya disenangi oleh
umat Melayu/Islam Trengganu malah seluruh umat Islam yang prihatin
di negara ini. Syabas diucapan kepada AJK dan pimpinan
Masjid Subang Jaya, mudah-mudahan Allah swt memberkati tekad dan keberanian
mereka. Semoga sikap berani kerana benar ini
akan turut ditunjukkan bersama oleh lain-lain pimpinan Masjid dan surau
diseluruh negara insyallah!
Roslan_s@yahoo.com
|