Beberapa minggu yang lalu kita telah dikejutkan oleh akhbar harian
bahawa dua kawasan Parlimen di Terengganu
akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada tokoh lain bertanding
didalam Pilihanraya kecil bagi mewakili BA.
Kawasan Parlimen yang dimaksudkan oleh akhbar tersebut ialah Parlimen
Marang Dan Dungun.Kawasan tersebut kononya
hendak dikosongkan kerana kedua ahli Parliman kawasan tersebut merupa
tenaga penting didalam pentadbiran kerajaan
negeri Terengganu.Ini kerana kawasan Marang diwakili oleh YAB Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang yang sekarang merukan Menteri Besar bagi
Negeri Terengganu.Sementara bagi Parlimen Dungun pula ianya di wakili oleh
YB Tuan
Haji Mustaffa bin Ali yang merupakan Exco kanan bagi Negeri Terengganu.Kononya
mengikut akhbar tersebut kawasan
Marang akan diwakili oelh Dato'Dr.Harun Din sementara Dungun
pula akan di wakili oleh Ust.BadrulAmin .Akbar tersebut meninbulkan isu
tersebut mungkin untuk menimbulkan kekecohan dikalangan ahli parti.YAB
Tuan Guru Hj,Abdul Hadi
memenangi kawasan Parlimen Marang dengan majoriti 12700 .Beliau mendapat
undi sebanyak 30,183 sementara Dato'Muda
bin Mamat yang mewakili BN mendapat 17483.Sementara Di Parlimen Dungun
YB Tuan Haji Mustaffa Ali mendapat 22248 menewaskan Calon BN Dato'Aziz
Ibrahim (14,130)dengan majoriti 8118.
Setelah lebih 2 bulan memenangi kawasan masing-masing,adalah
dikhabarkan bahawa mereka berdua akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen
pada 14hb.Feb.2000 ini.Dengan ini akan mengesahkan penerimaan mereka berdua
sebagai
ahli Parlimen,sekaligus telahan yang dibuat oleh akhbar Harian
selama ini ternyata meleset.Mereka berdua tidak berkesempatan mengangkat
sumpah bersama Ahli Parlimen yang lain pada bulan Dis 1999 kerana pada
masa yang sama
mereka berdua berada di persidangan DUN Terengganu yang membentangkan
belanjawan negeri bagi tahun 2000.
Penulis Tamu
ctmar33@yahoo.com