KUALA TERENGGANU, 3 Mac -- Sultan
Kedah tiba di
Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini
pagi ini untuk memulakan
lawatan selama tiga hari ke Terengganu.
Ketibaan baginda dan rombongan dengan
pesawat khas Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) pukul
10.10 pagi disambut oleh
Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang,
anggota Exco kerajaan
negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Baginda bersama Sultan Terengganu, kemudiannya
berangkat
menziarahi Makam Almarhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah
di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah
Shah di sini.
Pada pukul 3 petang ini Sultan Kedan
dan Sultan Terengganu
dijadual berangkat ke Tasik Puteri
Golf and Country Club, Dungun,
untuk bermain golf, manakala pada sebelah
malamnya pula,
baginda akan berangkat ke Tanjung Jara
Resort, Dungun.
Pagi esok Sultan Kedah dan rombongan
akan menyertai
Terengganu Heritage Golf Tournament
2000 di Tasik Puteri Golf
and Country Club. Baginda dijadual
berangkat pulang ke Alor Setar
pukul 9.30 pagi Ahad ini.
Sementara kuliah pagi
Jumaat Dimasjid Rusila telah diamanahkan kepada Ust.Abdullah bin
Abas yang merupakan Pengarah Yayasan Islam
Terengganu.
|