MEMBANGUN MENURUT ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" tinta_hijau@hotmail.com |
Terengganu Iktiraf Pemimpin Politik
KUALA
TERENGGANU, 10 Ogos - Kerajaan Terengganu akan memberi pengiktirafan
yang sewajarnya kepada pemimpin
parti politik, termasuk daripada parti pembangkang, sempena perarakan ulangtahun
Hari Kemerdekaan peringkat negeri pada 31 Ogos depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri, Haji Wan Abdul Mutalib Embong, berkata semua parti politik akan dijemput menyertai perarakan tersebut dan ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Terengganu disediakan tempat di atas pentas orang kenamaan.
"Menurut amalan sebelum ini, hanya pertubuhan sukarela dan beruniform sahaja dijemput menyertai perarakan ulangtahun hari Kebangsaan manakala parti politik tidak dijemput.
"Malah, pemimpin parti pembangkang terpinggir dan tidak diberi tempat untuk berada di pentas orang kenamaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) hari ini.
Beliau
berkata, kerajaan negeri berpendapat pemimpin parti politik perlu diberi
peluang untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan kerana merekalah orang
yang sebenar berjuang untuk kemerdekaan negara.