Tahniah
pada Dato' Seri Syed Hamid Albar serta isteri, Dato' Fauzi dan delegasi
rombongan
kerana
menziarahi kami di bumi Mesir. Kehadiran mereka sudah agak lama dinantikan
oleh
sebilangan
besar masyarakat pelajar di sini. Bukannya kami nak hentam dan nak
kritik kerajaan.
Dan tidak
bermakna juga kami nak belai dan gosok pihak kerajaan. Tapi rata-rata di
kalangan
kami berhasrat
untuk melihat pemimpin negara kami tidak rosak dan tidak terpengaruh dengan
fahaman
kebendaan dan menobatkan kuasa fahaman sekularisme dan melenyapkan ketinggian
kalimah
suci La Ilaha Illa Allah.
Apa yang
menarik sekali, perjumpaan ini diadakan pada musim dan student kat sini
panggil
'fatrah'
peperiksaan. Kehadiran boleh dikatakan ramai jika dinisbahkan pada musim
ini. Bas - bas
pengangkutan
dari penginapan pelajar di kawasan Hayyu 'Asyir dan Hayyu Sabiek diminta
untuk
membawa
pelajar ke Asrama Melayu Abbasiah. ( Mungkin kalau tak ada pengangkutan
ini,
mahasiswa
dan mahasiswi Al-Azhar tak akan menjengokkan muka ke sana ).
Apa yang
menarik, sebelum ucapan dari Dato' Seri Syed Hamid Albar. Wakil pelajar
Mesir jugak
ada berucap.
Antara yang menarik, beliau memperkenalkan Mesir dan sejarahnya kepada
Dato'
Seri Hamid
dan beliau menyatakan di sini adanya Firaun. Kesempatan untuk melawat bumi
Firaun
ini wajar
dimanfaatkan sebaik-baiknya agar memudahkan kita memahami Firaun kat Malaysia.
Bila sampai
jer time Dato' Seri Syed Hamid ini berucap, beliau turut mengulas tentang
Firaun.
dalam
nada penuh keinsafan, beliau mengatakan " Bila lihat mayat dan sejarah
ketamadunan
yang dicipta
Firaun yang juga mengaku menjadi Tuhan kita rasa diri kita terlalu kerdil
dan bagi
yang berkuasa,
mereka tak boleh nak merasakan kuasa mereka kekal, malah mereka juga tak
boleh
nak berterusan dengan sikap angkuh. Kerana Allahlah jua yang kekal ". Dato'
Seri Syed
Hamid
Albar memang cakap dengan air muka yang ikhlas. Malah seolah-olahnya beliau
juga tak
sukakan
sangat Dato' Seri Dr. Mahathir mengekalkan kuasanya sampai begitu lama.
Cukuplah
kali ning.
Kau tu dah tua. Bila-bila masa aje, Allah boleh ambil nyawa. Rasa-rasanya
itulah maksud
Hamid
Albar. maklumlah dia jugak menawarkan diri untuk bertanding di jawatan
Naib Presiden
Umno.
Mungkin kalau diberikan peluang Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan,
beliau
juga salah
seorang yang akan merebut jawatan salah satu dari keduanya. Dan besar
kemungkinan,
kesan perjumpaan dan lawatan demi lawatan Hamid Albar ini juga mempunyai
hasrat
untuk mencari pengaruh untuk ke kerusi Naib Presiden Umno. Kalau berjaya
diucapkan
tahniah
kerana .... (boleh jadi antara...rujuk SHIT).
Majlis
dialog dengan beliau diadakan selepas ucapan. Tapi gangguan dari PA System
pada
microfon
mahasiswa/wi sedikit terganggu hingga menyebabkan mahasiswa terpaksa
menggunakan
suara asli untuk mengemukakan soalan kepada beliau. Tapi beliau kata tak
ada
konspirasi
dalam hal tu. Kesian jugak tengok kat TYT Duta yang ke sana ke mari kerana
tak
senang
hati dengan pengurusan PA System.
Soalan-soalan
yang dikemukakan banyak. Tapi biasalah tak ada untungnya jugak kat si
pendengar.
Masih tetap nak menegakkan benang yang basah. Contoh terdekat isu tentang
Harakah.
Manalah logiknya beliau mengatakan laporan Harakah tak betul dan sentiasa
menyebelahi
parti pembangkang. Dah memang Harakah lidah rasmi PAS takkanlah Harakah
nak
buat laporan
tentang kegiatan Umno. Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan akhbar
yang
paling
layak dianggap sebagai akhbar yang tidak mempunyai etika kewartawanan.
Ini terbukti
apabila
pendedahan tentang agihan zakat oleh Kerajaan PAS Terengganu. Ambil gambar
makcik
tua yang
didakwa diabaikan namanya. Sedangkan apa yang pasti, makcik Nik binti Ali
mempunyai
gelang-gelang emas yang tidak kurang dari lima utas yang disembunyikan
antara dua
pehanya.
Dan Makcik Nik binti Ali juga mempunyai seutas rantai emas. Yang jelas
Makcik tu dah
diperalatkan
oleh Berita Harian dan BH lebih jelas kepalsuannya. Pasal apa tak sekat
sama
kegiatan
Berita Harian dan seumpamanya. Dan kalau BN atau Umno nak buat akhbar,
buatlah
jangan
sekat akhbar orang lain. Dan kepada KDN, luluskan segera permit penerbitan
akhbar
Purnama.
Nak tipu orang tua yang pekat UMNO tu bleh lah tapi nak tipu anak muda
yang belajar
agama
jangan berhasrat.
Harakah
jugak difahamkan tak mengikuti syarat jualan iaitu untuk ahli sahaja. Dan
dakwaannya,
Harakah
dijual sebanyak 500 000 naskhah dan mencapai keuntungan yang agak besar.
Dan
melanggar
syarat jualan ini tidak wajar berlaku di sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi.
Takkanlah
nak beli Harakah pun nak kena tunjuk sijil keahlian. Dan takkan si penjual
nak tanya
dulu awak
ahli ke tidak. Yang jelasnya, pengaruh PAS begitu ditakuti oleh pemimpin-pemimpin
UMNO.
Begitu
juga tentang sikap takut. Beliau menyarankan kepada mahasiswa/wi kat sini
agar jangan
amalkan
sikap takut. Dan kami kat sini nak seru balik Dato' Seri Syed Hamid
Albar agar jangan
takutkan
kat pengaruh parti lawan. Kekalkan demokrasi. Student kat sini tak boleh
nak terima
hujjah
dangkal Dato' Seri.
Dan banyak
lagi........jumpa di lain kali.
* Tambahan sebenarnya
makcik Nik tu dah dua kali ke Makkah...(layak ke terima Zakat?)
sementara sdr Mohamad Abdullah Di muka 5 BH pada hari yang sama berniaga
ikan,memil;iki
kereta pulak tu.Sekarang ni kalau beliau ke kedai....orang kg akan kata..."orang
fakir ada mari tu"