WACANA MINDA - SIRI 14.
Sambungan dari siri 13:-
" TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA TAPI UMNO YANG HILANG DI DUNIA ".
Tiga pemimpin utama parti
Melayu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan
perpecahan di kalangan kaum
itu, dakwa penyelaras Barisan Bertindak Melayu (BBM)
Datuk Ibrahim Ali.
"Semua pemimpin bertanggungjawab
menghancurkan bangsa kita," katanya, sambil
menyebut nama Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PAS
Datuk Fadzil Noor dan Presiden
Parti Keadilan Nasional Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut disebut Menteri Besar
Terengganu dan juga Timbalan Presiden PAS Abdul Hadi
Awang.
Ibrahim mendakwa tokoh-tokoh
ini membiarkan bangsa Melayu berpecah dalam krisis
politik sekarang.
"Kalau nak berpolitik, berpolitiklah.
Tetapi jangan sampai orang lain (kaum
bukan Melayu) menconteng
arang ke muka kita," katanya. "Orang Melayu sudah
berada di hujung tanduk.
Jangan sampai keris terhunus."
Bekas timbalan menteri itu
juga berkata tuntutan jawatankuasa rayuan pilihanraya
Suqiu masih wujud walau
Pemuda Umno mendakwa perkara itu telah selesai. "83
tuntutan (Suqiu) ini jangan
dibangkitkan lagi," katanya, sambil mengaku kebaikan
beberapa tuntutan itu. Beliau
juga mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan dengan
berkata, "kali ini jika
kamu (pemimpin kerajaan) buat silap lagi, orang Melayu
akan bangkit."
Sumpah setia 'Tak Melayu Hilang di Dunia'
Kami umat Melayu beragama
Islam berjanji mulai saat ini tidak akan berhasad
dengki, khianat dan iri
hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri kerana
perbezaan fahaman politik,
mazhab dan perguruan.
Kami berjanji akan menegakkan
syiar Islam sebagai addin. Kami juga berjanji akan
bekerja dengan kuat dan
gigih untuk menyara diri dan keluarga kami.
Kami akan meneruskan perjuangan
membangunkan agama, membela bangsa dan
mempertahankan kedaulatan
negara.
Kami sedia bersaing sesama
bangsa kami dan bangsa-bangsa lain secara jujur dan
terhormat menurut hukum
dan nilai-nilai agama dan batas-batas yang dituntut oleh
undang-undang negara.
Kami umat Melayu berikrar
dan bersumpah setia pada 10 Zulkaedah 1421 Hijrah
bersamaan 4 Februari 2001
untuk:
- mempertahankan dan membela
maruah, kepentingan dan martabat bangsa Melayu dan
agama Islam.
- memperjuangkan kepentingan
ekonomi bangsa Melayu dalam semua bidang sehingga
seimbang dengan
kaum-kaum lain.
- menyedarkan org Melayu
beragama Islam agar meneruskan perjuangan yang belum
selesai berdasarkan prinsip
kebenaran, lurus dan jalan yang diredai Allah SWT.
- melindungi dan memperjuangkan
kepentingan rakyat terbanyak.
- melindungi dan mempertahankan
maruah dan kepentingan negara daripada ancaman
dari luar.
BADAN BERTINDAK MELAYU
.
ATAU PENCACAI UMNO@BN YANG TERPINGGIR
apa kan daya
.. nasi dah jadi bubur kerana
mulut badan binasa
segala ucap kata para
juak-juak UMNO@BN di PWTC
telah menunjukan mereka ini orang yang kecewa dan
telah dilupakan oleh Mahathir@Mahafiraun
..dan BBM cuba menarik perhatian orang
Melayu dan UMNO@BN
. Secara
tidak lansung dan lansungnya BBM secara rasminya
telah :-
1. Mengiktiraf gerakan REFORMASI
itu dipihak benar.
2. Mengakui BA dipihak yang
benar.
3. Mengakui PAS melaksanakan
Dasar Islam dalam pemerintahanya.
4. Mengakui Pemimpin UMNO@BN
korup dan gila kuasa.
5. Mengakui Mahathir@Mahafiraun
lebih mementingkan diri sendiri serta kroninya
dan tidak mengiktiraf suara
hati rakyat bawahan.
6. Mengakui UMNO@BN (barua)
telah menyimpang jauh dari dasar perjuangan UMNO
yang sebenarnya.
7. Mengakui Pemimpin Kerajaan
tidak berkualiti dan tidak melaksanakan amanah
rakyat untuk memimpin serta
memerintah negara.
8. Mengiktiraf segala dakwaan
BA dan REFORMASI mengenai salah-laku pemimpin
BARISAN NASIONAL adalah
benar dan berasas.
9. Mengakui Islam adalah
Addin dan al-quran serta as-sunnah sebagai paksi
pemerintahan Islam yang
benar dimuka bumi.
Melalui sumpah setia BBM
.. mereka mengakui dan bersumpah bahawa Islam itu benar
. Kejujuran itu benar
ketelusan itu benar
mempertahankan hak ramai itu
benar
.membela maruah Islam
dan Melayu itu benar
tapi kenapakah mereka semua
masih was-was dan takut
dengan dasar perjuangan BARISAN ALTERNATIF yang
meletakan Islam sebagai
paksinya.
Dan kenapakah mereka mengatakan
REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF itu sia-sia dan
tidak mempertahankan Islam
sebagai Addin .. sedangkan mereka mengakui bahawa
UMNO@BN sendiri menolak
Islam dan membenci rakyat marhaen.
BBM sendiri mengakui Biasiswa
kini jadi pinjaman
.. BBM sendiri mengakui
Bill-out MAS itu tidak mengambil
kepentingan hak rakyat Malaysia
BBM sendiri
mengakui pemimpin UMNO@BN
itu korup
. BBM sendiri mengakui kabinet
Mahathir@Mahafiraun itu
tidak betul dan mengamalkan kronisme, nepostisme dan
rasuah
.. BBM sendiri mengakui
bahawa Mahathir@Mahafiraun berlaku zalim
terhadap DSAI
.. BBM sendiri
mengakui Mahathir@Mahafiraun tidak memperjuangkan
dasar UMNO (tulen) yang
mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.
Jadi dimanakah letaknya UMNO@BN
(barua) kini
.. kalau BBM sendiri terdiri dari
orang-orang lama yang mengasaskan
perjuangan UMNO (tulen)
. Yang dimaksudkan
Ghafar Baba , Samad Idris,
Haron Idris , Aisah Ghani , Ghazali Shafie, Awang Had
Salleh dan ramai lagi
apa kah yang diperjuangkan oleh UMNO@BN (barua) kini
dan masihkah kita mahu membenarkan
Mahathir@Mahafiraun mengunakan UMNO@BN
(barua) sebagai proxy menghina
dan menjatuhkan orang Melayu sendiri.
Apakah BBM sedar semua ini
atau hanya mereka pandai berkata-kata bak burung
belatuk diketuk kepala
???
Dan yang anihnya sehingga
hari ini
Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya
bagaikan terkejut beruk
dengan desakan BBM
. Sunyi sepi tanpa berita
. Kalau
selalunya Mahathir@Mahafiraun
mampu berhujah sehingga berpuluh jam untuk
menangkis serangan terhadap
keburukanya
.. tapi kini terkedu dan tanpa berita
darinya
. Atau merancang
sesuatu untuk membalas balik tekanan dari BBM
..
walau apapun tindakan Mahathir@Mahafiruan
kita usah ambil peduli
kerana kini
UMNO@BN (barua) sendiri
mendapat tentangan dari ahli UMNO (lama) yang mahukan
dia undur serta membebaskan
DSAI.
Apa pun alasan yang diberikan
oleh Mahathir@Mahafiraun kini
. UMNO@BN kini
telah berpecah dua dari
dalam
. Satu kumpulan yang menyokong dia dan satu lagi
kumpulan menentang serta
mendesak dia meletakan jawatan dan membebaskan DSAI
itu lah yang nyata kini
.. dan segala sandiwara PERPADUAN MELAYU akhirnya
terbongkar .. apabila BBM
sendiri memecahkan tembelang tipu muslihat yang
dicanangkan oleh Mahathir@Mahafiraun
dan juak-juaknya.
Benarlah tindakan KeADILan
menolak untuk duduk semeja dengan UMNO@BN dalam isu
PERPADUAN MELAYU
kerana
dalam UMNO@BN sendiri sudah tiada perpaduan kerana
golongan lama telah menolak
segala dasar yang dicipta oleh UMNO@BN (barua) ..
dan kini perangkap UMNO@BN
terhadap PAS
telah mula menjerat diri sendiri
.
Bak kata pepatah tak de
angin tiba-tiba pokok bergoyang
. Habis satu dunia
UMNO@BN canangkan mereka
bersetuju PAS sertai kompenan BN .. dan PAS telah
bersetuju dengan segala
syarat perbincangan isu PERPADUAN MELAYU
.???? Kini
perangkap telah makan tuan
. Dan tiada jalan bagi UMNO@BN untuk melarikan diri
. Bak kata pepatah ditelan
mati mak .. di luah mati bapak
.apa kan daya kerana
mulut badan binasa.
BBM selamat datang ke alam
nyata
pinggirkan segala mimpi anda kalian bersama
Mahathir@Mahafiraun .. tinggalkan
mimpi palsu tersebut .. berdirilah di muka
bumi yang nyata ini
..
sedarlah kamu
bahawa UMNO@BN itu telah lama
mengkianati orang Islam
dan Melayu
???? dan kembalilah kejalan yang benar lagi
lurus .. lupakanlah cita-cita
kamu nak membetulkan UMNO@BN dari lubang najis
yang maha shit itu
. Jangan
kamu korban diri seperti DSAI
.. cukuplah kami tak
mahu DSAI yang kedua pula
.. kerana DSAI itu seorang sehaja di atas muka bumi
ini
tiada dua baginya.
Perlu diingat pada hari perhimpunan
BBM di PWTC .. lebih 200 orang keluar dewan
PWTC apabila kalian mula
berucap menyalahkan Mahathir@Mahafiraun dan
juak-juaknya dalam isu Melayu
ini
. Dan telah sah juak-juak Mahathir@Mahafiraun
ini telah terperangkap dalam
majlis BBM
dan lebih 200 orang ini tahu bahawa
BBM sendiri menolak Mahathir@Mahafiraun
dan UMNO@BN (barua) . Dan kalian juga
perlu sedar pada hari perhimpunan
itu .. yang hadir adalah kanak-kanak , pelajar
UiTM yang tak tahu apa-apa,
Ahli UMNO@BN yang telah tua dan pemuda dan puteri
UMNO@BN yang tidak tahu
apakah itu perjuangan Melayu
. Dan secara totalnya 100%
ahli UMNO@BN yang hadir
???? Tapi yang paling memeranjatkan dalam perhimpunan
ini
. Teriakan Hidup Melayu
diselang-seli dengan takbir Allah Hu Akbar
mengalahkan ceramah PAS
pulak dewan PWTC pada 4hb.Feb.2001
punyalahlah gamat
dengan teriakan 1000 lebih
orang yang tak tahu apakah tujuan perhimpunan ini ..
kerana datang dengan BAS
FREE, T'Shirt FREE, Makan FREE dan segala-galanya free
.apa kesah sapu aje leee
.????
Makan tanggung
berak
cangkung
.he
he..he
.!!!!.
Percayalah BARISAN ALTERNATIF
bersedia menerima mereka dari BBM
. Tapi dengan
satu janji sumpah setia
kepada Allah swt dan ikhlas memperjuangkan Islam
.
Bukan sekadar sandiwara
palsu seperti S46 dan jenis Ibrahim Katak
. Kalau kamu
khianati perjuangan REFORMASI
dan BA .. percayalah kami semua akan memburu kamu
sehingga ke lubang cacing.
Hari hitam UMNO@BN adalah
pada 4hb.Feb.2001
tetapi kini ia telah menjadi
hitam-legam apabila kezaliman
keatas DSAI yang akan dihantar semula kepenjara,
dengan arahkan oleh Dolah
Badawi sendiri .. dengan meletakan DSAI ke bilik yang
lebih kecil dan bersebelahan
bilik mayat
..adalah satu perbuatan zalim .. dan
masa UMNO@BN HILANG DI DUNIA
INI TELAH SAMPAI
. Tak kemana hari
tersebut
percaya lah.
Hidup Islah & Reformasi
Islam Itu Cara Hidup
Berjuanglah wahai rakyat
dan bangsa Malaysia kearah Malaysia Yang Adil
" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN
"
6hb.Feb.2001-bersambung
ke siri 15.