ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU



Bukan Islam sambut baik "Membangun Menurut Islam"
 
 

KUALA TERENGGANU, - Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata masyarakat bukan Islam di Terengganu memberi sambutan baik terhadap pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri susuai dengan konsep "Membangun Menurut Islam".

Beliau berkata, pada masa yang sama juga pihaknya sentiasa mengadakan dialog dengan masyarakat tersebut bagi memberi peluang mereka menyalurkan rasa tidak puas hati terhadap peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran negeri.

"Sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Barisan Alternatif (BA) untuk memperkenalkan pentadbiran Islam dalam semua aspek, termasuk yang melibatkan kepentingan masyarakat bulan Islam," katanya semasa menjawab soalan Ustaz Rozali Muhammad (PAS-Permaisuri) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri mempunyai bukti yang jelas bahawa penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur baru-baru ini Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar menjelaskan bahawa penubuhan JKKK berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukannya Kerajaan Pusat.

 Harakahdaily