SOALAN-SOALAN DALAM SIDANG PARLIMEN OKTOBER 2000 OLEH AHLI PARLIMEN KEMAMAN SDR. YB ABD RAHMAN BIN YUSOF .
SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN LISAN
1. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan
siapakah yang bertanggungjawab
mengarahkan Petronas mencabuli perjanjian dengan Kerajaan Negeri Terengganu
dari membayar baki royalti tidak
lewat daripada 1hb. Sepetember 2000 kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Atas peruntukkan kuasa apa yang
membolehkan mereka mengarah Petronas dari membuat pembayaran tersebut.
2. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan
apakah kerajaan bercadang untuk
menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat semula pendakwaan, penghakiman
dan penghukuman terhadap Dato'
Seri Anwar Ibrahim yang mendapat kutukan seluruh dunia baik dari badan
penghakiman antarabangsa, kerajaan,
NGO, ulamak muktabar dan rakyat jelata yang mencemarkan sistem kehakiman
negara.
3. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Pembangunan Usahawan
menyatakan berapakah jumlah
peruntukan yang disediakan dan jenis-jenis program yang akan dilaksanakan
di Terengganu untuk
mempertingkatkan bilangan usahawan Bumiputera terutamanya dari segi
pinjaman, pembinaan tapak (unit)
perkedaian dan bengkel dan industri desa.
4. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan
apakah tindakan susulan Badan
Pencegah Rasuah terhadap kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Balfour
Beatty bahawa beliau sendiri yang
menyerahkan cek pembayaran imbuhan kepada seorang Menteri untuk mendapat
kontrak Empangan Pergau yang
disiarkan oleh akhbar 'Observer' pada 3hb.September 2000.
5. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Tenaga, Telekomunikasi
dan Multimedia menyatakan :
a) apakah faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia bukan menjadi pilihan
utama pelabur industri IT berbanding
dengan negara-negara seperti Hong Kong,Singapura dan Taiwan sedangkan
Malaysia terlebih dahulu menawarkan
'Multimedia Super Corridor'.
b) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki keadaan ini.
6. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri menyatakan:
a) apakah faktor sebenar yang menyebabkan Malaysia tidak lagi menduduki
tangga yang selesa sebagai negara
yang menarik untuk melabur dirantau ini.
b) apakah tindakan kerajaan untuk memulih semula iklim pelaburan yang
tidak lagi menarik kepada pelabur asing.
7. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan
setelah lebih dua tahun Dato' Seri
Anwar Ibrahim dipecat sebagai Menteri Kewangan mengapa komposit Indeks
KLSE tidak banyak berubah atau pulih.
Tidakkah peningkatan mendadak 'Hutang Tidak Berbayar'dalam industri
perbankan akhir-akhir ini membuktikan
kegagalan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
8. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan menyatakan mengapa
waran yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah kos rendah di Negeri
Terengganu dibatalkan. Mengapa rakyat
miskin yang memerlukan perumahan kos rendah mesti dizalimi akibat perubahan
kerajaan di Negeri Terengganu.
9. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan
kenapa Khazanah Holding membeli
Bank Muamalat yang dikeluarkan perkhidmatannya dari Bank Bumiputra
apabila diambil alih oleh Bank Of Commerce.
Mengapa perkhidmatan perbankan tanpa faedah disisihkan dan tidak lagi
ditawarkan bersama perkhidmatan lain
oleh bank yang bergabung tersebut.
10. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Pelajaran menyatakan
apakah langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan untuk mengimbangi bilangan pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera di Institiut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS). Sila perincikan peratusan pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera mengikut jurusan
pengajian yang menuntut di IPTS dewasa ini.
SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN TULIS
1. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri menyatakan
cadangan-cadangan baru pelaburan serta nilainya di kawasan-kawasan
perindustrian Daerah Kemaman. Sila
nyatakan rancangan Kementerian untuk menggalakkan pertumbuhan perindustrian
di kawasan ini.
2. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan menyatakan berapa
keluasan asal yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dan berapa
lagi keluasan yang tinggal sekarang ini.
3. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
mengapa tindakan tidak diambil
terhadap Perdana Menteri yang berucap di dalam satu perhimpunan tanpa
permit di Putra Jaya baru-baru ini yang
menimbulkan ketegangan perkauman. Apakah kenyataan Perdana Menteri
bahawa 'ini ialah perhimpunan yang tidak
memukul polis' menjadi alasan yang membolehkan perhimpunan tanpa permit
diadakan.
4. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan
jenis-jenis pendapatan yang
diperolehi Kerajaan Pusat hasil kegiatan industri petroleum dan gas.
Sila nyatakan tabung-tabung Amanah yang
ditubuhkan untuk melindungi kepentingan masa depan industri ini dan
generasi akan datang.
5. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan menyatakan mengapa
Kerajaan baru bercadang untuk membuat pelan induk pengurusan sistem
sisa buangan sedangkan pengurusan
sistem sisa buangan sudah diswastakan kepada Syarikat Indah Water Konsortium
(IWK). Apakah semasa
diswastakan IWK tidak mempunyai pelan induk untuk dilaksanakan yang
menyebabkan kegagalannya.
KeADILan
13 Oktober 2000