ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
Teks Perbahasan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) Pindaan
2000
Terima kasih Tun Yang Dipertua di atas peluang yang
diberi untuk membahas Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) Pindaan
2000.
Tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh Ahli Parlimen amatlah berat kerana segala keputusan yang dibuat dalam Dewan yang mulia ini akan mempunyai implikasi yang mendalam terhadap ala-tuju dan arah negara yang bukan sahaja melibatkan generasi sekarang tetapi juga generasi akan datang. Ada dikalangan Ahli Parlimen dilantik menjawat jawatan Menteri dan mempunyai kuasa untuk mengolah polisi-polisi, membuat dasar-dasar dan meluluskan transaksi-transaksi tertentu. Di sini saya ingin menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen yang dilantik menjadi Menteri Kewangan, iaitu Ahli Parlimen Merbuk telah terlibat secara peribadi dalam 'restructuring exercise' dengan izin Malaysian Plantations Berhad yang mungkin melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan sebagai Menteri Kewangan. Malaysia Plantations Berhad akan mengadakan Extraordinary General Meeting
mereka pada 14 Disember 2000 yang akan meluluskan 'restructuring exercise'
ini melalui notis yang dikeluarkan bertarikh 27 November 2000 oleh
Commerce International Merchant Bankers Berhad sebagai penasihat.
Kedua pembelian 100 % saham Bolton Finance Bhd oleh Multi Purpose Bank
yang mana salah satu pemegang sahamnya ialah Syarikat Maluri Sdn Bhd yang
mana pemegang sahamnya terdiri daripada :
Pembelian Bolton Finance Bhd oleh Multi Purpose Bank melibatkan pertukaran saham Malaysian Plantation Bhd kepada pemegang saham Bolton Finance Bhd dan ini melibatkan Syarikat Maluri Sdn Bhd yang akan menjadi pemegang saham Malaysian Plantation Bhd setelah selesai transaksi ini yang mana Ahli Parlimen Merbuk yang menjadi Meteri Kewangan mempunyai kepentingan peribadi dalam Syarikat Maluri Sdn Bhd ini. Ketiga penjualan 60 % saham MBF finance oleh Danamodal (sebuah badan yang ditubuhkan dibawah Kementerian Kewangan yang mana Ahli Parlimen Merbuk menjadi Menterinya) dengan harga RM480 kepada Multi Purpose Bank Bhd yang mengakibatkan kerugian kepada Danamodal sebanyak RM 480 juta ringgit amat mencurigakan. Apakah Danamodal menawar MBF finance kepada syarikat lain yang mungkin membeli dengan harga yang lebih baik atau sengaja ditawarkan kepada Multi Purpose Bank atas sebab-sebab yang hanya Ahli Parlimen Merbuk mengetahuinya sebagai Menteri Kewangan. Transaksi ini menunjukkan ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa, rasuah, dan penyelewengan oleh seorang Ahli Parlimen yang memegang jawatan Menteri Kewangan kerana : a) unsur kelulusan penjualan saham -saham bank dan
syarikat kewangan secara
b) Penglibatan Ahli Parlimen Merbuk secara peribadi dalam penjualan Bolton Finance Bhd dan International Bank of Malaysia Bhd melalui pemegangan sahamnya melalui Syarikat Maluri Sdn Bhd dan Langkah Bahagia Sdn Bhd. c) Penjualan saham MBF finance oleh Danamodal kepada Multi Purpose Bank Bhd dengan kerugian sebanyak RM480 juta oleh Danamodal memerlukan kelulusan Menteri Kewangan. d) Apabila selesai 'restructuring exercise' ini maka Ahli Parlimen Merbuk akan menguasai Malaysian Plantation Bhd melalui Syarikat Maluri Sdn Bhd dan Langkah Bahagia Sdn. Bhd. e) Malaysian Plantation Berhad pula akan menguasai
:
Transaksi ini jelas dan terang melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan oleh Ahli Parlimen Merbuk selaku Menteri Kewangan. Dengan ini saya meminta Badan Siasatan Bebas ditubuhkan untuk menyiasat transaksi 'restructuring exercise' Malaysian Plantation Bhd atau BPR menyiasat transaksi ini. Saya harap BPR jangan lagi membuat alasan tiada laporan polis dibuat untuk bertindak mengenai kes ini, tetapi memadai menggunakan kenyataan saya di parlimen ini sebagai asas siasatan kes ini. Di sini saya ingin memperingatkan diri saya sendiri dan juga yang berhormat yang lain agar memegang amanah, tanggungjawab sebagai seorang ahli parlimen dengan sebaik-baiknya. Jangan membiarkan diri kita mempergunakan sedikit kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri tetapi merugikan masyarakat keseluruhannya. Kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli parlimen amat penting untuk mempertahankan sistem demokrasi yang kita amalkan sekarang. Kalau mereka hilang kepercayaan kepada ahli-ahli parlimen mungkin mereka tidak lagi percaya kepada pilihanraya tetapi memilih jalanraya untuk membuat perubahan. Kita tidak boleh salahkan rakyat pada ketika itu kerana kita sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab menghilangkan keyakinan mereka terhadap sistem berparlimen ini. Tun Yang diPertua, Dalam mengharungi alaf baru, ahli-ahli parlimen mestilah menyesuaikan diri mereka kepada perubahan semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat. -Satu ruang pejabat khas yang dilengkapi dengan teknologi terkini seperti komputer dan sebagai disediakan kepada ahli-ahli parlimen sebagai tempat memberi khidmat kepada masyarakat. -Ahli parlimen mestilah dilihat sebagai pelopor dalam penggunaan IT ini. Tidak guna kita di Dewan yang mulia ini berdegar-degar bercakap pasal dunia IT tetapi ahli parlimen kita masih tidak tahu menggunakan teknologi IT ini. -Peruntukkan pembangunan kepada ahli parlimen mesti disama ratakan. Kalau ahli parlimen BN diberi peruntukan RM500,000.00 setahun maka ahli parlimen pembangkang patut juga diberi peruntukkan sedemikian kerana yang mendapat manfaat dari peruntukan ini bukan ahli parlimen tetapi rakyat jelata. -Kerajaan perlu juga memikirkan 'benefit' yang diberi kepada ahli parlimen mestilah dapat dimanfaat bersama oleh rakyat jelata bukan memberi manfaat peribadi kepada ahli parlimen sahaja. Sekian. Terima Kasih YB. Sdr. Abd Rahman Yusof
|