K.Terengganu, 2 Jun,2000 11:20am – Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang
di Dewan Rakyat, Dato' Haji
Fadzil Mohd Noor dalam Ucapan Dasarnya di Muktamar PAS ke 46
memberi amaran kepada pemimpin BN bahawa
tindakan mereka akan ditentang oleh rakyat yang terasa mereka dianggap
warga kelas dua. Tindakan-tindakan inilah
yang telah memecahbelahkan masyarakat dan menaikkan kemarahan rakyat
kepada parti pemerintah.
Selain itu, mereka dengan jelas mengabaikan pelaksanaansyariat dan hanya
mementingkan syiar tanpa isi, mengambil
sebahagian daripada Islam lalu meninggalkan sebahagian yang lain berdasarkan
kepada Firman Allah dalam surah
Al-Ahzab, ayat ke 36. Inilah bentuk kemungkaran UMNO yang ditentang
oleh PAS. Tiba-tiba-tiba mereka mendabik
dada menyatakan bahawa mereka juga memperjuangkan Islam. Kita tidak
menaruh prasangka terhadap dakwaan
mereka, tetapi dakwaan itu biarlah benar-benar berasaskan al-Quran
dan al-Sunnah.
Akhirnya UMNO juga menagkui menggunakan jentera kerajaan demi untuk
parti itu terus hidup. Nyatalah dakwaan
kita benar dan bukan fitnah, apabila mereka terpaksa mengakui menggunakan
Jabatan Penerangan, KEMAS, JAKIM
serta pengaruh tinggi awam untuk melakukan kerja bagi pihak UMNO. Kita
berharap selepas ini kakitangan awam
bebas memilih kerajaan yang akan yang mereka yakin dapat memberikan
kehidupan yang terbaik bagi rakyat.
Keseriusan PAS dalam mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak membuktikan
bahawa PAS sentiasa memimpin
perpaduan diatas prinsip kebenaran hakiki.
Kita amat terkejut apabila Dr. Mahathir mengatakan bahawa, "mendakwa
diri tidak bersalah tanpa menghadapi proses
perbicaraan adalah satu ketidakadilan". Ini adalah bertentangan dengan
prinsip Islam dalam bab penghukuman.
Adalah lebih baik tidak menghukum seorang yang salah daripada menghukum
seorang yang tidak bersalah. Islam
dalam hal ini mengiktiraf bahawa adalah tidak bersalah seseorang itu
sebelum dibuktikan bersalah. Bagaimana Dr.
Mahathir boleh mendabik dada bahawa mereka berada dilandasan benar
sekiranya kaedah hukuman Islam pun tidak
diketahuinya.
Tiada satu alasan munasabah yang membolehkan UMNO/BN menempelak rakyat
tidak menyokong mereka. Amat tidak
wajar bagi UMNO/BN memaksa rakyat yang mengamalkan demokrasi, memberikan
sokongan kepada mereka. Memang
ada pilihanraya tetapi dalam masa yang sama juga mereka terus menyeksa
rakyat yang tidak memberikan sokongan
kepada UMNO. Ini jelas melanggar prinsip keadilan dan hak asasi manusia
bagi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan
Negara. UMNO/BN perlu belajar untuk menghormati kebebasan berfikir,
mendapatkan maklumat untuk membuat
penilaian sendiri.