ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Saifuddin Wakil BA ke Lunas
By Kapal Berita
21/11/2000 am

Untuk mereka yang dahagakan maklumat.... sila maklum bahawa Saifuddin Nasution dijangka dipilih oleh BA untuk bertanding di DUN Lunas hasil satu persetujuan. Ia akan diumumkan jam 9:00pm 20/11/2000 di satu ceramah di bandar Lunas.
 

Saya berpendapat lebih baik Saifuddin dipilih supaya BA dapat menyaman Bernama dan Star. Ini akan memusnahkan kredibiliti Bernama dan Star bukan sahaja di mata tempatan, malah di mata DUNIA. Bernama dan Star adalah syarikat yang menjual berita dan ia amat bergantung kepada langganan untuk hidup. Biar satu dunia tahu akhbar tempatan melapurkan berita palsu. Dan biar ia menjadi satu pengajaran kepada semua akhbar-akhbar yang lain pelbagai sedangkan cuma bermulut satu.
 

Kita sebenarnya sudah "menang" sebelum turun padang..... maka janganlah tumbukkan percuma ini dipersiakan. Undi kaum Cina dijangka memainkan peranan besar kali ini, sebab itulah kononnya "kenyataan Tian Chua" itu disebar dari awal-awal lagi oleh pihak BN untuk meraih undi kaum Cina. Inilah satu permainan minda awal BN yang sudah ketandusan isu sekarang ini.
 

Jangan lupa Mahathir baru(a?) saja "menangis" tempoh hari. Ia antara lain bertujuan untuk meraih simpati dari orang melayu yang bakal mengundi di Lunas nanti. Kita hairan mengapa tidak disiarkan bayi-bayi yang menangis di Kelantan yang dinafikan bekalan air oleh kerajaan BN bila diserang wabak kolera? Apakah nyawa litar Sepang dan empangan Bakun itu lebih berharga dari nyawa rakyat yang diambang maut itu?
 

Apakah Mahathir menangis kerana bilangan syarikat milik anak-anaknya belum cukup dan memadai lagi? Belum cukup lagikah mahligai yang amat bergaya itu sehingga terpaksa menangis tersedu-sedu? Mengapa Mahathir tidak pun turun padang melihat setinggan2 yang dibakar rumah-rumah mereka walaupun kebanyakkan mereka itu mengundi UMNO juga? Cukuplah Mahathir berpura-pura menangis kerana semua orang tahu kroniputralah nanti yang akan tertawa mendapat tanah bila samseng barua membakar SEMUA rumah-rumah setinggan itu. Lihatlah anak kecil yang kehilangan rumah dhaif mereka dan bayangkanlah riang rianya diktator "tua" itu menari berkucu-kota hey bersama penyanyi pujaannya. Inikah sikap seorang yang betul-betul ikhlas mengalirkan air mata atau sengaja berpura-pura?