ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Tuan-Puan yang dihormati sekelian,
Saya adalah rakyat Johor yang baru sahaja pulang
bercuti sambil kerja ( urusan GOV )di KB dan
KTerengganu. Semasa di dalam perjalanan balik ke
Primula PR dari Pasar Payang, isteri saya telah
mendapatkan pandangan penarik beca mengenai kerajaan
T'gganu dan komen nya adalah sama dengan totok UMNO di
Johor iaitu ...susah, tak ada pembangunan... Saya
mengharapkan agar penerangan dan tarbiah kepada
penarik beca di pertingkatkan kearah pemantapan
kerajaan PAS T'gganu. Kelihatan pada zahirnya mereka
ini orang yang susah tetapi kurang beragama
gamaknya...Saya terkilan kerana isteri saya tidak
terbuka mulut untuk 'membelasah' orang itu. Harap PAS
T'gganu ambil perhataian segera. ALLAHUAKBAKBAR.