PENJELASAN PAK LAH
  KUALA LUMPUR, 1 Mac  -- Timbalan Perdana Menteri
 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kebenaran yang
 diberikan kepada Harakah untuk diterbitkan hanya dua kali sebulan
 dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa ia akhbar parti bagi
 keperluan parti dan bukannya akhbar biasa untuk orang awam. 

 Abdullah, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata parti-parti
 lainpun diberikan kebenaran untuk menerbitkan majalah untuk
 anggota mereka hanya sekali atau dua kali sebulan. 

 "Jadi kalau kita buat keputusan itu untuk Harakah, itu bukanlah
 sesuatu yang luar biasa...Umno pun keluarkan majalah untuk
 ahlinya dua kali sebulan," katanya ketika diminta mengulas
 mengenai kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri
 (KDN) kepada Harakah hari ini. 

 Pengumuman mengenai pembaharuan permit Harakah dibuat
 petang tadi oleh Pengarah Urusan Harakah, Datuk Hishamuddin
 Yahya. Sebelum ini, akhbar rasmi PAS itu diterbitkan dua kali
 seminggu iaitu setiap Isnin dan Jumaat. 

 Abdullah berkata kebenaran bagi Harakah diterbitkan dua kali
 sebulan tidak mempunyai sebarang tujuan politik. "Kalau ada
 tujuan politik ia (Harakah) tak payah keluarkan langsung, tarik
 lesen sajalah. 

 "Tak ada tujuan politik...bagilah sama dengan parti-parti lain.
 Parti-parti lain pun tak diberi kesempatan untuk keluarkan lebih
 dari dua kali sebulan," katanya. 

 Kepada soalan lain, Abdullah berkata terpulang kepada akhbar itu
 untuk menentukan bila ia hendak dikeluarkan. --

WALAUPUN APA PENJELASANYA NAMUM RAKYAT
LEBIH FAHAM AKAN HAKIKATNYA........SESUNGGUHNYA INI MERUPAKAN BALAS DENDAM TERHADAP BOIKOT AKBAR ARUS PERDANA............
 

TERENGGANU DARUL IMAN®