![]() |
Terengganu Dalam Kabinet Malaysia.
Saya terpanggil untuk mengulas beberapa isu utama Terengganu.
Kabinet Malaysia. Kenapa tidak ada seorang pun rakyat Terengganu berada dalam Kabinet
Malaysia.
Mesyuarat Kabinet adalah mesyuarat yang paling tinggi sekali bagi sesebuah
negara. Keahliannya perlulah tidak bercanggah dengan mana-mana semangat
perlembagaan supaya keputusan yang diambil tidak dipersoalkan.
Sejarah Malaysia dan Terengganu. Sejarah telah menbuktikan bahawa Terengganu adalah negeri terakhir di
dunia Islam (yang terjajah) menerima Penasihat British (dijajah). Selepas
penubuhan Malaya kemudian Persekutuan Tanah Melayu serta Kemendekaan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1957 negara kita diwakili oleh
Semangat yang terkandung dalam Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu ada mengariskan hak-hak tertentu yang jelas berbeza dan tak sama
antara ketiga-tiga kompenen yang menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Sebagi
contoh hak Kerajaan Negeri bagi negeri Terengganu adalah lebih
luas/kuat daripada kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pahang. Contoh
nya pelantikan SUK, Pegawai Tadbir Negeri (PTN) dan lain-lain pegawai
diperingat negeri adalah bidang kuasa penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri
(SPN). Itu lah sebabnya SUK Kelantan adalah orang Kelantan. Tetapi SUK
dan Pegawai Daerah di Negeri Perak adalah dibawah kuasa dan kehendak pusat.
Selepas Kemendekaan Persekutuan Tanah Melayu (kemudian selepas ini dikenali
sebagai Semenanjung) British atas beberapa sebab juga hendak memendekakan
ketiga-tiga lagi Tanah Jajahannya disebelah sini. Dipendekkan cerita September
1963, Singapura, Sabah dan Sarawak diberikan kemendekaan melalui Pembentukan
Malaysia. Negara Malaysia dibentuk oleh 4 wilayah dibawah kaedah Persekutuan.
Pembahagian Wilayah tersebut ialah Semenanjung, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Kerajaan Negeri Singapura, Sabah dan Sarawak menpunyai kuasa autonomi yang
luas. Contohnya dibidang Imigresen. Mana-mana rakyat dari salah satu wilayah
yang 4 ini hendak memasuki mana-mana wilayah hendak menpunyai Dokumen Perjalanan
Terhad (Pasport Terhad) – Orang Sabah hendak ke Sarawak perlu guna Pasport.
Dan lain-lain lagi keistimewaan rakyat dan kerajaan negeri Sabah, Sarawak
dan Singapura. Antara isu terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah
berkaitan pembahagian bilangan kerusi di Parlimen Malaysia. Pada pandangan
Singapura bilangan kerusi di Parlimen hendaklah dibahagi 4. Iaitu jika
100 kerusi di Parlimen maka pembahagiannya (25 Semenanjung, 25 Sabah, 25
Sarawak, 25 Singapura). Jadi tinggallah Malaysia dengan 3 Wilayah iaitu
Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sementara Semenanjung pula terdiri dari
3 status asal iaitu Negeri Selat, Bersekutu dan TakBersekutu. Kedudukan
Terengganu adalah Negeri Tak Bersekutu Wilayah Semenanjung dalam Pesekutuan
Malaysia.
Persoalan ? 0. Layakkah Kabinet sekarang (Tidak boleh panggil Kabinet
Malaysia – kerana tidak mewakili semua pihak dan becanggah dengan semangat
persekutuan) menbuat keputusan yang didalam mesyuarat itu tidak ada pun
orang Terengganu.
Sampai sini dulu, Esok Insya Allah
Megat Panji
|