KIBARAN PANJI HITAM (siri 2) Jika benar-benar UMNO/ Kerajaan Pusat bersifat ehsan kepada rakyat
terengganu
1). Empangan Kenyir. Pampasan yang sewajarnya perlu berikan. Mana patut kelantan dapat RM32 juta (masa PAS perintah) dan Terengganu dapat RM 1 juta (masa UMNO perintah) sedangkan Empangan Terengganu (tasik Kenyir) lebih luas dari empangan pergau. 2). Pelabuhan Kemaman (Kemaman Supply Base - KSB). Satu-satunya Pelabuhan di Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan
Negeri Terengganu (masa UMNO) melalui PMINT. Mungkin dari duit minyak.
Bila siap dan maju, kerajaan pusat ambilalih dan diletak dibawah
Pelabuhan Kuantan. Bila banyak bantahan (diketuai oleh PAS) maka diswastakan.
HISBAH tolong semak balik cara dan kaedah penswastaan tersebut. Difahamkan
wujud unsur ketidakwajarannya.
3). KUSZA Yang Pertama dan satu-satu nya IPTA yang dibina sendiri oleh Kerajaan
Negeri di Malaysia pada waktu itu (pertengahan tahun 1980an). Juga mengunakan
duit minyak. Lain-lain negeri, Universiti dibina oleh kerajaan Pusat
(pendidikan –kuasa dan tanggungjawab kerajaan Pusat). Tapi Wan Mukhtar/UMNO
terengganu baik hati sangat dan tak tahu guna duit minyak maka buat IPTA
yang sepatutnya ia tak buat (bukan sedikit duit habis).
4). TATI/TESDEC Kesnya sama di atas, Wan Mukhtar gatal-gatal bina dan biayai benda yang
menjadi tanggongjawab Pusat kenapa. Negeri lain lama dah dapat politeknik,
IKM dan lain-lain apa sebab Terengganu kena buat sendiri . Dan Guna
duit minyak pulak tu.
5). PERWAJA. Nama asal ialah Perwaja Terengganu, saham kerajaan negeri terengganu paling banyak, bila dah okey sikit, Kementerian Kewangan melalui HICOM menguasainya, saham kerajaan terengganu menjadi kurang dan dihantar Eric Chia untuk menjadi proksi Mahathir dan ditukar nama jadi PERWAJA STEEL. Wan Mukthar punya bodoh, syor Sultan Terengganu bagi datok. Masa tu tadak orang berani kacau Eric Chia (Proksi Mahathir) semua Eric Chia buat adalah betul kerana ianya datang dari Mahathir. Antara nya buka kilang PERWAJA dan kilang paku di Gurun Kedah (Adakah kerajaan Negeri Kedah melabur dalam PERWAJA – tanya Mahathir dia tahu jawabannya). Kos angkut besi dari Kemaman ke Gurun adalah besar. Tapi itu lah kehendak Mahathir. Ini lah antara sebab PERWAJA rugi besar. PAS sangat menentang operasi mengangkut besi ini kerana ia adalah kerja bodoh. Kemudian PERWAJA rugi besar dan datang MAJU dll bantu biawak hidup ini. Lambang PERWAJA bertukar jadi Lambang MAJU sengat. Yang nok tanya ini ialah bagaimana dengan % saham Terengganu dalam Perwaja (MAJU) ini. Sudah tentu semakin kurang. Dan yang paling bodohnya Wan Mukhtar/UMNO Terengganu ialah dah tahu PERWAJA macam tu biayailah pulak GUNAWAN Steel. Kedah dan lain negeri tak berani melabur kita mentang banyak dapat duit minyak melabur. Kini apa sudah jadi dengan Gunawan Steel, bagaimana pegangan saham Terengganu di Gunawan. Mentang-mentanglah duit minyak yang sepautnya dibelanjakan untuk rakyat, UMNO & Mahathir arahkan Wan Mukthar untuk melabur dalam Industri untuk Kroninya sahaja. Jadi sekarang apa UMNO patut buat?
Ini tidak, Projek Rugi suruh Terengganu masuk guna duit minyak, projek untung (MODENAS) suruh kerajaan kedah melabur. Mana aci. Sekolah Agama. Beberapa sekolah Menengah Agama yang pada asalnya adalah pondok kemudian dinaikkan taraf jadi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri. Kemudian pada zaman Wan Mukhtar /UMNO Terengganu berkuasa, beberapa buat sekolah tersebut telah diserahkan untuk ditadbirkan oleh kerajaan pusat (ada niat busuk disebaliknya – mungkin Wan Mukhtar adalah proksi Yahudi (macam Gur Dur), Mahathir dah tentulah proksi Yahudi yang paling disayangi oleh Amerika melebihi Lee Kuang Yu). Contoh sekolah tersebut ialah SMU Durian Guling. UMNO Terengganu mesti meminta kerajaan pusat menyerah kembali Sekolah-sekolah
tersebut. Kalau dia nok buat sekolah Ugama, sila buat hok lain atau tukar
mana-mana Sek. Men. Keb jadi Sek Men Agama. Mungkan kaya dan berkuasa serta
pandai mengurus kewangan.
Sekian dulu untuk hari ini Esok Insya Allah jumpa lagi “Tandatanda Panji Kita akan berkibar di Baitulmakdis semakin terserlah”. Megat Panji Hitam dari timur
|