KUALA TERENGGANU, 1 Mac -- Patung penyu gergasi di
Bulatan Ladang, yang telah 25 tahun menjadi mercu tanda
Terengganu, hari ini dialihkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
negeri
untuk disimpan di bengkel JKR Marang.
Patung penyu sepanjang tiga meter itu, yang diperbuat daripada
besi, dialihkan kira-kira pukul 5.30 petang ini oleh tujuh pekerja
JKR
dengan menggunakan sebuah jentolak dan sebuah lori.
Difahamkan patung itu akan disimpan di bengkel itu sehingga
arahan selanjutnya dikeluarkan.
Pihak media yang turut berada di situ bagaimanapun tidak
memperolehi sebarang maklumbalas daripada pekerja JKR itu yang
hanya mendiamkan diri ketika ditanya mengenai arahan
mengalihkan patung penyu itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan
Pelancongan negeri Wan Hassan Mohd Ramli juga tidak dapat
dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 20 Dis
lepas, seorang Anggota Dewan Undangan Negeri dari pihak
kerajaan negeri pimpinan PAS(YB Ustaz Saiful Bahari-PAS Paka)
mencadangkan supaya patung penyu
itu dirobohkan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
Ini merupakan
satu langkah bijak yang telah diambil oleh kerajaan
negeri didalam memastikan tidak ada perkara-perkara kurafat
yang menjadi pujaan rakyat negeri.Menurut satu sumber,Fatwa mengenai
patung penyu ini telah lama dikeluarkan oleh Shahabul samahah
Dato' Mufti,tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan
sebelum ini.
Penduduk sekitar
yang ditemui rata-rata memuji langkah bijak yang telah diambil oleh
kerajaan negeri.Hanya mereka yang tidak mahu menerima hakikat bahawa patung
penyu tersebut adalah haram yang nyata
disisi Islam.
|