Kenyataan Ketua Pemuda UMNO,
Hishamuddin Tun Hussein dan Azimi Daim, Ketua
Penerangannya yang disiarkan
dalam Berita Harian pada 22 Februari lalu jelas
menggambarkan ketenatan
UMNO (Baru) yang sarat dengan pelbagai penyakit yang
selalunya hanya dijangkiti
oleh parti tua. Akhirnya Pergerakan Pemuda parti
yang baru berusia 13 tahun
dan sepatutnya semakin gagah itu terpaksa merayu dan
mengemis simpati Pimpinan
PAS untuk menyedekahkan sedikit oksigen bagi
membolehkan mereka bernafas
dalam atmosfera yang penuh dengan kemarahan serta
kebencian rakyat terhadap
UMNO.
Hentikanlah cubaan terakhir
untuk menyelamatkan parti yang bakal dikuburkan oleh
rakyat dengan menunding
jari ke arah orang lain apabila harapan kamu untuk
melihat kejayaan perbincangan
yang akan menentukan masa depan UMNO semakin
malap. Pimpinan PAS
bukan seperti Pemimpin UMNO yang boleh digoreng dengan
mudah oleh Dr. Mahathir.
Jangan palsukan fakta sebenar perbincangan
Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS
dengan menuduh KeADILan dan Pemuda PAS sebagai
dalang yang cuba mengagalkan
perbincangan tersebut. Tiga tuntutan yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa
Teknikal PAS bukanlah syarat baru sepertimana yang
digembar-gemburkan oleh
media sebagai helah terbaru PAS untuk menggagalkan
perbincangan berhubung Perpaduan
Nasional dan isu-isu Negara antara UMNO dan
PAS. Sejak pertemuan
pertama Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS pada 8 Februari
lalu, tiga tuntutan tersebut
sudah dikemukakan sebagai syarat yang mesti
dipenuhi oleh UMNO sebelum
pimpinan kedua-dua parti bertemu. Hisham dan Azimi
sewajarnya sedar bahawa
apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa UMNO bersetuju
untuk bertemu dengan PAS
pada 19 Februari 2001, ini secara tidak langsung
bermakna UMNO bersetuju
untuk memenuhi 3 tuntutan itu sebelum perbincangan
dijalankan.
Tindakan menangguhkan perbincangan
tersebut adalah wajar dan sudah pasti akan di
ambil oleh mana-mana pihak
termasuk UMNO memandangkan syarat untuk berbincang
tidak dipenuhi hingga 18
Februari iaitu sehari sebelum tarikh pertemuan wakil
kedua-dua parti. Keputusan
Jawatankuasa PAS Pusat menzahirkan kesungguhan PAS
untuk memperjuangkan nasib
rakyat dan sewajarnya disokong oleh seluruh rakyat
Malaysia termasuk ahli-ahli
UMNO. Tuntutan agar royalti minyak dipulangkan
adalah hak rakyat Terengganu
untuk mentadbir dan membangunkan negeri tersebut
dengan mengunakan hasil
buminya. Tuntutan agar hak untuk menerbitkan Harakah
dikembalikan kepada dua
kali seminggu juga adalah hak rakyat untuk bersuara dan
menyatakan pandangan yang
telah dicabuli oleh Kementerian Dalam Negeri yang
diterajui oleh pemimpin
UMNO. Hak warganegara Islam Malaysia yang menyertai PAS
untuk menggunakan perkataan
Islam pada nama parti mereka juga tidak sewajarnya
cuba dinafikan oleh perwakilan
UMNO. Lebih-lebih lagi PAS cukup konsisten
memperjuangkan Islam selaras
dengan dasar perjuangan mereka jika dibandingkan
dengan UMNO yang sepatutnya
sudah lama mengugurkan perkataan “Melayu” dari nama
parti mereka kerana sudah
tidak lagi disokong apatah lagi memperjuangkan nasib
orang Melayu.
Saya yakin sebahagian besar
rakyat Malaysia menyokong penuh pendirian PAS untuk
mengemukakan tiga tuntutan
agar hak rakyat itu dikembalikan oleh UMNO sebelum
perbincangan dijalankan.
Tuntutan tersebut sebenarnya adalah terlalu ringan
kerana pertemuan ini adalah
antara mangsa rompakkan dengan penyamun besar
negara. Maka sewajarnya
mangsa rompakan itu meminta penyamun tersebut
memulangkan haknya sebelum
mereka setuju berbincang tentang pekara yang lebih
besar.
Kepada Hisham dan Azimi saya
nasihatkan agar ubahlah kaedah pendekatan kerja
buat kalian untuk menyelamatkan
kapal yang sedang karam itu. Jika kalian mahu
mengembalikan sokongan orang
Melayu terhadap parti uzur kalian, inilah masanya
untuk kalian bangkit memperjuangkan
nasib penoreh getah, penanam kelapa sawit,
padi dan kelapa yang sengsara
akibat kejatuhan harga produk keluaran mereka.
Tentanglah kenaikan harga
barangan yang cukup membebankan rakyat seperti petrol,
bekalan air, kadar insuran
kenderaan, tol, kos ubat-ubatan dan ratusan harga
barangan lain yang melambung
secara mendadak kebelakangan ini. Dan terakhir
sekali tolonglah kawal nafsu
serakah pimpinan kalian seperti Mahathir dan Daim
yang tidak habis-habis merompak
dana rakyat untuk menyelamatkan kroni dan
suku-sakat mereka.
Jika ini dapat dijadikan
agenda perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO (baru), saya
yakin tidak mustahil suatu
hari nanti akan ada yang bersimpati dan menghulurkan
tangan untuk memperbaiki
kebocoran kapal yang dipimpin oleh diktator tua yang
menanti ajal itu.
LOKMAN ADAM
22 Februari 2001
Setiausaha Pemuda KeADILan
Malaysia