Dalam pengamatan saya terhadap beberapa peristiwa yang berlaku dalam
negara jelas dan terang menunjukkan bahawa
Mahathir dan kuncu-kuncunya telah sedikit sebanyak berjaya memperdayakan
atau mengalih pandangan rakyat terhadap
KEZALIMAN, PENYELEWENGAN, SALAH GUNAKUASA DAN RASUAH yang beliau
telah, sedang dan akan
lakukan.
Kalau kita perhatikan rentetan peristiwa-peristiwa ini sedarlah kita
bahawa rakyat terkeliru dengan isu sebenar yang berlaku
dalam negara dan bagaimana untuk menangani masalah tersebut.
Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman 6 + 9 = 15 tahun
penjara, Mahathir dan kuncu-kuncunya sedaya upaya
cuba mengalihkan pandangan rakyat dari membicarakan isu ini. Maka beliau
pecahkan masyarakat dengan pelbagai isu sehingga
isu kezaliman terhadap DSAI tidak mempunyai 'impact' kepada kebangkitan
penentangan rakyat terhadap tindakan zalim beliau.
Masyarakat dialihkan pandangan kepada isu rompakan senjata di Sauk,
Grik seolah-olah Mahathir dan pemimpin-pemimpin
UMNO menjadi sasaran kepada keganasan pelampau-pelampau Islam yang
di kepalai oleh seorang bekas tentera. Majlis
tertinggi UMNO yang pada waktu itu akan mengadakan mesyuaratnya di
Ipoh. Akibat daripada isu ini tentera yang bersimpati
dengan DSAI menjadi serba salah untuk menzahirkan sokongan terbuka
mereka kerana terperangkap dengan isu
pencerobohan ke dalam kem mereka sendiri. Ini melibatkan maruah angkatan
tentera walaupun ia merupakan drama arahan
Mahathir. Mana-mana tentera yang menunjukkan simpati kepada DSAI dilabelkan
sebagai ada kaitan dengan kumpulan ini atau
pelampau Islam. Kebangkitan tentera menentang kezaliman Mahathir dapat
disejukkan atau dialihkan dengan isu dalaman
angkatan tentera.
Masyarakat Cina dialihkan dengan isu kemarahan orang Melayu kerana
mempersoalkan Hak Istimewa Orang Melayu. Walau
pun gagal meraih sokongan orang Melayu untuk memanjangkan isu ini tetapi
masyarakat Cina dibawa untuk membicarakan
masalah dalaman masyarakat mereka sendiri iaitu dengan isu-isu
'Pill estascy', 'dadah', 'video-game haram' dan sebagainya.
Jadi, masyarakat Cina hari ini sibuk dengan polimik politik yang mempersoalkan
siapa yang bersalah di kalangan
pemimpin-pemimpin masyarakat mereka.( Sebenarnya masalah ini lebih
dahsyat lagi di kalangan orang Melayu tetapi tidak
menjadi kudis-gatal di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang menghadapi
masalah yang lebih serius lagi). Jadi masyarakat
Cina hari ini tidak banyak lagi bercakap tentang kezaliman, rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan Mahathir dan
kuncu-kuncunya tetapi banyak tertumpu kepada masalah dalaman masyarakat
mereka sendiri.
Masyarakat India pula diungkitkan dengan isu keganasan yang meningkat
dalam masyarakat mereka. Maka orang India hari ini
sibuk dengan perbincangan mengenai masalah masyarakat mereka akibat
daripada kemiskinan, keciciran pelajaran dan
penindasan pemimpin-pemimpin mereka. Mereka tidak berupaya membicarakan
soal kezaliman, rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa pimpinan negara. Mereka mudah diugut dan digula-gulakan
oleh Samy Vellu yang kaya raya itu hasil dari
rasuah dan penyalahgunaan kuasanya bersama Mahathir dan kuncu-kuncunya.
PAS pula diserang dengan isu 'Royalti' yang menyebabkan mereka
'caught off-balance'. Harapan PAS untuk menjadi pimpinan
contoh sebagai pimpinan Bersih, Telus dan Cekap terbantut akibat daripada
penarikan 'Royalti' minyak ini. Mahathir, UMNO
dan BN tidak akan memberi ruang kepada PAS untuk menjadi pimpinan contoh.
Contoh kepimpinan Islam tidak akan
sekali-kali diberi ruang untuk bertapak. Maka harapan rakyat untuk
melihat keberkesanan kepimpinan Barisan Alternatif dalam
membangkitkan semula kegemilangan bangsa Melayu berkecai. Pendekatan
pimpinan PAS yang lebih tertumpu dengan
memberi khidmat terbaik kepada masyarakat melalui hasil kekayaan minyak
tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. PAS
terpaksa turun padang dan meraih sokongan untuk menentang kezaliman
Mahathir dan UMNO terhadap orang Melayu dan
rakyat Negeri Terengganu dan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan
usaha-usaha PAS untuk menjadi pimpinan Alternatif
kepada UMNO melalui teladan. Maka PAS terpaksa membawa isu 'Royalti'
dan melupakan seketika pelaksanaan
program-program untuk memajukan ummah dan isu-isu lain seperti pembelaan
terhadap DSAI, penyalahgunaan kuasa,
penyelewangan dan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN
dan sebagainya yang melanda negara masa kini..
Walaupun dalam jangka panjang ini menguntungkan PAS tetapi dalam jangka
pendek ini memberi ruang dan masa kepada
UMNO dan BN untuk 'berkemas rumah'.
Setelah berjaya 'mengkompartmentkan' atau memperkotak-katikkan masyarakat
dengan masalah masing-masing maka
Mahathir dapat melaksanakan agendanya dengan mudah. Pertamanya beliau
memperkudakan BPR untuk membersihkan dirinya
bersama sahabat baik beliau Eric Chia dari tuduhan rasuah, penyalahgunaan
kuasa dan penyelewengan dalam PERWAJA.
Masyarakat terpedaya dengan kesungguhan BPR menangani isu 'LESEN TERBANG'
hingga tidak tersedar dengan kenyataan
Dato' Zaki Hussein, Ketua Pengarah BPR bahawa tidak ada kes penyelewengan
dalam PERWAJA oleh Mahathir dan sahabat
kesayangannya Eric Chia walaupun jelas dan terang dalam laporan Price
Waterhouse membuktikan bahawa Mahathir membuat
banyak arahan bertulis apatah lagi lisan kepada Eric Chia untuk
membuat bayaran tertentu kepada pihak-pihak tertentu. Juga
Eric Chia banyak memberi kontrak tanpa melalui prosidur yang dibenarkan.
Sekali lagi Dato' Zaki Husin sanggup menjadi
BARUAH dan KUDA TUNGGANGAN Mahathir. Mahathir dibersihkan sekali lagi
oleh BPR selepas kes pembongkaran
perlakuan rasuah Mahathir oleh Dato' Shafie Yahya di mahkamah
dalam perbicaraan terhadap DSAI.
Mahathir hari ini memperkenalkan dirinya sebagai Pejuang Islam sebenar
dengan membuat seruan JIHAD dan dalam masa yang
sama memberi ruang dan masa kepada Qarun beliau Daim Zainuddin
meneruskan agenda menghapuskan kekayaan orang
Melayu di Tanah Melayu (Sila baca artikel saya bertajuk Skandal Danaharta
dan Danamodal) dan banyak lagi skandal-skandal
lain seperti penswastaan perkhidmatan dan pembinaan Hospital dan pelbagai
lagi yang akan didedahkan dari masa ke semasa.
UMNO melaksanakan perancangan-perancangan yang akan dilaksanakan oleh
PAS seperti pengharaman arked video,
menangani isu murtad, menangani gejala sosial di kalangan masyarakat
Melayu dan pelbagai lagi dan dalam masa yang sama
mempertahankan pemimpin-pemimpin yang rosak akhlak dan tidak bermoral.
UMNO akan diperlihatkan sebagai sebuah parti
yang lebih Islamik dari PAS sedang pelaksananya terdiri daripada mereka
yang menentang nilai-nilai Islam apatah lagi dari segi
penghayatannya. Lihat saja, isteri Mahathir, isteri Dollah Badawi,
isteri Najib, Rafidah, Sharizat dan mereka-mereka yang
sewaktu dengannya.
Di peringkat bahawan pula UMNO diperlihatkan sebagai pendokong reformasi
untuk membuat perubahan besar-besaran
hingga ke peringkat akar umbi dan dalam masa yang sama mempertahankan
pimpinan yang gila kuasa, rasuah, menyeleweng
dan meyalahguna kuasa.
PAS dan KeADILan dilabel sebagai pemfitnah untuk mengalihkan pandangan
masyarakat daripada perbuatan FITNAH
TERBESAR Negara oleh Mahathir terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dan banyak lagi akan digambarkan seolah-olah
UMNO dan pimpinannya sudah berubah untuk mengelirukan rakyat.
Jadi sampai lah masanya untuk kita memikir semula akan langkah-langkah
kita agar tidak terjebak kedalam perangkap mereka
untuk mengalihkan tenaga kita dalam penentangan terhadap kepimpinan
UMNO dan BN yang ZALIM dan KEJAM ini.
1) KeADILan mempunyai isu besar untuk dibawa iaitu isu kezaliman
terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.
2) PAS mempunyai isu besar iaitu isu 'Royalti Minyak dan
Gas' yang merupakan kezaliman terhadap BANGSA MELAYU
dan rakyat Negeri Terengganu.
3) DAP mempunyai isu besar iaitu pertuduhan Mahathir
terhadap SIQUI sebagai komunis dan pengkhianatan BN terhadap
janji mereka kepada masyarakat Cina.
Melalui isu-isu ini dan digabungkan dengan isu rasuah, penyalahgunaankuasa
dan penyelewengan pimpinan negara yang mesti
diperjuangkan oleh semua, maka :
AYOH KITA TURUN PADANG DAN GEMPUR MEREKA DARI SEMUA ARAH !!!!
JANGAN BERI RUANG KEPADA MEREKA UNTUK MENGELIRUKAN KITA !!!!
KERAJAAN UMNO DAN BN TETAP KERAJAAN ZALIM DAN KEJAM !!!!
MEREKA TIDAK AKAN BERUBAH!!! KITA MESTI MEREBAHKAN MEREKA!!!
TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!
ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!
Wassallam.
Oleh : Awang Siber