Pemimppin adalah ketua dalam sesuatu kumpulan atau pertubuhan. Beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dalam memimpin dan mentadbir disamping mempunyai kewibawaan.
Memang tidak dinafikan bahawa Pas dari dulu dan sekarang semakin maju
dari segi bilangan ahli malahan dari segi kegiatannya. Dalam pilihanraya
lepas, maka ramai golongan intelek yang berani menonjolkan diri bersama
Pas. Maka terdapat ramai calon-calon Pas terdiri dari mereka yang bergelar
Doktor, Jurutera, Peguam dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan bahawa kepercayaan orang ramai kepada Pas meningkat
dalam pilihanraya lepas bukan saja kerana isu-isu yang diketengahkan tetapi
juga kerana kepercayaan orang ramai dengan kehadiran bijak pandai dan intelek
yang berani menonjol diri.
Saya secara peribadi yakin dengan Pas kerana kewibawaan pucuk pimpinannya
dan kehadiran bijak pandai yang berwibawa dan mereka yang terdiri daripada
mereka yang bukan saja pandai bercakap tetapi juga telah membukti kejayaan
dalam kegiatan harian seperti Dr. Hassan Ali, Dr Hatta, Dr Harun Din, Jurutera-jurutera,
Peguam-peguam ( Hanya sebahagian disebut) dan lain-lain.
Jadi oleh sebab itu, Pimpinan Pas diperigkat cawangan hendaklah lebih
terbuka dalam pemilihan barisan pimpinan kerana rakyat akan menilai dari
apa yang mereka lihat. Rakyat sekarang sudah pandai berfikir sendiri. Sifat
kepentingan diri hendaklah disingkirkan jika ingin membangunkan ummah.
Barisan pimpinan hendaklah gabungan antara ahli ugama, pentadbiran, teknikal
dan perundangan.
Keputusan hendaklah dibuat secara kumpulan jika ia melibatkan perpaduan
parti. Janganlah fikir dengan adanyanya golongan lain(selain ahli ugama)
maka kedudukan kita akan tergugat. Kita ingin memajukan parti. Kalau dulu
hanya mereka yang bergelar ustaz saja yang memimpin Pas, takkan kedudukan
mereka tergugat sehingga pelantikan barisan pemimpin dibuat secara senyap
(tidak melalui pemilihan).
Ahli Pas hendaklah berfikiran terbuka, jangan gilakan pangkat tapi
fikirkan soal parti. Cuba kita tengok sekarang senario di cawangan-cawangan,
kita tak nak orang akan kata ‘TERENGGANU KINI DIPIMPIN OLEH ORANG
KAMPUNG YANG TAK ‘SEKOLAH’ “. Jadi apa beza kita dengan UMNO?. Kita telah
menang, kita mesti bersatu, mesti bersikap ‘gentleman’. Memang tidak dinafikan
bahawa golongan muda yang banyak mendorong kemenangan Pas tapi perlu difikirkan
‘ Takkan ketua kampung terlalu muda’.
Fikirkan “Adakah keyakinan masyarakat kepada golongan muda”. Saya pasti
masyarakat tidak akan yakin dan segan kepada yang muda jadi akan timbul
rasa tidak hormat kepada ketua kampung. Adakah orang muda lebih matang
dalam membuat keputusan………….
Cybertaliban.
cybertaliban@hotmail.com
p/s . Kalau soal ini diajukan kepada UMNO, maka akan di’tong sampah’lah