Royalti Minyak: Hj Abdul Hadi Awang menyerlah
sebagai pemimpin
negarawan.
Assalamualaikum,
Sesungguhnya segala
puji-pujian itu hanya untuk Allah SWT, dan Rasulullah
SAW pernah bersabda
supaya dilempar debu kepada mereka yang memuji sesama
makhluk. Yang ingin
saya sebutkan bukan puji-pujian tetapi perkara-perkara
yang nyata, iaitu
reaksi Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang terhadap isu terbaru
sekitar kontroversi
royalti minyak telah memperlihatkan Menteri Besar
Terengganu itu mempunyai
sifat-sifat pemimpin negarawan (statesman) yang
berpengalaman (walau
pun baru setahun sebagai MB), berkaliber, bijaksana dan
tinggi keupayaannya
berfikir secara waras dan matang dalam keadaan tertekan.
Sememangnya beliau
layak menjadi Perdana Menteri seperti yang disarankan
oleh Asiaweek.
Tok Guru Hj Abdul
Hadi Awang tidak melenting apabila tersiar kenyataan dalam
media arus perdana
bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mematuhi
perjanjian dan akan
menyalurkan wang royalti minyak kepada Terengganu
melalui "Program
Pembiayaan Wang Ehsan" dan bukan lagi secara terus kepada
Kerajaan Negeri
. Dengan sabar lagi bijaksana, Hj Abdul Hadi Awang
menyatakan bahawa
beliau akan tunggu maklumat rasmi daripada Kerajaan Pusat.
Dengan tepatnya Tok
Guru Hj Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa kenyataan
yang disiar dalam
akhbar tidak jelas samada ianya benar-benar dari Kerajaan
Pusat kerana tidak
mempunyai tanda tangan dan boleh dianggap macam surat
layang. Menteri
Besar Terengganu itu juga berkata kenyataan tersebut mungkin
muslihat orang-orang
tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan dua hala yang
baik antara Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Pusat.
Disamping itu juga
beliau dengan tepat menegaskan kenyataan tersebut boleh
ditafsirkan macam-macam
kerana perkataan 'royalti' itu tidak boleh diterjemahkan
dengan 'ehsan',
dan dengan demikian adakah ianya bermakna
Kerajaan Pusat berhajat
untuk memberikan tambahan wang ehsan kepada Kerajaan
Negeri Terengganu
selain dari royalti minyak.
Kewibawaan serta
kebijaksanaan Tok Guru Hj Abdul Hadi A wang sebagai
pemimpin
yang berprinsip serta bertaraf negarawan begitu menyerlah apabila
beliau
secara kiasan menegaskan bahawa tidaklah betul kalau Kerajaan Pusat mahu
berurusan dengan Kerajaan Negeri
Terengganu melalui media massa. Dengan erti
kata yang lain beliau
tidak akan membenarkan Kerajaan Pusat menghina
kedaulatan negeri
Terengganu dan maruah rakyat Terengganu dengan berurusan
dengan mereka melalui
media.
Dalam keadaan tertekan
beliau telah memperlihatkan sifat sabar dan kebolehan
mengamati situasi
serta berfikir dengan tenang dan waras. Dan segala apa
yang beliau katakan
itu sememangnya suatu kewarasan berfikir ditahap yang tinggi.
Dengan mengatakan bahawa
hubungan dengan Kerajaan Pusat adalah baik dan
beliau percaya Kerajaan
Pusat dan Petronas akan mematuhi perjanjian yang
ditandatangani,
Hj Abdul Hadi Awang telah meletakkan kerajaan Pusat dalam
keadaan serba salah.
Kini Kerajaan Pusat akan nampak sangat berniat busuk
kalau melanggar
perjanjian dan menutup segala pintu dan ruang untuk terus
berunding.
Dengan berkata bahawa
kenyataan yang tersiar dalam akhbar itu tidak jelas
samada benar-benar
datangnya dari Kerajaan Pusat, Tok Guru telah memberi
ruang dan opsyen
kepada Kerajaan Pusat untuk tarik balik keputusan tersebut
jika ia sememangnya
dari Kerajaan Pusat. Dengan ertikata yang lain, Tok Guru
Abdul Hadi Awang
telah memberi 'face saving device" iaitu jalan keluar
bermaruah kepada
Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kini boleh menjaga maruah
dan kredibilitinya
dengan menafikan kesahihan lapuran akhbar tersebut, dan
seterusnya membuat
kenyataan sebagai kerajaan yang
bertanggungjawab
dan beramanah bahawa Kerajaan Pusat
akan menghormati
perjanjian yang
telah ditandatangani itu.
Cara Tok Guru Hj
Abdul Hadi Awang menangani isu ini dengan kebijaksanaan
seorang negarawan
yang berhemah tinggi lagi berpengalaman (walau
pun hanya
baru setahun menerajui Kerajaan Negeri) menunjukkan bahawa
sememangnya ada
asas kukuh bagi Asi aweek untuk membuat saranan bahawa Tok Guru
Hj Abdul
Awang berkeupayaan menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam empat atau sepuluh
tahun dari sekarang.
Allah SWT sahaja yang menentukannya.
Sekali lagi ditegaskan
saya bukan memuji, hanya sekadar berkata apa yang
nyata tentang Tok
Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sesungguhnya segala puji-pujian
itu hanya untuk
Allah SWT.
Allahu Akbar! Allahu
Akbar! Allahu Akbar!
Semata-mata kerana
Allah SWT, dan takut hanya kepada Allah SWT.
Tarabulsi
7 Sept 2000
|