Kuala Terengganu 2 Jun: Muktamar Khas Pindaan Perlembagaan Parti
Islam SeMalaysia (PAS) 2000 pada 2hb.Jun, 2000 telah
meluluskan secara sebulat suara cadangan pindaan yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti Islam
SeMalaysia (PAS) yang dipengerusikan oleh Senator Hj. Hassan Shukri
setelah dibahas secara panjang lebar oleh perwakilan
dari jam 2:30 petang hingga 6:00 petang.
Dalam pindaan perlembagaan kali ini, struktuktur organisasi kepimpinan
PAS telah dikemaskinikan bagi menguruskan parti dalam
alaf baru, abad ke 21 yang semakin mencabar. Perlembagaan PAS (Pindaan
2000) diantaranya melibatkan;
i. Menambahkan jawatan Naib Presiden PAS Pusat daripada 2 orang kepada 3 orang .
ii.
Menambahkan jawatan Ahli Jawatankuasa Biasa PAS Pusat kepada 24 orang dengan
18 orang daripadanya dipilih
dalam Muktamar Tahunan
PAS Pusat setiap 2 tahun sekali. Manakala 6 orang lagi akan dilantik oleh
Presiden PAS
didalam dan dengan
persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
iii.
Menambah Jawatan Timbalan Yang Dipertua Kawasan dan Ketua Urusan Ulama’
serta Jawatankuasanya terdiri dari
Pengerusi (Ketua Urusan
Ulama’), Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK (tidak lebih daripada
7 orang)
dalam struktur organisasi
PAS diperingkat Kawasan.
Banyak lagi jawatan-jawatan lain dalam parti yang telah dikemaskinikan
untuk memantapkan lagi organisasi PAS dipelbagai
peringkat yang tidak dapat disebutkan secara terperinci dalam artikel
ini. Selepas perlembagaan ini diluluskan, bermakna terdapat
satu kekosongan jawatan Naib Presiden PAS Pusat selepas diluluskan
oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan secara rasmi.
Sekarang ini Jawatan Naib Presiden PAS disandang oleh YB. Senator Hj.
Hassan Shukri dan YB. Hj. Mustapha Ali.
Bagi memantapkan lagi organisasi kepimpinan Dewan Ulama, hierarki urusan
ulama telah diperturunkan pula ke peringkat
kawasan. Dengan pindaan ini juga, bermakna pemilihan peringkat Kawasan-kawasan
PAS pada tahun hadapan, setelah
diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan akan memperlihatkan pertambahan
2 jawatan utama iaitu Timbalan Yang Dipertua
dan Ketua Urusan Ulama.