Menuduh pengedar dadah menyebabkan ketagihan dadah dikalangan remaja
adalah satu
tuduhan melulu, kerana ada remaja yang ketagih ubat batuk yang diperolehi
dari
klinik dan
gam kasut yang dibeli sendiri bukan dari pengedar dadah.
Menuduh kumpulan samseng sebagai sampah masyarakat adalah tidak tepat,
kerana
ada
menteri yang lebih teruk dari sampah.
Menuduh pelumba-pelumba haram membahayakan pemandu lain adalah pembohongan,
kerana banyak kemalangan yang berlaku tidak disebabkan oleh pelumba
haram.
Menuduh pelacur murahan yang tidak pakai kondom menyebabkan penularan
Aids
adalah
satu dosa, kerana mereka ingin mencari pendapatan sesuap nasi untuk
menyambung
sisa
kehidupan.
Menuduh remaja melepak sebagai buang masa adalah tak betul, kerana banyak
perbincangan yang boleh dilakukan semasa melepak dan ada yang score
dalam PMR,
SPM dan STPM.
Menuduh tauke mesin video kuda untung beribu-ribu adalah silap kerana
ada juga
pemain
mesin judi kuda yang menang beribu-ribu.
Sebagai manusia yang waras sudah tentu kita akan menentang 100% kenyataan
di
atas,
kerana bagi kita gejala yang tersebut di ataslah yang menyebabkan kerosakan
sistem nilai
dalam sesebuah masyarakat.
Tetapi yang anihnya dalam kemenasabahan di atas, ramai pula yang berfikir
terbalik
apabila berhari-hari akhbar ‘mainstream’ menyalah YAB. Tuan Guru Hj
Nik Abd Aziz
Nik Mat yang menyatakan “Wanita yang berpakian menjolok mata adalah
penyebab
utama
berlakuknya pelbagai kegiatan maksiat yang sukar dikawal sehingga sekarang”
Jika pandangan dan ulasan yang dikemukan menentang pandangan YAB. Tuan
Guru Hj
Nik Abd Aziz Nik Mat bererti kita semua akan bersetuju dengan 6 kenyataan
di
awal
tulisan ini.
Sudah tentulah kita sama sekali tidak setuju dengan 6 kenyataan di atas
kerana
kita sayang
kepada anak bangsa kita.
Begitulah juga pandangan yang dikemukakan oleh YAB. Tuan Guru
Hj Nik Abd Aziz
Nik Mat kerana beliau sayang kepada anak bangsanya.
Hakikat yang kita akui bersama.
Penagih dadah, budaya samseng, lumba haram, pelacuran, melepak adalah
antarapunca
kepada keruntuhan sesebuah masyarakat.
Tiba-tiba kita boleh tidak bersetuju, apabila ada pandangan mengatakan
berpakaian
menjolok mata seorang wanita boleh meransang nafsu seks lelaki untuk
melakukan
perbuatan yang tidak baik.
Kalaulah begitu, kepada sesiapa yang menentang pandangan YAB. Tuan Guru
Hj Nik
Abd
Aziz Nik Mat bolehlah mengedar dadah, melacur, tubuh kumpulan samseng,
galakkan
pelajar sekolah melepak melepak, masuk lumba haram.
Kita haru sedar bahawa secara fitrahnya wanita ibarat gas/petrol dan
lelaki
ibarat api.
Api akan membakar gas/petrol yang terdedah tanpa tangguh.
Apa yang YAB. Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat ingin jelaskan ialah
untuk
mengelak gas/petrol disambar oleh api tanpa kawalan, maka gas/petrol
tersebut
mestilah
disi dalam bekas yang bertutup dan ianya dibuka apabila perlu kepada
saluran sah
di dapur
masak.
Tiba-tiba meloncat seluruh negara mengatakan bahawa gas/petrol tidak
perlu
ditongkan
kerana kalau ditongkan beerti kita antigas/petrol dan akan kembali
kezaman kayu
dan
batu.
Sedarlah kadang-kadang kitapun tidak tahu apa sebenarnya yang kita perjuangkan,
kerana
terpengaruh dengan pemikiran barat dalam isu memperjuangakan hak wanita.
Apakah lagi hak wanita yang ingin dituntut?
Adakah hak bertelanjang bogel secara bebas dan tidak boleh ditegur?
Sudah tentu lelaki pula menuntut hak untuk memuaskan nafsunya tanpa
ditegur?
Jika ini berlaku, kehidupan wanita akan lebih tertindas.
Wanita adalah ibu kepada lelaki, yang wajib dihormati dan tarafnya cukup
tinggi
kerana
“Syurga di bawah tapak kaki ibu”.
Tidak timbul anti perempuan dan menimbulkan kemarahan daripada wanita
apabila
dijelaskan bahawa wanita berpakaian menjolok mata menyebabkan ransangan
seks
kepada
lelaki dan mendorong lelaki melakukan perkara terkutuk.
Kerana dengan penjelasan tersebut kepada seluruh masyarakat, masing-masing
akan
mengawal tatasusila kehidupan dalam etika berpakaian yang baik sebagai
salah
satu cara
mengurang jenayah seks.
Ikan ditudung kucing tak makan,
Gas ditong cegah kebakaran,
Menutup aurat satu kewajipan,
Lelaki dan perempaun fitrah kejadian,
Hidup bersama meneruskan kehidupan,
Tiada siapa anti perempuan,
Tegur menegur tugas insan,
Hatta lelaki mahupun perempuan,
Semuga hidup dalam kemuliaan.
Aris bin Hj Awang,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
12 Rejab 1421/ 10 Oktober 2000