KUALA TERENGGANU, 28 Feb -- Persatuan
Bolasepak Melayu Terengganu (PBSMT)
akan
memberi ganjaran setimpal kepada
pemain-pemain
berikutan kejayaan Terengganu menjadi
juara Piala
Emas Raja-raja tahun ini.
Setiausaha PBSMT Aziz Yunus berkata
ganjaran itu
wajar diberikan kepada pemain-pemain,
setelah 13
tahun Terengganu menunggu untuk
meraih kejuaraan
itu.
Persatuan juga akan memohon kepada
kerajaan
negeri supaya ia dapat memberikan
ganjaran
tambahan kepada para pemain yang
telah
mengharumkan nama negeri melalui
kejohanan itu,
katanya.
Aziz berkata Menteri Besar Terengganu
Haji Abdul
Haji Awang semasa majlis meraikan
kejayaan
Terengganu memasuki pertandingan
akhir Piala Emas
Raja-raja pernah membayangkan perkara
itu.
Terengganu muncul juara Piala Emas
Raja-raja tahun
ini setelah mengalahkan Selangor
3-0 di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada
Sabtu lepas.
Juara kejohanan itu menerima hadiah
wang tunai
RM40,000 manakala naib juara RM20,000.
Aziz berkata PBSMT akan mengagih-agihkan
wang
hadiah itu kepada pemain-pemain
yang bekerja keras
untuk meningkatkan martabat bola
sepak negeri
dalam kejohanan itu.
Beliau berkata pasukan Terengganu
sekarang sedang
membuat persiapan untuk menghadapi
Pulau Pinang
dalam pertandingan Piala Agong di
Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah pada 8 Mac
ini.
Aziz berharap Terengganu akan berjaya
dalam
pertandingan itu dan sebuah lagi
piala (Piala Agong)
akan berhijrah ke negeri ini tahun
ini.
Kedua-dua pasukan itu bertemu berdasarkan
Terengganu juara Piala Emas Raja-raja
tahun ini
manakala Pulau Pinang pula juara
bertahan Piala
Agong.
|