Tembelang Jahat Petronas Pecah di Songkhla
By Kapal Berita
26/10/2000 am
Penulis Asal: Radi Usil (roshdyi@hotmail.com)?
Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla
Beribu-ribu penduduk wilayah Songkhla, selatan Thailand, Sabtu 21 Oktober
lalu mengadakan tunjuk perasaan untuk menyatakan bantahan mereka terhadap
pembinaan lasuran gas Petronas melalui wilayah yang bersempadan dengan
negeri-negeri di utara Malaysia itu. Pelaksanaan projek yang akan menelan
biaya USD 1 billion itu dianggap sebagai keputusan yang tergesa-gesa tanpa
mengambil kira kepentingan alam sekitar, kehidupan para nelatan dan petani.
Pada hari itu pihak kerajaan mengadakan 'Pracha Ficharn' atau perbincangan
massa di lapangan terbuka berhubung dengan pembinaan saluran gas tersebut.
Perbincangan itu sekadar basa-basi atau sandiwara belaka, sebab projek
yang menguntungkan Malaysia itu sudah disetujui dan ditandatangani oleh
kedua belah pihak.
Penduduk yang tidak puas hati mendatangi tempat perhimpunan itu dengan
maksud untuk menghentikan perbincangan yang merugikan penduduk dan alam
sekitar. Maka terjadilah pertempuran yang menyebabkan lebih tiga puluh
orang dari kedua belah pihak mengalami kecederaan. Sebahagian besar yang
melakukan protes adalah umat Islam, yang umumnya tinggal di kawasan pesisir
bahagian selatan Thailand itu.
Dengan kejadian itu maka terbongkarlah rahsia kejahatan Mahathir dan
kerajaan Barisan Nasional, yang berusaha mengeluarkan gas di lepas pantai
Kelantan dengan membina saluran paip melalui Songkhla berpuluh-puluh kilometer
untuk dibawa masuk ke negeri Kedah. Kerajaan BN berbuat demikian untuk
mengelak daripada kewajipan membayar royalti kepada negeri Kelantan, sekiranya
saluran gas itu disambung ke Kelantan. Gara-gara untuk mengelak pembayaran
royalti kepada bangsanya sendiri, Mahathir tidak mengambil kira keselamatan
saluran gas tersebut seandainya terjadi peperangan atau krisis politik
di antara Malaysia dengan Thailand.
Itulah perut busuk Mahathir. Jadi kita tidak hairan sekiranya mereka
sanggup memotong royalti minyak untuk negeri Trengganu, kerana puak-puak
penjahat dalam kerajaan BN sedikit pun tidak berniat untuk membela nasib
bangsanya sendiri. Mereka lebih rela menyambung saluran gas berpuluh-puluh
kilometer melalui Songkhla, semata-mata untuk mengelak membayar royalti
kepada Kelantan.
Inilah tindakan bodoh. Dalam keadaan ekonomi negara kita sedang tenat
seperti sekarang ini, bagaimana sekiranya rakyat di Songkhla tetap membantah
dan rancangan pembinaan saluran gas tidak dapat diteruskan. Bukankah itu
suatu pembaziran? Saya tidak tahu apakah projek itu diluluskan dengan mudah
oleh kerajaan Chuan Leekpai semata-mata sebagai pertukaran dengan penangkapan
dan pengusiran para pejuang Patani di Malaysia oleh kerajaan Mahathir beberapa
waktu lalu. Bagi Mahathir dan BN nampak jelas di sini bahawa tujuan menghalalkan
semua cara. Untuk melaksanakan projek saluran gas itu, mereka sanggup membunuh,
menangkap dan mengusir sesama Islam yang berasal dari Patani.
Untuk menutupi kejahatan itu, Mahathir berpura-pura mau berbaik-baik
dengan umat Islam di Patani dengan cara mengundang mereka ke Kuala Lumpur
sempena Maulidur Rasul baru-baru ini. Hamid Othman pula disuruh ke Narathiwat
untuk meninjau rancangan bantuan untuk membela kompleks belia di negeri
jiran itu. Malaysia sanggup untuk menderma 22 juta ringgit kepada Majlis
Agama Islam Narathiwat bagi melaksanakan projek tersebut. Itu semua tidak
lebih daripada untuk menipu dengan maksud untuk merampas kekayaan bumi
Patani.
Sekarang ini kejahatan itu sudah terbongkar. Wahai saudaraku di Malaysia
dan di Patani, marilah sama-sama kita berusaha supaya projek saluran gas
melalui Songkhla ke Kedah tersebut gagal dilaksanakan.
Mengingat sumber gas itu berada dekat dengan Kelantan, kenapakah saluran
gas tersebut tidak dibuat untuk mendarat di Kelantan? Hentikan perompakan
hak rakyat dengan mengatasnamakan negara ini.
Selamat berjuang!! Allahu Akbar!!!