PERHIMPUNAN TAK MELAYU HILANG DI DUNIA
Para Pejuang Reformasi dan Pendokong BA perlu berhati-hati serta bersedia.
Mengikut maklumat dalaman
dari bilik gerakan UMNO@BN serta BBM …. Kita telah
dapat mengenal pasti beberapa
tindakan susulan akan dilakukan oleh mereka
dalam usaha memerangkap
para REFORMIS serta Tokoh BA.
1. Mereka amat berharap perhimpunan
ini akan disertai oleh para REFORMIS dan
pendokong BA.
2. Mereka juga amat berharap
para REFORMIS akan menganjurkan SATU
PERHIMPUNAN YANG LAIN pada
hari yang sama dan ini adalah peluang PIHAK POLIS
mengambil tindakan terhadap
tokoh-tokoh REFORMASI serta BA .. dengan alasan
ia perhimpunan haram serta
menganggu ketenteraman awam dan menimbulkan
perbalahan kaum.
3. Pihak jawatankuasa BBM
akan terus mencanangkan bahawa Perhimpunan Ini
Bukan Perhimpunan Politik
dan Perkauman .. dan diwaktu yang sama juga … unit
gerak gempur mereka digembelingkan
untuk menimbulkan kerisauan di kalangan
orang melayu serta lain-lain
kaum.
4. Isu Perhimpunan ini sengaja
disensasikan oleh pihak media serta pihak
BBM… dengan ini mereka amat
berharap isu ini menjadi topik utama perbualan
orang ramai …dan mereka
akan menyusup untuk mencatitkan statistik serta
laporan orang ramai mengenai
perhimpunan ini dan sokongan terhadap UMNO@BN
…. Diwaktu yang sama juga
pihak POLIS diarah membuat intipan terhadap orang
awam dan pemimpin BA ..
jika terdapat kenyataan yang membolehkan mereka
mengambil tindakan .. inilah
peluang yang mereka tunggu…???
5. Mahathir@Mahafiraun telah
mengarahkan para menteri dan MPT nya agar tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan
tentang perhimpunan 4/2/2001 ini dan beliau
sendiri mengambil sikap
tidak tahu dalam hal ini … dan Ibrahim Ali sebagai
pengerak utama akan terus
menerima arahan darinya.
6. Pihak Polis telah diarah
bertugas sepenuh masa bermula dari 3hb.Feb.2001
sehingga 5hb.Feb.2001 untuk
memastikan Perhimpunan ini berjaya serta UMNO@BN
akan mendapat faedah dari
perhimpunan ini dan pihak BA akan dipersalahkan
jika sesuatu yang buruk
berlaku.
7. Beberapa orang upahan
yang berimej REFORMIS dan BA akan dikerah menganggu
Perhimpunan ini dalam usaha
mereka menimbulkan ketegangan semasa.
8. Dalang utama Perhimpunan
ini amat berharap ketegangan kaum akan berlaku
akibat Perhimpunan ini ..
kerana dengan menjadikan perbalahan kaum sebagai
modal menarik orang Melayu
kembali bersatu bawah UMNO@BN .. dan pihak mereka
juga amat berharap kaum
Cina (terutamanya) dan lain kaum akan menjadi takut
serta tidak yakin dengan
kepimpinan BA kerana gagal melindungi mereka dari
perbalahan kaum yang dirancang
ini .. dan diwaktu inilah BARISAN NASIONAL
akan muncul sebagai hero
penyelamat lain-lain kaum di Malaysia.
9. Pihak POLIS tidak akan
teragak-agak mengunakan akta zalim ISA dalam isu
ini …. Walaupun mereka berlakon
menangkap Ibrahim Ali dan rakan-rakanya ..
tetapi tujuan utama mereka
adalah menahan Pemimpin BA serta Tokoh REFORMASI
….jika usaha ini berjaya
… BA dan Gerakan Reformasi akan dapat dikawal serta
diatasi….sekurang-kurangya
sehingga 2004. Sebagaimana yang dilaporkan oleh
KPN - NORIAN MAI dalam mesyuaratnya
di Bukit Aman dan pertemuanya dengan
Mahathir@Mahafiraun.
10. Jabatan Polis sendiri
telah merasa jemu dan jelak untuk berhadapan
dengan gerakan reformasi
serta gerakan politik tanpa surut oleh BA … dan
mereka terus tertekan sehinggakan
anggota polis terpaksa menghabiskan masa
bertugas lebih dari 70%
dalam urusan politik Malaysia. Oleh itu satu usaha
mesti lakukan untuk menamatkan
gerakan ini dalam tempoh terdekat.
Adalah dinasihatkan semua
pejuang REFORMASI dan pendokong BA agar tidak
terlibat secara lansung
atau tidak lansung dengan Perhimpunan ini ….. dan
dilarang keras mengadakan
sebarang PERHIMPUNAN REFORMASI PADA 4/2/2001 DI
KUALA LUMPUR … kerana perangkap
telah dipasang oleh pihak UMNO@BN serta BBM
jika kita terus mengadakan
PERHIMPUNAN REFORMASI pada hari tersebut.
Pihak UMNO@BN dan BBM memang
mahukan kita semua menganjurkan SATU
PERHIMPUNAN REFORMASI DI
KUALA LUMPUR, dengan ini mereka berpeluang
meletakkan kesalahan serta
kekecohan akibat dari PROVOKASI TAK MELAYU HILANG
DI DUNIA INI kepada REFORMIS
dan BA.
Cuba elakan berbincang ditempat
terbuka atau dalam kawasan pejabat Parti BA
mengenai isu perhimpunan
ini .. kerana kita tidak tahu siapa yang ada
disebelah kita dan mereka
sentiasa mengekori orang-orang disyaki serta
berpotensi untuk ditahan
sebagai kambing hitam UMNO@BN.
Kerjasama dari semua pejuang
REFORMASI dan PENDOKONG BA amat diperlukan
untuk memastikan kita semua
selamat dari permainan kotor UMNO@BN serta BBM
ini.
" PSARAFHQ "
2HB.FEB.2001
- tunggu maklumat selanjutnya.