Mesti Baca: Rafidah: 'Ezam Patut DiHukum Pancung'..!!?
(?..???)
By Amin Sapiro
1/11/2000 am
[Dalam Rencana ini Wak membongkar rahsia sebenar mengapakah Ezam dikutuk
oleh beberapa kerat pemimpin umno. FDI yang merosot menghantui kredibiliti
ketua Wanita umno - oleh itu Rafidah mengkambing-hitamkan Ezam pula. Sambil-sambil
itu Rafidah mengutuk Mahathir kerana berpeluk dengan Castro - malangnya
ia didengar oleh Mahathir. Maka Mahathir "menjawab" Rafidah dengan tertubuhnya
Puteri Umno.
Tulisan Wak ini amat berharga, oleh itu ia MESTI DIBACA dan MESTI DISEBAR
juga. Apabila ekonomi purak puranda, umno sendiri akan bergolak dan ini
terserlah dengan latahnya mereka. - Editor ]
--ooOoo--
Amin Sapiro (cuma ada parang kontot utk Nenek Kebayan UMNO)
RAFIDAH: ?EZAM PATUT DIHUKUM PANCUNG?.!!? (?..???)
MEMBACA kenyataan Rafidah Aziz [Ketua ?betina UMNO? paling kaya dari
sumber wang rasuah saham bumiputera] yang telah menjatuhkan hukum ?pancung?
terhadap Ezam; ramai kaum wanita bertanya, ?Apa kesalahan Ezam??.
Rafidah Umpama ?Nenek Kebayan UMNO?
Seorang wakil Wanita UMNO di Selangor menjawab (melalui email E-Group),
"Kerana Ezam memecahkan rahsia kebusukan Mahathir saja. Tidakkah kalau
Mahathir jatuh terlongkop, Rafidah sendiri akan masuk ?kandang jarang?"
Rafidah dianggap setaraf ?nenek kebayan? oleh Mahathir..?. Mereka ramai-ramai
ketawa!
Maksud kandang jarang disini ialah penjara yang berpintu seperti ?grill?
rumah moden dibandar-bandar besar seperti Johor Bahru, KL, P. Pinang, dll.
Teringat kita filem ?ALCATRAS?, bagaimana seorang pesalah yang dipenjarakan
telah cuba melepaskan diri melalui saluran najis menuju ke laut. Walaupun
terselamat, tetapi tak sampai 100 ela berenang ke tengah laut, jerung telah
membaham beliau.
Satu ketika dulu, Rafidah Aziz adalah wanita paling kanan yang diharapkan
Dr. Mahathir untuk menjana sokongan dikalangan wanita Melayu bagi menggembeling
perjuangan UMNO Baru(a). Malangnya, sedikit masa kebelakangan ini, Wanita
UMNO sendiri sudah menunjukkan bahawa pengaruh Rafidah sudah jauh berkurangan.
Perincian Kewibawaan Rafidah Yang ?Terpuruk?
Dr. Mahathir telah memerhatikan, kemenangan Rafidah yang cuma 12 undi
mengalahkan Siti Zaharah adalah satu kemenangan paling hina. Mahathir tahu,
kemenangan Rafidah itu adalah hasil manipulasi ?peti undi?. Rafidah menggunakan
rasuah hampir RM1.0 juta untuk merasuah beberapa perwakilan Wanita UMNO
yang tidak mahu menyokongnya.
Bagi Rafidah, mengalah Siti Zaharah di pemilihan Wanita UMNO di perhimpunan
dulu adalah pertarungan yang menentukan nasib politiknya. Kerana itu, nilai
sejuta RM tidak ada makna. Beliau telah berpakat supaya wang sejumlah itu
diedarkan kepada mereka yang menyokong Zaharah. Fikirkanlah, RM1.0 juta
cuma mampu mengalahkan Siti Zaharah dengan 12 undi saja.
Berbanding Kak Siti, ia tidak ada sebarang ?fulus? dan janji manis dan
sokongan ?bontang? Dr. Mahathir. Tidakkah itu bermakna, Wanita UMNO begitu
parah sekarang? Kerana itulah, Dr. Mahathir sendiri tidak memberi perhatian
kepada kewibawaan Rafidah sebagai ketua Wanita UMNO.
Sebagai pilihan alternatif, kabarnya Dr. Mahathir telah mengalih perhatian
untuk melonjak nama-nama baru yang lebih radikal seperti Azalina Osman.
Maka dibentuklah ?Puteri UMNO? sebagai strategi awal untuk meletakkan calun
baru bakal ?memperlekeh? kewibawaan Rafidah.
Rafidah Adalah Mangsa Politik Mahathir
Dr. Mahathir memang bijak dalam taktik menumbang sesiapa dalam UMNO.
Daim sendiri mempunyai sejumlah wang yang sangat besar untuk digunakan
menghancurkan poltik sesiapa juga yang menentang regu Mahathir-Daim dalam
UMNO.
Beberapa orang dalam MKT yang disebut ?Kumpulan 15? telah diletakkan
dalam ?senarai hitam? Mahathir-Daim. Rafidah adalah pendatang baru yang
dikira sebagai seorang harus dibuang dan digantikan dalam jangka masa terdekat.
Khabar terbaru, Rafidah telah disindir oleh Mahathir-Daim kerana GAGAL
meraih pelabur asing datang ke Malaysia. Dalam ucapan Belanjawan 2001 Jumaat
lalu, terang-terang Daim menjelaskan bahawa FDI menurun begitu ?drastik?
sekali. Ini mencerminkan bahawa Rafidah sudah tidak dapat meningkatkan
imej regim Mahathir di Amerika Syarikat dan Eropah Barat.
Rafidah telah mencari sebab-musabab kegagalan ?Misi Pelaburan? (Investment
Missions) terbarunya ke luar negara. Maka diketahuilah dengan sah bahawa
penerangan Ezam mengenai Malaysia lebih didengari dan dipercayai oleh pelabur
di sana.
Ezam Membersihkan Nama Malaysia
Ezam tidak dapat membohongi bakal pelabur yang berminat melabur di tengara
Asia, kerana mereka lebih jelas dengan kedudukan sebenar yang berlaku,
bukan saja di Malaysia malah diseluruh Asia Timur. ?Attache Perdagagan?
negara Barat di kedutaan mereka di Kuala Lumpur memperincikan tindak-tanduk
politik dan ekonomi regim Mahathir selama tempoh 5 tahun kebekangan ini.
Semua ucapan Mahathir diteliti, dikaji dan dinilai dengan halus oleh pekar-pakar
bisnis Amerika Syarikat dan Eropah Barat (termasuk Jepun).
Dalam perhimpunan ?G-7?, negara-negara maju berbincang hangat mengenai
?demokrasi?, hak asasi manusia, kebebasan undang-undang, kebebasan akhbar
dan suara rakyat, serta tindakan pemimpin negara membangun seperti Malaysia
menangani pembangunan sosio-politik dan keutamaan ekonomi negara terbabit.
Ezam sangat arif dengan pelbagai persiapan emosi dan minda untuk mengahdapi
sebarang soalan dari pelabur asing mengenai hala tuju Reformasi yang selama
ini telah diburuk-burukkan oleh Dr. Mahathir. Sebagai seorang yang mengenali
DS Anwar selama beberapa tahun, Ezam tahu apa sebenarnya perjuangan Anwar
untuk meletakkan wadah bangsa dan negara serta agama ditempat sewajarnya.
Malangnya, kerana Dr. Mahathir telah mengkacau-bilaukan keadaan politik,
sosial dan ekonomi Malaysia, bersekali dengan cara kes Anwar dibicarakan
di mahkamah, Ezam merasa wajib beliau menjelaskan perkara sebenar. Dalam
konteks, tak dapat tiada Ezam terpaksa menceritakan perihal sebenar. Dengan
itu, nama Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu yang berkonspirasi wajib disebut.
Ezam bersusah payah menjelaskan bahawa penganut Islam di Malaysia bukan
?ekstrimis? seperti yang difitnahkan oleh Mahathir. Bukan sedikit sukar
Ezam menjelaskan isu yang telah mengkacau-bilaukan persepsi pelabur terhadap
Malaysia. Semua itu adalah hasil perbuatan dan mulut celupar Mahathir yang
meburukkan PAS dan Barisan Alternatif diluar negara.
Alhamdulillah, kita bersyukur, khabar terbaru yang diterima - pelabur
luar telah dapat memahami penerangan Ezam dengan baik. Adakah Ezam wajar
dicop sebagai ?pengkhianat negara?, atau memburuk Mahathir pula? Berfikirlah
kita sama-sama. Kita nampak sekarang, siapa pengkhianat dan siapa pembela
negara.
Kita harus jawab dengan ikhlas, adakah dengan menjelaskan kedudukan
sebenar perkara yang berlaku atas sebab tohmah-fitnah dan memburukkan negara
yang selama ini dilakukan oleh Dr. Mahathir itu, tetapi diperjelas oleh
Ezam perihal sebenar wajar dianggap sebagai memburukkan ?nama baik negara??
Bohong Mahathir Tidak Dipercayai Masyarakat Dunia
Orang luar kerap diberi maklumat bohong oleh Mahathir ddalam ucapan
beliau di luar negara. Dalam akhbar Jepun, Dr. Mahathir menyerang semua
pihak termasuk negara Barat, Jepun dan Amerika Utara. Malangnya, Dr. Mahathir
sendiri lebih bersikap ?cakap tak serupa bikin?.
Gambar Dr. Mahathir berpelukan dengan Fidel Castro (sisa ?raja? Komunis
dunia) telah memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Rakyat Amerika berlepas
tangan membiarkan Mahathir meminta ?sedekah? dari sahabatnya si Castro
itu jika persahabatan mereka mampu membuahkan pelaburan. Rakyat Amerika
melihat Dr. Mahathir sengaja mencari aib di kalangan pelabur Amerika.
Malangnya, apa kesilapan yang Mahathir lakukan, orang UMNO tidak berani
menegurnya. Rafidah sendiri sedar Mahathir tidak patut mencemarkan nama
baik Malaysia diluar negara begitu rupa.
RAHSIA SEBENAR EZAM DIKUTUK... *
Desas desus rungutan Rafidah itu diluahkan kepada rakan karibnya. Rafidah
tidak sedar ?rakan? itu telah menjadikan modal besar dengan menyampaikan
maklumat ?mengutuk? Mahathir itu kepada Presiden UMNO. Mahathir sangat
terkilan dengan kritik Rafidah itu.
Sekarang, akan berakhirlah nampaknya ?riwayat? politik Rafidah setakat
ini saja. ?Puteri UMNO? pun ditubuhkan. (Sekarang tahu siapa kawan dan
lawan Rafidah sebenar? Fahamkanlah cerita itu?hahahah).
Sebagai mencari ?kambing hitam? yang gemok untuk dijadikan korban, Rafidah
menuding jari kepada Ezam. Tambahan pula Ezam baru saja pulang dari negara-negara
Barat. Rafidah mula mengasah ?parang? dan mencadangkan supaya Ezam dihukum
?pancung?. Kununnya untuk memberi gambaran kepada Mahathir bahawa dirinya
(Rafidah) adalah berani berdepan dengan Ezam dan penyokong Barisan Alternatif.
Barang diketahui, Mahathir adalah seorang pemusuh yang tidak mengenal
kawan atau lawan. Mahathir tidak terpikat dengan ?budi dan setiakawan?.
Berbanding Rafidah, Anwar lebih banyak berjasa menyelamatkan politik Mahathir.
Sebesar itu jasa Anwar pun, Mahathir tak pernah nak kenang.
Pindaan Perlembagaan UMNO Terbaharu
Apatahlagi pemimpin seperti Rafidah Aziz. Selama ini Rafidah cuma bergantung
kepada kaki seluar Mahathir saja. Mahathir cuma memberi tempoh kepada Rafidah
sehingga pilihanraya ke-11 saja. Selepas itu, MKT akan berhimpun semula
untuk memilih anggota MKT yang baru. Itu sebab ?pindaan Perlembagaan UMNO?
terbaru diluluskan. Ia bermaksud untuk memantapkan kedudukan pemimpin muda
yang disetujui oleh Mahathir-Daim saja.
Fahamlah Rafidah sekarang bahawa dirinya sudah tidak lagi dalam ?good
book? Mahathir. Dengan itu jelaslah bahawa segala tuduhan ?pengkhianat
negara? terhadap Ezam itu HANYALAH ?sandiwara? beberapa pemimpin UMNO saja.
Seperti anjing tersepit dengan perangkap besi, ranting kayu yang terpelanting
dihadapannya pun digigitnya. Padahal besi pengekang yang menyepitnya adalah
bersebab dari kerakusan dirinya untuk membaham umpan yang sengaja diletakkan
oleh tukang perangkap. Itulah analogi ?kemarahan? Rafidah, Mahathir dan
Hamid ?Malabar?. Dalam kes ini, Mahathir, Rafidah, Hamid ?Malabar? dan
semua pemimin pro-UMNO (mungkin ada yang berselindung dalam BA) adalah
puak yang tertipu dengan percaturan Yahudi..!!
Nyah! Nyahkan mereka. Tolak mereka. Nescaya negara ini akan kembali
aman, sejahtera dan membangun semula. Jangan tunggu sehingga tahun 2003!!
Mulakan sekarang JUGA!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)