SELERA MANUSIA RAKUS
Keputusan yang akan diambil oleh kerajaan pusat untuk mengambil
balik royalti minyak selepas
25 tahun hasil bumi kurniaan Allah itu dinikmati oleh kerajaan Negeri,menampakan
kerakusan
pemimpin BN dan Umno.Tindakan ini diambil selepas tidak sampai setahun
PAS diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui Terengganu.Kegelojohan,kerakusan,ketamakan,
Umno tidak dapat dibendung lagi.
Mereka tidak dapat lagi untuk melindungi kezaliman mereka,lantas mereka
akan buat apa
saja didalam menghukum rakyat Terengganu yang telah memilih kerajaan
PAS untuk memerintah Terengganu.Ditambah pula dengan beberapa tindakan
yang diambil oleh Kerajaan negeri yang
mempunyai implikasi kewangan terhadap rakyat.Atas rasa dengki khianat
serta dendam kesumat
mereka amat takut dengan pengaruh serta kecenderungan rakyat didalam
memberi komitmen
kepada kerajaan yang ada:-
-Menaikkan Elaun Iman Bilal
-Menaikkan bantuan kebajikan rakyat miskin
-Menaikkan sumbangan kepada bakal pelajar IPTA
-Menaikkan elaun ketua kampung.
-Menghapuskan cukai pintu rumah kediaman serta tunggakanya
-Menghapuskan bayaran tol jambatan Sultan Mahmod
-Menghapuskan cukai beca roda tiga.
-Menghapuskan cukai bakul perniaga pasar.
Implikasi kewangan terhadap tindakan diatas amat besar,namum atas tujuan
memanafaatkan duit yang ada kepada rakyat,Kerajaan menerukan juga.Sebenarnya
perkara-perkara yang dinyatakan diatas boleh dilakukan oleh Umno,semasa
pemerintahan mereka dulu di Terengganu,tapi
mereka sengaja tidak melakukan kerana mereka tidak prihatin terhadap
rakyat.
Namum selepas teraju kerajaan bertukar tangan barulah mereka sedar
yang selama ini mereka
tidak "cakna" kepada rakyat.Bagaikan cicak kepanasan tertelan kapur,Mereka
mula hilang punca.
Lantas satu kajianselidik telah dibuat oleh Umno pusat selepas enam
bulan pemerintahan PAS di Terengganu mendapati bahawa pengaruh umno semakin
pupus di Terengganu serta mula merebak
kenegeri-negeri lain.Sudah ada rakyat negeri lain yang selama ini menyokong
Umno mempersoalkan
akan keperihatinan kerajaan negeri mereka.Kenapa tidak menurut jejak
Terengganu didalam
menjaga kebajikan rakyat.
Hasil dari kajian Umno pusat ini maka telah dibentangkan oleh
Pengerusi Umno Terengganu
kepada badan perhubungan Umno Terengganu.Antara keputusan yang nyata
diambil adalah
Menyedari bahawa rakyat telah menolak Umno,Umno tersangat lumpuh di
Terengganu,maka
badan pusat yang bertindak sebagai sebuah kerajaan perlu diwujudkan
di Terengganu.Seperti
biasa apabila cadangan ini dikemukan kepada Umno bahagian,oleh kerana
mereka ini adalah
pengemis duit kerajaan.Maka berbagai pelan dan rancagan disusun diatur
untuk mendatangkan
hasil kepada mereka.Pelan-pelan ini disusun mengikut taraf dan kedudukan
masing-masing.
Misalnya kelas Pengerusi JKKK mereka merancangkan jumlah elaun untuk
mereka yang
sangat tinggi,hinggakan ada dikalangan mereka mencadangkan elaun Rm
500.00 sebulan.
Sementara di peringkat penyelia DUN pula dicadangkan Sehingga RM 3000.00
serta mendapat
elaun elaun tertentu sepertimana wakil rakyat atau sepertimana mereka
dapat ketika mereka
menjadi kerajaan dulu.
Begitulah juga dengan ketua bahagian tarafnya adalah sama seperti ahli
Parlimen.Satu kertas kerja khas untuk mengembalikan pengaruh Umno telah
disiapkan oleh orang tertentu yang sangat dikenali identitinya yang sekarang
ini bertugas disalah sebuah cawangan pusat pengajian Tinggi di Kuala Terengganu.
Setelah kertas kerja ini dibentangkan kepada Pengerusi Umno Trg
,implikasi kewanganya amat besar.Ianya mencecah ratusan juta ringgit.Umno
Pusat menolak dengan alasan tidak mampu
untuk membiyai Kewangan yang begitu besar.Umno Terengganulah yang mencadangkan
agar
duit royalti minyak ini disalurkan melalui JPP untuk dimanafaatkan
oleh Umno.Beberapa AJK
Umno yang veteran menetang cadangan ini kerana dikhuatiri ianya akan
menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Umno ,namum atas kerakusan nafsu
tadi Umno menolak pandangan
tokoh veteran itu tadi.
Bagi Kerajaan PAS Terengganu,mereka tidak perlu bimbang,yakinlah dengan
janji Allah,
Kita menawan Terengganu dulu pun bukan dengan duit yang banyak,pertolongan
Allah lah
yang memenangkan kita dulu.Oleh itu kerana Kemenangan ini dari
Allah,maka marilah kita
kembali mengadu kepada Allah atas apa jua kezaliman yang dilakukan
terhadap kita.Kita
susun kan solat hajat diseluruh negeri,kita bermunajat kepada Allah,kita
berpuasa sunat,
kita berqunut Nazillah.Kita serahkan Kepada Allah.Ingat akan Janji
Allah didalam Al-Quraan:-
"Jika sekira pemimpin sesuatu kaum bertaqwa kepada Allah maka Allah
akan keluarkan rezeki dari bumi dan dari laut"
Marilah sama-sama kita mengadu kepada Allah .
Nurain Abdullah
Kuala Terengganu.
|