Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya
dari Badan
Pencegah Rasuah (BPR) Ahmad Bache manakala tertuduh
tidak
diwakili peguam.
Hakim Mohamad K Abdul Rahman membuat keputusan,
kes itu akan
didengar pada 13 hingga 17 Mei tahun depan, dan
memerintahkan
tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang
penjamin.
Hakim juga memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh
ditahan.
Mohamed, 55, yang tidak mengaku bersalah di atas
semua lima
pertuduhan itu, didakwa melakukan perbuatan berkenaan
dengan
menggunakan jawatan awamnya untuk faedah sendiri,
iaitu
meluluskan penyambungan kontrak perkhidmatan membersih,
mencantikkan bangunan dan asrama Yayasan Terengganu,
Hulu
Terengganu di atas nama W.M Enterprise dalam tempoh
itu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya
di Jalan
Sultan Ismail di atas nama syarikat berkenaan,
yang mana
Mohamed mempunyai kepentingan di dalamnya.
Kes pertama berlaku pada 14 Jan 1989, kedua - 25
Feb 1989,
ketiga - 7 April 1990, keempat - 9 April 1991 dan
kelima pada 27
Mei 1991.
Mohamed dituduh di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan No.
22
(Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 bagi setiap kesalahannya
dan
jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhkan hukuman
maksimum
penjara 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya
sekali
bagi setiap pertuduhan.
Semasa pertuduhan, Ahmad berkata kesalahan yang
dilakukan oleh
tertuduh adalah satu kes yang serius dan meminta
tertuduh diikat
jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin
di samping
pasport antarabangsanya ditahan.
Ahmad berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan
seramai
lapan orang saksi pada perbicaraan itu nanti.
Bagaimanapun, Mohamed semasa membuat pengakuan tidak
bersalah meminta mahkamah mengurangkan jaminan
kerana beliau
adalah seorang pesara.
Hakim juga memerintahkan Mohamed supaya mendapatkan
khidmat
peguam.
Mohamed yang berasal dari kampung Pulau Rusa, Kuala
Terengganu merupakan Pengarah Yayasan Terengganu
yang
pertama dan yang paling lama berkhidmat, sejak
yayasan itu
ditubuhkan pada Mei 1972 sehingga beliau bersara
pada 30 Nov
1998.
Sebelum itu, Mohamed adalah seorang pegawai tadbir
dengan
kerajaan negeri Terengganu.